DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 8 Jun 2016

PERHIASAN DUNIA

Masa anak-anak kecil dulu suami saya selalu menegur bila saya menolak untuk solat berjemaah atas alasan anak, tidak ada siapa menjaga, mohon solat bergilir. Baginya jangan anak dijadikan alasan untuk ibadah. Menurutnya juga anak kita adalah DIA yang mengurniakan sudah pasti DIA juga akan menjaganya.

Saya juga mengagumi Emak. Sesetengah ibu bila anak-anak balik berkumpul aktiviti bisanya akan di batalkan,sepatutnya hujung minggu hadhir dalam pengajian di balairaya atau masjid, tapi hari itu dibatalkan atas alasan cucu balik. Begitu juga dengan solat  berjemaah atau terawikh dimasjid atau surau, Walaupun seorang wanita lebih baik bersolat dirumah namun itu adalah aktiviti hariannya bersama suami semasa ketiadaan anak-anak. Semua semua itu di batalkan demi anak cucu yang sedang berkumpul. Itu tidak berlaku pada Emak. Apabila mereka tinggal berdua Emak akan mengikut Bapak ke masjid dari Maghrib hingga Isya', begitu juga waktu Subuh. Setiap Hujng minggu akan menghadiri pengajian di Masjid. Tidak kira masa anak cucu berkumpul atau tidak, malah diajaknya anak anak lelaki dan menantu untuk pergi sama. Anak cucu pun akur, masing-masing berperanan untuk melakukan tugas dirumah seperti menyediakan makanan untuk semua yang balik.

Awal Ramadhan ini saya diuji oleh kehadiran anak cucu. 3 tahun kebelakangan ini saya telah berazam untuk mengurangkan tumpuan bulan Ramadhan dengan juadah dan melebihkan ibadah. Saya tidak perlu menyebokan dri dengan penyediaan berbuka yang dikatakan satu kemeriahan itu. kami beriftar di masjid,kebetulan lokasi masjid hanya beberapa meter sahaja. Lega betul hati bila kita sudah meletakkan dunia ditangan bukan di kepala. Fokus kepada kelebihan Ramadhan. Ujian yang saya maksudkan adalah ujian anak cucu. Cucu saya yang baru berusia 1tahun 6 bulan,sedang-sedang dengan keletahnya yang menghiburkan. Jarang sekali dapat balik, Mereka tinggal di Johor,emaknya cikgu yang cutinya hari Jumaat dan Sabtu sedangkan menantu saya bekerja disyarikat perumahan suwasta, cutinya hari Ahad,kata sahaja sabtu sekerat hari tapi lepas asar baru balik. Jadi mereka menghadapi kesukaran untuk balik,tidak mengapalah saya akur,kalau rindu macam tidak tertanggung kami sahajalah yang akan kesana. Begitulah penagan cucu, itu baru satu. Kali ini mereka balik sempena pertunangan adiknya dan kebetulan Johor cuti diwal Ramadhan. Dapatlah mereka berbuka dirumah pada hari pertama Ramadhan. Biasanya pada waktu-waktu bginilah saya buka skill memasak masakan yang jarang saya baut,sempena anak-anak berkumpul. Hari itu saya masak nasi Arab Kambing. Dalam pada itu saya amt keliru. Bagaimana dengan azam saya utnuk terus beriftar di masjid. Saya berserah pada Allah apa-apa keputusan yang Allah akan beri petunjuk. Setelah hampir selesai proses memasak saya berkata pada mereka,nanti hidang makanan begini begini, Rupanya menimbulkan reaksi yang tidak baik pada anak-anak

"Haah,mak berbuka di masjid ke? habis kami ni?"

"Halah,apa bezanya pun,mak buka,lepas solat maghrib balik lah,kan dah ramai ni"
mereka masih memujuk
"Ok nantilah mak fikir"
Apabila nampak suami saya masuk bilik saya mengekorinya dan memberitahunya bahawa ana-anak nak kita berbuka dirumah.
Tiba-tiba dia berkata
"Sepatutnya kita ajak mereka semua ke masjid, sama-sama makmurkan masjid, ni kita pulak yang kalah, lalu dia membacakan ayat

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا ﴿٤٦﴾

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."


(al Kahfi 18:46)


Saya terkedu,lalu menyampaikan pada anak-anak.

Alhamdulillah mereka akur. Besarnya kuasa ayat dari Allah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular