DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 13 Ogos 2019

Persediaan semasa hayat

Copy&paste

Tidak lama lagi kita nak pergi dah...🍃
Pesan pada anak-anak kita...💚

👳🏻‍♀🧕🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

👳🏻‍♀🧕🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

👳🏻‍♀🧕🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

👳🏻‍♀🧕🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

👳🏻‍♀🧕🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.

👳🏻‍♀🧕🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

👳🏻‍♀🧕🏻7. Tutup rambut dengan selendang.

👳🏻‍♀🧕🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

👳🏻‍♀🧕🏻9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

👳🏻‍♀🧕🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.

👳🏻‍♀🧕🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

👳🏻‍♀🧕🏻12. Dimandikan dan dikafankan.

👳🏻‍♀🧕🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.

👳🏻‍♀🧕🏻14. Kebumikan jenazah.

💚Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...💚

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

__________________________________

Cara-Cara Memandikan Jenazah

Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
• Kesemua lelaki.
• Isteri
• Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
• Kesemua perempuan.
• Suami.
• Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
• Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
• Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
• Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
• Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
• Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
• Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
• Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
• Siram dan basuh dengan air sabun.
• Bersihkan gigi.
• Bersihkan hidung.
• Bersihkan telinga.
• Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
• Bersihkan rambut.
• Bersihkan jari kaki.
• Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
• Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
• Siram sebelah kanan 3 kali.
• Siram sebelah kiri 3 kali.
• Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
• Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
• Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
• Sediakan air kapur barus.
• Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
• Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
• Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
• Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
• Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
• Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

💚Sharing is caring💚

Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2.. agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**

1 ulasan:

Catatan Popular