DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 6 Ogos 2023

 Tugasan 3

#BKHLegasi_Abah

#UnIKH


"Kenapa balik ni? Siapa bagitahu?" Sapa bapak, sebaik saja aku tiba bersama-sama suamiku.


Bapak pandang Emak.  Emak buat-buat tak dengar sambil mengutip cawan-cawan kotor bekas minuman tetamu yang ziarah bapak tadi. Padahal emaklah yang telefon, siap amaran jangan bagi tahu Bapak emak yang bagitahu.


"Tak ada sesiapa bagitau. Tiba-tiba rasa nak balik sangat. Terkejut tengok orang ramai-ramai di rumah ni." Jelasku.


"Alah sikit je. Orang  kampung nilah, macamlah teruk sangat."  Bapak cuba menafi.


"Hahaha yelah, orang orang tu kan sayang Bapak."  Aku memujuk.


"Sayang apanya? Malu aku. Kelam kabut jenguk aku ramai-ramai. Aku belum nak mati lagi." Tingkah bapak.


"Hahaha. Macam mana ceritanya Pak ?"


"Tadi, bapak kait kelapa dengan Korib. Tiba-tiba kelapa jatuh atas kepala. Terus bapak tak sedar. Tau-tau dah ada di rumah, orang dah ramai tengok bapak."


"Habis apa rasanya sekarang?"


"Tak ada apa-apa, cuma pening sikit-sikit je."


Begitulah bapak. Sakit peningnya, kalau boleh tak mahu bagitahu anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular