DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 14 Februari 2018

Lam Ibtida' (Lam Pemula).

Dari: Ustaz Halim Bede

—————

Lam ibtida' ialah huruf lam yang berbaris di atas yang disambungkan di hadapan mubtada' (subjek) sebagai penegasan ataupun penguat.

Selalu diterjemahkan sebagai "sesungguhnya".

Contohnya : Wa lazikrullahi akbaru ( وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ )
Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya).

Usah terkeliru Lam ibtida' ini dengan katasendi Lam (harf jarr) yang asalnya berbaris di bawah tetapi dibariskan di atas bilamana bersambung dengan gantinama seperti 'lahu', 'laha', 'laka'... ( لَه , لَها , لَك ).

Lam ibtida' tidak mempengaruhi baris mubtadak, yakni ia tidak menukarkan baris mubtada'.

Jika 'inna' mahu digunakan bersama lam ini, maka lam akan berpindah tempat kepada khabar.

Ayat yang mengandungi kedua-dua 'inna' dan 'lam' ini adalah lebih tegas atau lebih kuat daripada 'inna' atau lam ibtida' digunakan secara sendirian.

Contoh : Innailaahakum lawaahidun ( إِنَّ إِلَـٰهَكُمْ لَوَ‌ٰحِدٌۭ)
"Sesungguhnya Tuhan kamu benar-benar Esa".

Ia juga disebut sebagai "Lam takkid / taukid".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular