DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 24 Mei 2013

Bunga

Sewaktu saya muda,saya agak tidak peduli pada tumbuhan. Namun saya dibesarkan dalam suasana penuh dengan tumbuhan samaada yang emak dan bapak tanamm atau yang tumbuh sendiri.. Sesekali emak menugaskan saya menyiram bunga-bunganya,dan saya buat sebab arahan bukan dengan jiwa.

Bila saya telah berumahtangga,seorang-demi seorang anak lahir,masa saya dihabiskan untuk mereka. Halaman rumah saya gersang,serba sedikit menumpang  koleksi tanaman emak mertua yang berkongsi halaman  ketika itu.  Sehinggalah salah seorang emak saudara datang bertamu,yang bicaranya begitu tulus tanpa tapisan.

"Apa ni,rumah tepi jalan tapi takde bunga langsung?orang tengok pun bosan,kalau aku duk tepi jalan,macam-macam aku tanam." Betul,kenyataannya itu terlalu menghiris ego saya. Namun ianya menjadi pemangkin kepada saya. sedikit-demi sedikit saya menyusun langkah.

Salah seoran guru besar saya pernah berkata bergaul dengan tumbuhan adalah trapi. Untuk rohani dan fizikal. antaranya boleh menundukan nafsu amarah.

Suatu hari seorang nyonya jual ikan yang mampir ketika saya sedang membelek daun-daun bunga menegur saya,

"Apa lah ini makcik,rumah semak penuh pokok,kalau orang cina tatak mau ini,buang ong,"

'Ya ka Nyonya,Awak saja yang kata,Ramai orang cina yang tanam macam-macam depan rumah,sampai penuh kakilima kedai. Saya tanam-tanam ni pun sebab ikut cina lah"

"Tataklah,nenek moyang kata depan rumah kasi lapang nanti ong tatak datang"

"Tapi Islam tak ada ong-ong Nyonya, yang ada rezeki,kalau selalu ingat Allah rezeki baik, Malaikat datang hantar rezeki Allah suruh, Tidak kira banyak pokok ke yang penting rumah mesti bersih,selalu baca Quran"

"Tu macam ka?" Kasihan nyonya tersebut,salah saya juga yang tidak berjaya mengenalkan Islam kepadanya.

Terus terang,saya agak berkira mengeluarkan belanja untk menghias taman,mungkin disebabkan badget kendiri  tidak membenarkan atau memang spesis kedekut kata orang. Semasa bilangan anak saya sedikit,saya sering menghantar ibu mertua dan kakak ipar menyinggah di tempat-tempat penjualan bunga. Hobi mereka mengikut trend,musim baugenvila,berbagai spesis mereka kumpul begitu juga bila tiba musim puding,keladi,orkid dan sebagainya,saya hanya melihat sambil menelan air liur. Nanti bila trend berlalu mereka akan mempelawa saya dan saya menerima dengan tangan  dan hati yang terbuka.

Bunga-bunga dihalaman rumah saya kebanyakannya adalah bunga yang melepasi trend. Cuma mutakhir ini hati saya seperti sudah terbuka  mengeluarkan baget untuk bunga,tetapi bukan bunga yang mengikut trend ianya adalah bunga yang berbau wangi ataupun yang boleh dimunafaatkan.Saya idamkan suasana wangi memenuhi ruangan udara persekitaran rumah.

Kemuning. Gelombang baunya jauh di bawa angin, apa lagi bila menjelang malam .Ianya bermusim,bila telah matang sebahagiannya akan bertukar menjadi buah,dan boleh bercambah menjadi benih.Beberapa hari lepas itu baru berbunga kembali.

Kesidang (Vallaris glabra) Baunya seperti pandan,sangat rajin berbunga,pkoknya memanjang sesuai dililitkan di tiang,boleh dibentuk seperti gerbang. Pagi-pagi bila buka pintu,semerbak menerjah saraf bau.

