DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 15 Disember 2015

Trip Ponorogo hari ke dua.

Sebelum Subuh lagi kami dah bangun kerana mendengar dentam dentum Mbak Niam di dapor. Beliau perlu membuat persiapan. Masak untuk Bapanya dan ibunya yang uzur dan beliau sendiri akan bertugas disekolah. Kami mandi guna air sumur yang ditakung di satu tangki besar dan disalur kepaip-paip dalam rumah. Airnya sejuk dan jernih,boleh diminum begitu sahaja,betul-betul air mineral. Pagi ini juga kami mahu meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.  Entah beberapa kali Niam dan suaminya memujuk kami agar menyambung semalam lagi,masih belum puas menurutnya,sebenarnya didalam sudut hati saya pun belum terasa puas,tapi kami tidak boleh mengikut kata hati,Rancangan perlu diteruskan.

Sementara menunggu Pak Budi sampai(Malam dia tidak menginap di sini,dia menginap dirumah mertuanya di desa sebelah) Ada ada sahaja juadah yang disediakan,betulah kata pak cik sebelum kami datang,walaupun kita kata mereka sukar mencari pendapatan lebih tapi mereka mewah dengan makanan, dan amat memuliakan tetamu,apa juga makanan yang ada akan dihidangkan.
Dalam pada itu ada penjaja datang kerumah,membawa barang keperluan. Ada sayur,tempe,tahu keropok-keropok dan ikan rebus. Ya ikan rebus,baru saya lihat ikan. ikan kembung kecil yang direbus,5 ekor setiap pek,ada 5 pek semuanya,Pak Juaini borong kesemuanya. Yang agak terkilan di hati kami mereka menolak pemberian wang dari kami,ya betul-betul menolak walau untuk anak kecil. atas alasan tidak mahu menjadi kebiaasaan.


dalam bungkusan panjang warna perang itu ialah tahu goreng. Saya borong semua,memang sedap,buatan sendiri katanya.
Perjalanan seterusnya kami mahu menjejak tempat asal usul embah sebelah emak pula di Kampung kori di daerah Sawo. Sebelum itu menjejak saudara mara sebelah suami saya di madiun. Rumah pertama waris sebelah suami yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun,pulang membawa modal lalu membuka 2 toko,satu toko menjual barangan hard-where dan mini market. Meriahnya tokonya hanya dimiliki oleh orang cina di sini.Beliau juga mempunyai beberapa homestay dan membangunkan sebuah persantren dengan sebuah masjid yang besar dalam pembenaan. Rumah kedua pun waris dari keluarga suami saya sebelah datoknya di Gedung Panji,juga punya toko barangan jemtera berat.

Sebelah kiri mini market,sebelah kanan toko barangn hard were,di belakang rumah dan homestay.
 Hari itu hari Jumaat,target kami akan berjumaat di Sawo. Target kami tepat. Sampai kampung kelahiran embah sebelah emak tepat jam 12.30. Terasa sayunya di Desa tersebut sebab embah pernah bercerita serba sedikit mengenai desa tersebut.  Rumah yang kami tuju ialah rumah kelahiran abang ipar embah yang membawa embah ke Malaya. Rumah kelahiran embah telah di robohkan untuk dibuat pembahagian pesaka. Adik beradik embah semua perempuan,3 orang ke malaya yang lain telah berkahwin dan mengikut suaminya masing-masing diluar daerah itu. Saya terbayang kali yang embah cerita dahulu masih wujud tapi airnya telah mengering. Betulah berhampiran sekolah,menurut embah tanah mereka telah diambil oleh pemerintah untuk pembinaan sekolah.

Tiba sahaja terus dihidangkan makan tengahari

pecal

set makan.


suasana di dalam rumah,sebenarnya mereka menggunakan kasut dalam rumah,tikar dibentang bila ada tetamu,kasut dibuka hanya bila masuk bilik tidur. Lihat dinding,dari jati berukir yang kukuh dan unik..
Semasa orang lelaki solat Jumaat saya mengambil kesempatan mengeliling rumah
pemandangan rumah dari jauh

kandang kambing beratap genting

sumur punca air,yang disedut menggunakan tenaga elektrik.
Ahli rombongan bersama tuan rumah,saya joro foto sahaja.Yang berkerusi roda adalah anak Pakcik yang OKU memang dibawa oleh pakcik untuk menggembirakannya.
Kami meninggalkan mereka dengan berat hati,jam 3 kami bertolak ke lokasi seterusnya. Di sini mereka menerima sahaja apa-apa pemberian dari kami,malah kalau kami dapat tolong kalau boleh uruskan salah seorang anak-anak mereka untuk bekerja ke Malaysia.

