sumber google image |
Posting saya kali ini adalah mengenai berlapang dada. Frasa yang mudah disebut tapi berat melaksanakannya. Beberapa peristiwa yang berlaku pada diri saya yang berkaitan dengan berlapang dada.
Kali pertama saya berkunjung ke RPWP disantuni oleh ibu-ibu didapur. Dalam perbualan antara ang saya tanya ialah bagaimana warga perihatin menangani tingkahlaku anak-anak awal remaja,adakalanya mereka bertindah seperti mereka sudahbesar,bagaimana menangani anak-anak yang sering membantah apa yang diaturkan?
Antara jawapan Ibu Syakirah ialah anak-anak dididik untuk berlapang dada,bukan sahaja anak-anak tetapi semua ahli keluarga.Anak-anak telah dididik dengan al quran,jadi mereka tidak akan membantah.
Pertemuan jodoh anak perempuan saya baru-baru ini adalah dengan cara diatur oleh orang dewasa dalam jemaah.Ada pihak yang menakut-nakutkan saya tentang kaedah tersebut,dibimbangi pihak lelaki adalah dalam keadaan terpaksa,nanti suatu masa bila keadaan tidak serasi maka timbullah ungkita bahawa meraka tidak ada perasaan cinta,semuanya pihak lain yang mengatur.Namun saya yakin mereka telah melakukan istiharah,pilihan mereka adalah pilihan Allah,jika sasuatu terjadi semuanya adalah hikmah disebaliknya. Sememangnya ada beberapa kes yang pernah berlaku dimana aturan yang dijalankan oleh ibubapa tidak menjadi,namun semua pihak berlapang dada,redha dengan ketentuan.
Semasa solat jenazah bapak dimasjid saya dan emak turut sama. Sebaik sahaja salam dan mengaminan doa seorang muslimat yang turut sama bermakmum telah mengucapkan takziah kepada emak. kemudian beliau mengingatkan pada emak tentang menjaga diri sepanjang tempoh edah. tidak lama kemudian salah seorang keluarga muslimat tersebut bertanya pada emak apa yang beliau katakan.Apabila emak menerangkan dengan cakap pindahnya individu itu terus berkata
"Eleh Lek(makcik bahasa jawa) pandailah dia cakap,dia dulu masa edah pun kehulu ke hilir"
Emak yang sedang didalam kesedihan menjadi keliru,lantas saya mengingatkan emak bahawa apa yang dicakapkan oleh muslimah tadi betul,Emak kena berlapang dada bila ada orang mengingatkan kita,bukan senang mendapat teguran percuma begitu.
Awal bulan ini anak kedua saya telah mendapat tempat mengajar di SR Asunta 2,Petaling Jaya.Satu-satu lokasi yang tidak pernah dijangkanya samasekali. Sebelum ini apa yang dibayangkan adalah sekolah-sekolah kampung atau mungkin pendalaman sedikit,rupa-rupanya ditengah kota metropolitan. Dan lebih menyedihkan bagi beliau ialah kena mengajar subjek Agama Islam tahun 1. Matapelajaran yang bukan optionnya di IPG.Sekolah tersebut memang kekurangan guru agama.Entah bagaimanalah pihak yang terbabit terlepas pandang dalam pengagihan guru-guru,sedangkan didaerah kami guru agama berlebih-lebih yang kurang adalah guru bahasa Inggeris. Setiap malam menalifon atas ketiadak puasan hatinya.Namun saya memberi semangat kepadanya untuk sentiasa berlapang dada. Matapelajaran sekarang telah disiapkan sukatan tertentu,hanya kaedah sahaja yang perlu diaplikasi. Selama 5 tahun belajar itulah gunanya,sedangkan seorang guru sementara yang yang tidak berlatareblakangkan jurusan pendidikan boleh menghadapi apa lah dia yang tamat pengajian di IPG.Kena redho,adalah terlalu besar hikmahnya,tiba-tiba Allah beri kesempatan mengajar mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam.gunakan peluang itu dengan berlapang dada.
Bagaimanapun tidak boleh disalahgunakan frasa berlapang dada ini,sebagai contohnya seorang pengarah filem yang melibatkan pelakonnya memakai pakaian yang tidak diredhoi Allah samasekali, apabila dikeritik beliau berlapang dada dan sanggup ke neraka demi menunaikan tugasnya. Begitu juga seorang artis lagi yang dikeritik atas tingkahlaku anaknya yang berpakaian seksi dan bersosial liar. Beliau berlapang dada kerana tingkahlaku anaknya adalah sesuai dengan usianya. Itu artis. Semoga mereka mendapat hidayah.
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya pada suatu masa yang banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa. 32:5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan