DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 22 Julai 2012

Mood Ramadhan.

Minggu lepas,hari Selasa,waktu pendidikan Seni visual tahun 1.Sebelum menjelangnya Ramadan Makbonda mengambil peluang untuk menimbulkan mood Ramadan kepada penghuni kelas ini.

Makbonda mahu menimbulkan mood Ramadan dalam jiwa mereka sambil juga untuk diri sendiri.Selama ini bila mahu masuk Ramadan bayangan tentang keletihan,tentang juadah lazat-lazat dan sebagainya adalah lebih menonjol. Sedangkan ibu-ibu  dan orang dewasa juga memulakan mood Ramadan dengan senarai resepi  Apatah lagi anak-anak.

"Siapa tahu,minggu hadapan bermula bulan yang paling penting dalam tahun ni"
Masing-masing berbut-rebut.
"Kita tahu......kita tahu.........bulan puasa"
"Betul bulan kita wajib berpuasa.Namanya bulan Ramadan.Apa puasa tu."
Tidak perlu diterangkan,semua sudah tahu.
"Siapa yang suka puasa?"
Ada yang mengangkat tangan dengan penuh bangga telah berpuasa pada Ramadan yang lepas,ada yang menggeleng kepala.Ada juga diam menyembunyikan implisit.

"Kita tak tahan puasa,masa tu puasa sekerat hari je,lepas tu sakit perut"

"Mengapa kita perlu berpuasa?"
Mengikut standard usia mereka adalah juga jawapan yang boleh diterima.Sedangkan kita yang seusia begini masih lagi belum dapat mengisi jawapan sepenuhnya hikmah puasa,apalah lagi mereka.Masih ramai lagi orang dewasa yang masih melangkar adab-adab bulan Ramadhan,apatah lagi mereka.
Labih kurang 5 minit bersoaljawab barulah menerima kertas yang perlu diwarnakan.



Macam-macam aksi mengikut keselesaan,


kawan-kawan mengutuknya kerana mewarnakan songkok upin-ipin berbelang-belang
"Tak apalah,ini namanya kreatif"Kata Cikgu mempertahankannya.

Pertama kali dia dapat menyelesaikan lukisan,sebelum ini tidak pernah selesai.
5 minit sebelum tamat masa,mempamerkan lukisan untuk masing-masing menilai,sambil berjanji akan berpuasa dengan jayanya Ramadan ini.
"Lepas ni kita jangan cakap bulan puasa,tapi kena cakap bulan Ramadan"


Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan mukanya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”

2 ulasan:

  1. Salam makbonda,
    Anak-anak yang masih suci. :)
    Benar kak, kita sbg wanita kdg2 harus lari dr kebiasaan. Ramadhan ini utk kita..
    Lelah, bila tahu ada yg berebut nak khatam quran berkali-kali ramadhan ini... terasa saya amat ketingalan.. :)

    Teringat adik bongsu yg tgah praktikum, utk kelas pend khas.. penat skit berbanding tahun lepas. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah.
      Kalau syawal boleh kita timbulkan mood lebih awal,kenapa tidak Ramadan.


      semoga ditingkatlan amalan kita tahun demi tahun.

      Padam

Catatan Popular