Lokasi seterusnya ialah ke Tanjung Anom,Nganjok. kali ini ialah kenalan abang sepupu kami iaitu Pak Kiyai Samsudin yang pernah beberapa kali datang ke Malaysia untuk melawat pondok cawangannya di sini. Tempat itu adalah sebuah pesantren yang menyediakan tempat penginapan anak-anak antara 7 tahun hingga 17 tahun. Pada siang hari mereka bersekolah dasar seperti biasa tetapi petang dan malam mengikuti pengajian yang diadakan di pasentren tersebut. Pak Yai Samsudin asalnya adalah pelajar pesantren tersebut tetapi diambil sebagai menantu dan bila mertuanya meninggal beliaulah yang mewarisinya. Kami tiba hari telah gelap jadi ajendanya makan dan berbual-bual sahaja,ibu mertuanya melayan kami bagai tetamu besar. Kami sangka akan ditempatkan di homestay rupanya di tempatkan di bilik tamu rumah tersebut.


Papan tanda
Anak-anak pesantren bersiap ke sekolah dasar



Besok pegi sementara menunggu Supir datang Pak kiayai membawa kami melawat projek yang dijalankan oleh pihak pesantren untuk membiayai pesantren tersebut,Antaranya ialah kilang membuat batu blok,kilang membuat gas dari najis lembu,home stay, ladang juga mini market. Amat kagum kami. Ibu bapa yang tidak mempu membiayai anak-anak boleh bekerja disitu. Tiada kerja pembersihan atau tukang masak yang digaji melainkan semua di kerjakan oleh anak-anak pelajar secara bergilir. Keadaan dalam pesantren kemas dan rapi.
di kilang batu blok

Pak  kiai Shamsudin yang bersongkok hitam,saya pun kira orang sudah tua rupanya ganteng lagi.

Ladang soya

dari kiri istri Pakcik,Mak mertua Pak Yai,admin blog dan Mak saya.

Kira-kira jam 11 kami bertolak ke Surabaya kerana esok pagi kami akan checkin. Oleh kerana mereka menolah bayaran peginapan dari kami maka kami serah sahaja wang tersebut atas infaq kepada pesantren.

Di surabaya kami akan melawat saudara sebelah saya saya yang terlantar di rumah sakit beberapa bulan. Mereka ini golongan pertengahan yang bekerja dengan pemerintah.

Namanya Ibu Lilik,hubungan emak saudara dengan suami saya,gembiranya beliau atas kedatang kami,sebelum ini diam sahaja tanpa bercakap tapi digagahkan juga untuk berbual dengan kami. Beliau mengidap konflik paru-paru yang agak kronik.,Beberapa hari setelah kami sampai tanah air beliau telah pulang ke rahmatullah.

oleh kerana keadaan bandar surabaya yang macet,pergerakan kami agak lembab. Sebelum mencari tempat penginapan yang berhampiran lapangan terbang Pak Budi membawa kami melawat tapak kejadian lumpur panas Lapindo. Oleh kerana hari mula gelap kami tidak dapat mendaki dan melihat situasi di dalamnya. Memang bukan rezeki kami. saya ada mengambil beberapa gambar menggunakan handphone suami tapi talah disimpan di googledrivenya.



Malam itu kami menginap disini
Tidak sampai 5 minit dari lapangan terbang.
Sementara menunggu Pak Budi datang kami merayap disekitar mencari sarapan

Duit rupiah banyak lagi,sebab kami tak sempat bershoping,Pakcik bayar semua yang makan di warong ini.

tengoklah pakcik Samuri,rupiah masih berbaki lagi,bolehlah datang lagi kata saya. 
Pak Budi meletakan bayaran hanya sejumlah RM500 atas perkhidmatannya. Atas kecemerlangan perkhidmatannya kami tambah lagi RM100. Jam 8.30 kami boarding/ Jam10 20Sept  kami selamat tiba di KLIA

Insyaallah selepas ini kesah perjalanan kami sekeluarga ke Aceh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular