“Saya kena buli Kak.”
“Kena buli atau rasa kena buli? Siapa dan macamana ?”
“Semua saya kena buat.”
“Sebab semamangnya kamu tahu buat.”
“Semua orang tahu buat,kalau tak macamana boleh jadi
cikgu,saja tak mahu buat,ambik kesempatan atas orang lain.”
“Mungkin memang betul mereka tak pandai,jadi cikgu tak semestinya
pandai semua,ada kepakaran masing-masing.”
“Saya dulu pun tak tahu,kat U belajar lain,latihan guru
sekejap je,sikit sangat belajar pasal sekolah,tapi bila sampai sekolah saya
kena buat juga sebab dah diamanahkan,banyak perkara yang saya tak tahu tapi
saya belajar.Belajar melalui pengalaman,tapi mereka awal-awal dah kata tak tahu
dan tak mahu buat.Mentang-mentang kita boleh buat,dia tak mahu buat. Dalam kita
sebok seolah-oleh nak tarik nafas pun tak sempat,boleh pulak ada yang
lepek-lepak tengok katalog,main fb.seekjap-kejap MC,tengok kat FB melancong
sana melancong sini,kita kena ganti kelas.”
“Hmmm,sakitkan? Saya pun pernah rasa macam tu,tambah pedih
lagi bila mereka pulak yang tiba-tiba dapat penghargaan,naik tingkat lebih
tinggi. Satu masa baca satu artikal motivasi,apabila kita rasa terbuli,fikirkan
adakah orang lain juga ada yang pernah rasa terbuli oleh kita.walaupun
kadangkala kita tidak berniat untuk itu tapi mereka menerimanya seperti
buli.Walaubagaimana pun nak positifkan diri letak sahaja kedudukan orang yang
kita rasa membuli itu adalah utusan Allah untuk menguji kita,nak bagi kita
pahala,nak meningkatkan kematangan kita.”
“Habis takkan kita nak biarkan sahaja,kalau macam tu
senaglah dia . Kita guru gaji sama rata,yang rajin yang malas gaji jalan juga
ikut skim. Tapi kerja? “
“Kalau mampu tegur dan beri tunjuk ajar,tak semestinya
hasilnya macam mee segera,mungkin setelah dia lebih dewasa atau telah berpindah
baru dia teringat apa yang kita perkatakan. Atau pun kita dah berpisah
alam,Insyaallah,ilmu kita dimunafaatkan olehnya.”
“Siapalah kita nak tunjuk ajar orang.”
“Tak mampu nak tegur,nak tunjuk ajar,nak ubah dia? Ubah diri
kita sudah. Tukarkan rasa kena buli dengan rasa kita istimewa,bukan dengan ujub
dan riak tapi dengan bersyukur bahawa kehidupan kita ni memberi munafaat kepada
makhluk lain. Jaga amanah kita. Buat apa iri hati dengan kelemahan orang lain.Bila hidup suka
menyusahkan orang lain takdenya kebahagiaan dalam diri dia. Mereka terus lemah
sedangkan kita terus meningkat, terus kuat.Jadikan diri kita
istimewa.Insyaallah ganjarannya kita tidak nampak disini,tapi semasa di Mizan
nanti”
Wahai anakku,
Janganlah kamu bermalam dengan dosa-dosamu, melainkan engkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian. Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu, tulislah segala hutang-hutangmu, dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata-mata kerana kamu lihat kelebihannya.
Wahai anakku,
Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?
Wahai anakku,
Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa-dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.
Wahai anakku,
Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia-siakannya dengan perkara yang tidak mengun-tungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. Zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu.
Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.
Senyum.( https://www.facebook.com/ustaztitm?fref=ts)

Cerita BULI seperti ini bukan dalam perkhidmatan guru saja. Semua perkhidmatan ada yang suka jadi passenger. Maka saya setuju dengan sikap Simah. InsyaAllah betul pemikiran seperti itu.Allah maha melihat, maha adil maha bijaksana. Kita yakin Allah tidak mensia-siakan usaha kita.
BalasPadamInsyaallah bila kita membahagiakan orang lain kita juga akan dibahagiakan. Hidup biar memberi.
Padam