Sudah 2 tahun Nek Limah tinggal bersama anak perempuannya yang sumai isteri kerja kampung dan tidak punya kereta melainkan motorsikal. Anak anak lain ada kereta tetapi tidak tinggal bersama,masing-masing di Kuala Lumpur. Nek Limah bukan tidak ada rumah,ada,di rumahnya tinggal dengan anak bungsu yang dah berkahwin dan punya 3 orang anak. Anak bungsunya tinggal dirumahnya kerena dia punya bengkel memproses sesuatu sebagai punca rezekinya. Dulu Nek Limah masih kuat,beliau memang rajin bercucuk tanam dan membersihkan kawasan rumah. Beliau masih ada kudrat berbasikal ke kedai bila ada keperluan untuk dirinya. Sekarang Nek Limah sudah tidak mampu berbasikal,jalanpun perlukan tongkat,namun dengan keadaan begitu masih digagahkan juga merangkah ke halaman rumah mempersihkan rumput rumpai. Olah kerena tidak tahan umpatan jiran tetangga yang melihat keadaan Nek Limah walau dalam situasi fizikal begitu masih merayap dikebunan maka anak-anak berpakat untuk membawa Nek Limah keluar dari rumah tersebut dan tinggal bersama anak-anak yang lain. Anak-anak lain semua bekerja,jadi Nek Limah kena tinggal seorang diri di rumah,kecuali seorang anak perempuannya yang menjadi suri rumah dan tinggal di kampung. Maka disitulah Nek Limah kekal tinggal hingga ke hari ini.
Sekarang Nek Limah sudah semakin uzur, anak perempuannya sudah semakin bosan. Bukan apa.dia manusia biasa yang kadang imannya berbolak balik,kadangkala bisikan syaitan mengganggu gugat imannya,dia kesal kerana adik beradik yang lain sudah semakin tidak ambil berat tentang ibunya,mereka sudah jarang-jarang melawat dengan alasan semua sebok bekerja. Mereka lebih memberatkan melancong ke sana kemari berbanding balik melihat ibunya. Perkara sebegitulah yang sangat menghiris hati anak perempuannya itu, Dalam adik-adik yang lain berseronok berjalan membawa anak-anak bercuti beliau terikat dengan tugas menjaga ibunya iaiatu Nek Limah. Tambah lagi Adik beradiknya jarang menghubungi beliau untuk bertanyakan hal kesihatan ibu mereka. Mereka lebih suka terus benalifon ibunya terus,sebagai ibu Nek Limah tidak akan bercerita tentang kesihatannya,bimbang anak-anak terganggu emosi,beliau tetap akan kata sihat walaupun ketika itu beliau sedang menderita sakit urat lengan,kadang beberapa hari tidak dapat membuang air besar. Ada kalanya juga pening kepala dan sakit-sakit seluruh badan. anak-anak tidak tahu perkara itu yang mereka tahu ibunya sudah berada dirumah anak perempuannya dan dijaga dengan sempurna.
Begitulah yang namanya ibu. Nek Limah sangka dulu semua dalam hidupnya telah selesai, Semasa suaminya masih hidup lagi mereka telah membuat hibah pembahgian harta berupa tanah yang telah diusahakan oleh mereka. Setiap anak telah mendapat bahagian masing-masing. Jadi selesailah cerita tentang harta pusaka. Sekarang suaminya telah pulang kerohmatullah dahulu,tinggal Nek Limah seorang diri menghadapi hari tua. Beliau tidak menyangka dalam hayatnya akan menempuh keuzuran dan menyebabkan kebosanan anak-anak. Bila kami jemaah masjid menziarahnya dia mengadu terlalu sunyi,dan mengharapkan kami saya kerap menziarahinya. Namun kami juga kurang kemampuan untuk memenuhi harapannya kerana banyak komitmen lain. Begitulah manusia telah disebokan dengan urusan masing-masing.
"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati." ( H.R Bukhari & Muslim. )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan