Tidak baik ke seorang nenek yang mencarikan cucu-cucunya guru mengajar al Quran,sedangkan ibu bapa mereka tidak pusing pun hal ini. Tidak baik ke seorang nenek yang berhempas pulas bekerja semata-mata untuk menyara anak cucunya yang tinggal bersama,sedangkan anak lelakinya yang tinggal bersama tidak punya pekerjaan yang tetap. Bekerja dapat lah duit selebihnya tidur baring sahaja di rumah,sedangkan isterinya juga jenis yang tidak tahu mencari sumber pendapatan, semata-mata dirumah menjaga anak dan menguruskan rumah.
Ya nenek Amanah. setiap hari mengambil upah mengikis isi kelapa untuk diambil bahagian putihnya sahaja di rumah jirannya pengusaha kelapa patik.
Sumber google image |
Dalam sehari,bermula jam 7 pagi hingga 6 petang tanpa henti dapatlah sekitar RM30. Dapatlah beliau membeli beras,gula,ikan dan sebagainya untuk menyara anak cucunya. Beliau dapat juga bantuan dari PZS atas tarafnya sebagai asnaf.
Petang itu kecoh satu kampung.Nenek Amanah mengamuk di tempat kerjanya. Beliau memaki hamun cucu-cucunya dengan segala kata-kata kesat dan menakutkan. Di ungkitnya segala yang berlaku selama ini. Satu persatu aib anak cucu terbuka tidak kurang aibnya sendiri.
Petang itu beliau keluar sekejap meninggalkan tempat kerjanya dengan berbasikal ke simpang jalan. Teringin sangat untuk berbuka dengan kuih pau Kak siti yang lembut dan gebu itu. Dibelinya pau yang berharga 50sen untuk dua ketul. Bukan beliau tidak mahu membeli lebih dari itu,upah kerjanya untuk hari itu mahu digunakan untuk membayar api dan air,bukan untuk apa-apa. Diletakan dua ketul kuih pau tersebut di bakul basikal dan beliau menyambung kerjanya. Tepat 5.30 petang tiba-tiba riuh rendah suara anak-anak balik dari SRA. Sebahagianya adalah cucu-cucnya juga. Sifat kanak-kanak bila didapati neneknya masih ditempat kerja,menyinggahlah mereka. Riuh rendah dengan aktiviti kanak-kanak,sesekali Nenek Amanah akan terjerit-jerit bila cucu-cucu melakukan perkara yang diluar jangkaan keselematan. Situasi itu sendiri telah menggambarkan bahawa Nenek Amanah amat mengambil berat ke atas cucu-cucunya. Setelah tiba jam untuk beliau menmatkan kerjanya didapati bakul basikalnya menunjukan tanda bahawa telah diselongkar, dan dua ketul pau tersebut ghaib. Itulah puncanya beliau mengamuk sakan.
Bukan tiada sesiapa yang memujuknya namun api amarahnya tidak mahu padam.Jengkel betul hatinya barangkali. Sejengkel hati ibu si Pekan dan Melur.Kalaulah batu belah batu bertangkup masih wujud.ada harapan dijejakinya langkah emak si Pekan. Rakan-rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang memerhati situasi itu pasti tidak dapat menghayati apa yang beliau rasa. Mereka hanya tahu mengutuk atau paling kurang mencemikkan rongga bibir.
"Alah...dengan cucu pun berkira ke,aku kalau dengan cucu aku tak dapat makan pun tak apa asalkan cucu dapat"
Begitulah lebih kurang antara ayat-ayat komen dari pemerhati di sekelilingnya.
"Ya lah kamu semua tak pernah rasa apa yang saya rasa,kamu boleh cakap apa-apa pun"
Perumpamaan melayunya "kusangka panas sampai ke petang rupamnya hujan ditengahari"
Dalam matematik amalan pula perkara yang yang sedikit kita lakukan boleh menghapuskan seluruh amalan baik yang selama ini dilakukan.
Siapa kita mahu menilai amalan orang lain.Diterima atau tidak amalan sesaorangan hanya Allah yang boleh menilai.
Sebenarnya saya kenal cucu-cucu tersebut. Mereka mengaji di rumah saya. Memang agak sukar mengawalnya. Agak selamba meneroka cerok sudut rumah,sehingga saya buat undang-undang supaya tidak boleh melepasi ruangan tempat mengaji. Sebelumnya dia akan mengambil sahaja sebarang makanan atau apa-apa yang dihajatinya,sehinggalah saya buat peraturan setiap barang yang diambil hendaklah dengan izin. Saya juga sering tekankan adab bila di rumah orang.
Memang,Cucu itulah patut diberi perhatian lebih. Anak ini perlu sentuhan didikan akhlak,sebab masa hidupnya masih panjang,ajal maut ditangan Allah tapi mengikut hukum akal perjalanan kehidupannya masih panjang. Jika tidak dari sekarang ada yang membetulkan maka banyak pihak akan menghadapi kesukaran. Siapa yang patut membetulkannya? Semua orang disekelilingnya. Saya tahu anak ini ketandusan didikan. Siapa yang patut membantu,tentulah masyarakat sekelilingnya.Harapkan neneknya,betul neneknya selalu berleter terjerit-jerit melarang itu dan ini,semakin dijerit semakin panjang akalnya melakukan itu dan ini. Ibu bapanya? yang penting mereka tidak kelaparan. Mereka sendiri tidak pernah dididik untuk menghormati hak orang lain. Bagaimana mahu melarang anaknya supaya menghormati hak neneknya atau hak orang lain sedangkan dirinya sendiri pun pernah di lockup kerana memetik buah kelapa sawit dikebun jiran tetangga. Atau memancing talifon bimbit serta dompet jiran melalui tingkap.Cuma belum tercekup dalam aktiviti pecah rumahnya kerana belum terkumpul bukti.
Anak ini,ya anak ini,tidak mustahil bila kena caranya dia akan dapat membetulkan kekusutan keluarganya. Saya berkesempatan bersamanya hanya dengan masa yang singkat iaitu semasa dia belajar iqra' di rumah saya. Selalu saya ulang-ulang pertanyaan apa tujuan mereka datang mengaji,sekarang mereka telah boleh memberikan jawapan "Sebab nak pandai baca Quran,Quran itu panduan cara hidup,nak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Orang berbuat baik dan berbuat salah semua ada balasannya" Sedikit demi sedikit harapan saya mereka akan belajar Quran bukan sekadar membaca sahaja tetapi menghayatinya. Mereka juga perlu diingatkan agar selalu mendoakan kesejahteraan neneknya yang telah menghantar mereka ke rumah saya.
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.31:16
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.31:17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan