Malam ini Mus'ab(cucu pertamaku 3tahun) tidur dgn kami sebagai pra untuk mlm seterusnya. Esok Maknya warded untuk kelahiran cucuku seterusnya.
Sejam pertama saya lena setelah musab lena dulu. Selepas sejam seterusnya saya terjaga bila tersedar bahawa Musab tidak berhenti menggaru. Menurut emaknya Sejak terlibat dalam wabak HFMD 3bulan yang lalu itulah habitnya walau pun disahkan telah bebas. Untuk melegakan emaknya menggunakan bio beuty essence jrm. Agak bertenang selepas di sapu tetapi beberapa minit kemudian akan menggaru lagi,bermula dari tapak tangan, jari, ketiak, tengkuk, perut, punggung, kaki silih berganti. Bila saya amati tiada sebarang tandapun dikulit yang didakwa gatal itu.
Malam ni setelah dua jam saya tidak dapat melelapkan mata Allah beri saya petunjuk, saya teringat antara ilmu yang saya dapati semasa pelayaran cruise dgn ustas Sharhan dahulu.
Saya wduk dan qiam kemudian bacakan AlFatehah, Selawat dan ayat surah Al-Anbiya 21:83
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, “(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.”
lalu tiupkan pada tangan yang dilumurkan bio beuty essence jrm dan sapukan seluruh tubuhnya. Setelah ulang beberapa kali Alhamdulillah dia berhenti dari menggaru, dan nampak lena sampai kepagi.
Yunus 10:57
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan