Gadis 18 tahun: Yeah pisang,buat jemput-jemput Ma,lama lah tak makan jemput-jemput pisang Ma.
Mak: Pisang nangka,mana boleh buat jemput-jemput,
Gadis 18 tahun: Habis pisang apa yang boleh?
Mak : Pisang awak atau pisang restali,pisang emas pun boleh juga,
Gadis 18 tahun: Pisang nangka boleh buat apa?
Mak: Goreng salut tepung,atau pengat ke, hari tu makcik zahrah jumpa respi kat hotel pisang nangka masak-masak goreng kat minyak panas,bubuh dalam mangkuk siram susu cair jadi dessert, Ma tak pernah cuba.
Gadis 18 tahun:Tabiklah kat Ma,Tahu jenis-jenis pisang.
Ma: Mak tau jenis pisang je,embah lagi nampak anak pisang dah tau pisang apa.
Semasa Wan Zaleha Radzi menjadi juruacara majalah 3 lama dulu pernah menyiarkan program bertajuk Semangat Ubi kayu.Kalau tidak silap berkisarkan penduduk Malaya zaman kependudukan Jepun dahulu.
Walaupun Makbonda bukan jenerasi ketika itu masih tidak jauh sangat perbezaan dari segi menu hidangan..Ayah Makbonda membuka tanah di persisiran sungai yang jauh dari hubungan darat. Kami membesar di kawasan tanah yang baru dIbuaka,jauh dari kedai dan kemudahan lainnya.Tanaman utama yang Ayah/Ibua Makbonda usahakan ialah kelapa,sebelum kelapa membesar dan mengeluarkan hasil Ayah/Ibua menanam segala tanaman yang boleh di tanam,segala sayuran,segala jenis ubi-ubian, termasuk segala jenis pisang.Makbonda di besarkan dengan bermain-main di celah-celah tunggul perdu dan banir dan tanam-tanaman yang meyubur. Dalam 1 minggu atau lebih Ayah akan ke pekan untuk mendapatkan bekalan makanan lain.
Membesarnya Makbonda adik beradik adalah dengan hidangan menu berasaskan pisang dan ubi, tanpa rasa jemu bosan dan tida sebarang rungutan. Atau mungkin kerana kebijaksanaana Ibua dalam mempelbagaikan resepi hidangan. Mari Makbonda kesahkan mengenai pisang.
1. Pisang nangka,abu, raja dan tanduk masak di goreng dengan tepung gandum,menjadi pisang goreng.
2. Dalam keadaan mentah di potong tebal,gaul dengan garam dan bawang putih yang ditumbuk lunyai lalu di goreng tapi kena makan panas-panas.di namakan pisang goreng mentah.
3. Pisang awak atau restali masak di lenyek kemudian di campur tepung boleh di goreng menggunakan minyak banyak menjadi jemput-jemput pisang, menggunakan minyak sedikit menjadi lempeng pisang, di letak dalam loyang dan di kukus menjadi lengat pisang, dIbuangkus dengan daun dan di kukus menjadi lepat pisang.
4. Pisang berangan dan raja masak di lenyek,campur tepung dan serbuk penaik,gula,dimasukan dalam loyang,kukus apabila sudah kembang sejukan dan potong dnamakn apam pisang.
5. Pisang nangka,abu,raja dan tanduk masak dipotong-potong dan di rebus dengan gula,bubuh daun pandan dan kalau suka santan jadi pengat atau kolak pisang.
6. Pisang nangka,abu,tanduk, dan emas yang belum masak(hijau,muda) di kopek hiris nipis-nipis dan goreng menjadi kerepek pisang,bila di gaul dengan garam di panggil kerepek pisang masin,bila di sira dengan gula jadi kerepek pisang manis,bila di sira dengan sambal menjadi kerepek pisang pedas,bila di peram menjadi kerepek pisang peram.(salah satu kaedah mengawet makanan,di simpan dalam tin,tahan lama dan boleh di makan pada bila-bila masa)
7. Semasa Ibua membakar sampah kami memasukan pisang-pisang dalam bakaran sampah dengan kulit-kulitnya sekali,agak-agak sudah masak kami makan panas-panas dalam kebun.Bila balik rumah dah tak larat makan nasi.
8. Pisang nangka,abu,emas,banten yang masih muda boleh di potong-potong dan di masak kari menjadi kari pisang,atau di tumis dengan ikan bilis menjadi tumis pisang,atau masak lemak cili api jadi lemak pisang.
9. Pisang nangka dan berangan muda di kopek kulitnya dan di rebus,bila telah masak campur kelapa parut dan gula,tumbuk lumat dan di lenyek dalam loyang,bila telah sejuk potong dadu seperti candy di namakan getuk pisang.
10. Pisang nangka,awak,abu,tanduk masak di rebus,potong-potong gaul dengan kelapa parut masin dipanggil pelikipu.
11. Pisang berangan,restali,banten,emas boleh dimakan begitu sahaja bila dah masak.Biasanya pisang-pisang ni Ayah akan sisirkan dan peram,yang cantik akan di jual dan kami makan yang reject-reject,tapi kualiti masih elok hanya rupa kulit sahaja yang tidak menarik hati pelanggan.
12. Jantung pisang awak dan abu boleh di masak lemak,di tumis dengan ikan bilis atau kerang,atau di celur dan gaul dengan sambal pecal.
13. Daun pisang awak atau abu sahaja yang boleh di gunakan untuk membungkus berbagai-bagai jenis makanan seperti koci,pengat,nasi lemak,lemper,pais,nasi ambeng, dan berbagai makanan lain.
14. Bagi penduduk di Utara mereka menggunakan umbut pisang untuk di masak kari,tapi dalam masyarakat kami tidak pernah ada orang yang mencuba,mungkin kerana banyak umbut lain yang lebih releven.
15. Batang pisang di kopak dan di potong memanjang dan di jemur,bila kering menjadi tali pisang,dijual pada cina seberang,tersangatlah laku. Sifat batang pisang adalah keapungan bila musim hujan dan parit-parit melimpah kami adik beradik akan menggunakan untuk berkubang,bergilir-gilir beberapa orang menonggang dan seorang menarik atau menolak.
16. Semasa bermain pondok-pondok kami menggunakan daun pisang dianyam seperti tikar.
17. Daun pisang yang kering menjadi bahan bakaran untuk menghidupkan unggun api di kandang kambing mengelakan kambing di ganggu nyamuk atau unggas.
18. Dalam perjalanan balik sekolahtiba-tiba hujan,ambil daun pisang boleh lindungi kepala dari di timpa hujan.
19. Semasa zaman makbonda kanak-kanak daun pisang tak di jual kerana pada ketika itu penduduk bandar berorientasikan penjajah,tapi sekarang penduduk bandar berasal dari kampong,jadi mereka suka makanan berbungkus daun pisang,maka daun pisang boleh dijual di pasar-pasar tani.
20. Setengah kampong bila ada kematian,akan disediakan daun pisang untk para penziarah,sekali baca surat Ikhlas akan dilerai memanjang daun pisang,menggantikan biji-biji tasbih,dan yang lebih bida'ah lagi daun pisang itu akan di tabur di atas pusara.
21. Dan banyak lagi yang belum tersenarai.....
Bagaimana mungkin kami boleh kebosanan atau jemu dengan kepelbagaian kesah pisang ini?
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan?” Surah Al Rahman
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Khamis, 31 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
anak-anak dulu lebih belajar melalui pengalaman. suka masuk kebun keluar kebun, nampak belbagai tumbuhan dan banyak belajar dari sentuhan dan pengamatan.
BalasPadamanak-anak sekarang jarang yang suka masuk kebun kononnya banyak nyamuk, banyak pacat dan pelbagai alasan.
ya...pisang memang boleh dipelbagaikan resepinya..semuanya sedap. pisang mentah di goreng di bercicah sambal tutuk atau sambal kicap dimakan ketika panas memang sedap.