Yesterday today and tomorrow(Brunfelsia australis Brunfelsia) Bunga ini warnanya bercampur putih dan ungu,saya pun tidak tahu nama melayunya,Penjual nesury yang memberi tahu saya namanya. Ada orang kata bau orang India,tapi saya kata orang India yang bau bunga ini.

Kenanga (Canaga odorata) Bunganya tahan lama,boleh disimpan di hand bag atau dalam kereta untuk mendapatkan aromanya.Walaupun telah kering namun masih berbau.


Melati,bunganya halus sahaja,tidak berapa kuat. Namun masih menyumbang keharuman halaman.
Di bawah ini pula adalah bunga yang tidak wangi;

Crown of thorns. Pemberian Emak mertua. Spesis ini ada beberapa jenis,tapi inilah yang paling rajin berbunga asalkan rajin membaja. Asalnya saya tidak berapa gemar disebabkan duri dan getahnya,namun pemberian jangan ditolak,demi menjaga kerukunan. Tidak berapa kuat mengunakan air,

Janda kaya,pemberian Pakcik suami,Asalnya beliau mahu menebagnnya untuk dibangunkan garaj,rezeki kamilah nampaknya.Suami saya yang berminat sangat dengan bunga ini,dia masih berusaha untuk mencari warna lain.

Bagunvila ini pun pemberian emak mertua,dirumahnya berbagai-bagai spesis lagi. Saya hanya menerima yang beliau  tidak mahu.


Kemuning Cina,ada 2 warna,putih dan ungu. Di percayai ia adalah salah satu bahan ubat kenser,terutamanya yang putih. Kita lihat lambang MAKNA(Majlis Kenser Nasional) menggunakan bunga ini sebagai lambang.

Bakung. Yang ini saya beli bebawangnya di Cameron Higland,dengan harga RM 1. tidak menyangka ianya telah membiak,

Hasbiscus Rossa. Bunga Raya.Ada 3 warna merah,oren dan putih,jenis bersusun-susun. Ini adalah hasil pembelian suami saya di Cameron,terkejut juga saya bila dia membeli bunga ini,tidak pernah-pernah terjadi..


Dibawah adalah orkid yang terdapat dihalaman rumah saya,kesemuanya pemberian Emak mertua saya.Asalnya beliau menanam di pasu-pasu kecil,sekarang saya pindah-pindahkan.
Dilekatkan di batang pokok palma.

yang ini paling cantik,tapi sangat jarang berbunga.


Satu-satunya yang berwarna uning dan sangat rajin berbunga.

Yang menghairankan saya kebanyakannya berwarna ungu,sebenarnya saya tidak tahu apa jenis orkid sehingga ianya berbunga,

Bunga ulam raja.Satu ketika penuh disekitar rumah dengan pokok ulam raja.Sehinga saya mempelawa siapa-siap yang mahu mencari bahan untuk pasar tani,ambil sahaja tidak perlu bayaran. Kadangkala saya bawa ke katin sekolah untuk di jadikan ulam oleh rakan sekerja ketika makan waktu rehat.

4 ulasan:

  1. Salam. Jelous saya Simah. Halaman rumah saya kosong. Hanya pokok belimbing yang tak berbuah. Itu pun pembantu rumah yang tanam. Kini di mana dia pun saya dah putus hubungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali,
      Rasanya bermasaalah juga bila penuh,alamat layulah ia,tuannya asyik meninggalkan rumah bermusafir,tidak mengapa tanamkan ia didalam hati,agar hati sentiasa berbunga.....senyum.

      Padam
  2. Cantik bunga2 tu Mak bonda..ni tengah semak blog dengan Lek Ingah

    BalasPadam
  3. Cantik kan,Alhamdulillah masih diberi rezeki menikmati kecantikan. he he he.

    Janganlah diajari Lek Ingah semak blog kita,nanti banyak yang kantoi :(

    BalasPadam

Catatan Popular