DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 3 Januari 2011

Warga Emas yang lebih dari itu nilainya.

"Hai,dah balik Mak Odah,kata sebulan"Tiba-tiba mak Odah muncul di belakang Kak Laila,semasa kak Laila sedang asyik memeriksa daun-daun sawi ni taman sayurannya.

"Dah Laila,Aku rasa lambat sangat jam berjalan kat sana,bila malam tiap kali jarum bergerak aku nampak,tup-tup dah pagi,bila masa aku dapat tidur."

"Apalah Mak Odah ni,punyalah baik anak-anak layan Mak Odah,nak balik juga"

"Entahlah Laila,aku ni dah tua,aku tak salahkan anak-anak,dia orang muda,memanglah gitu caranya,aku pun dulu muda,tapi hati aku ni masaalahnya,cepat sangat terasa,orang tak marah kita,dia marahkan anak-anaknya,dah aku pulak yang terasa.Orang ajak jalan-jalan makan kat luar,aku tak suka,penat,mana sedapnya makan kat luar,orang ramai,Dah dia orang kata aku tak sporting. Daripada nanti dia orang serba salah baik aku balik rumah. Sendiri pun sendirilah,Tuhan jaga aku,nanti kat kubur sendiri jugak."

"Kalau dah gitu kata Mak Odah,apa boleh buat,jangan nanti anak-anak Mak Odah kata Mak Odah merajuk sudah,kesian dia orang,dia orang tu semua sayang kat Mak Odah"

"Memanglah aku tau,masaalah nya ada kat aku...entahlah,duduk dengan anak,aku yang tak senang,duduk rumah sendiri anak-anak pulak yang tak senang hati. Eh Laila,aku pernah dengar ada tempat pondok untuk orang tua macam aku ni,betul ke Laila,kamu tau ke tempat tu?"

"Oooo..ada,ada Mak odah....Mak Odah nak tengok ke,meh naik,saya tunjukkan videonya." Kak Laila pun mencuci tangan lalu membuka laptopnya.





اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Ahad, 2 Januari 2011

Dik Lah(Sanah Helwa ya Ukhti)

Dia adalah antara adik kakak yang kakak dengar tangisannya yang pertama. Adik lain kelahirannya semasa kakak tiada di rumah,samaada kakak sedang sekolah atau tinggal di asrama.


Dia lahir waktu malam,2.1.1967.ketika itu umur kakak 6 tahun,masih sangat mentah untuk berketerampilan sebagai seorang kakak.Walaubagaimanapun sudah boleh di harap untuk menjaga adik sementara emak mandi,masak atau membasuh pakaian. Kakak bukan bersaorangan,tapi bersama-sama dengan Abang. Sebagai seorang kanak-kanak seusia ini, menjaga seorang adik kecil banyaklah insiden-insiden yang masih tersimpan di memori kakak. Suatau ketika semasa ditugaskan menjaga Dik Lah,ketika emak membasuh pakaian,kakak yang diamanahkan hanya untuk menunggu Dik Lah di sebelah telah bertindak sebagai kakak dewasa lalu di angkat Dik Lah ke halaman rumah,kakak duduk diatas longgokan kelapa kering,tiba-tiba kelapa tempat duduk itu tergolek dan menggolekkan kakak bersama Dik Lah sekali,kepala Dik Lah luka terkena sepihan zing. Kakak tidak teringat bagaimana kemarahan emak ketika itu,sebab jiwa kakak terfokus kepada rasa bersalah dan pada tangisan serta luka di kepala Dik Lah. Pada ketika itu Dik Lah dalam usia 7 bulan.

Emak tahu kakak bosan tunggu Dik Lah,kakak pun nak jalan-jalan juga,lalu emak ikatkan Dik Lah ke badan kakak dengan kain seperti gambar di bawah.



Dengan ini bolahlah kakak berjalan-jalan jumpa Milah,Jijah,Pie,dan kawan-kawan lain. Milah juga akan bawak adik dan ikat dengan kain di badan. Adik dia lelaki namanya Judi.Tapi kakak lebih bernasib baik kerana kakak bertugas seperti ini semasa cuti sekolah sahaja,sedangkan Milah setiap masa kerana dia tidak sekolah.Bapak dia tidak menyekolahkannya kerana dia anak perempuan. Pada hari itu telah masuk bulan ramadhan,budak-budak besar bermain meriam yang menggunakan karbaid untuk bahan api,tapi adik-adik lelaki Abu Hasan dan Abu Muhaimin tidak berani bermain meriam,mereka hanya menggunakan tempurung yang ditelangkupkan diatas karbaid yang menggelegak lalu di cucuh api.Tempurung itu akan terpelanting ke udara dengan mengeluarkan suara letupan kecil. Kaka sambil menggendung Dik Lah tidak mahu ketingalan untuk mencucuh api, tiba-tiba kakak rasa panas-panas,rupanya api telah menyala dibelakang kakak, tanpa di sedari hujung kain yang terjuntai dibelakang telah terkena api lalu merebak ke atas, ,kakak cuba lepaskan Dik Lah tapi tak boleh,nasib baik emak yang sedang menyapu bawah rumah sempat berkejar menyelamatkan kakak dan Dik Lah. Kakak tidak ingat bagaimana emak marah kakak tapi yang kakak ingat emak kejar Abu Hasan da Abu Muhaimin dan mereka lari menyorok dalam jamban.

Insiden ke tiga. Masa itu Dik Lah agak besar sedikit,sudah pandai jalan. Emak solat Isya’,kakak jaga Dik Lah,tiba-tiba Dik Lah nak minum,abang suruh kakak,kakak suruh abang,masing-masing malas nak bangun,tiba-tiba Dik Lah nampak botol di tepi dinding,Dik Lah yang kehausan ambil botol lalu tonggang botol,Dik Lah terbatuk-batuk,rupanya itu minyak tanah. Kakak pun tidak ingat macamana emak marah kakak,fokus kakak hanya pada rasa bersalah melihat tangisan Dik Lah. Lepas itu Dik Lah demam ber minggu-minggu.

Setelah Dik Lah berumur 1 tahun emak mengandung lagi,antara ramai-ramai anak emak jarak kelahiran mereka inilah yang paling rapat. Sebab itu Dik Lah lebih rapat dengan bapak. Dik Lah, bila mengangis terlalulah kat suaranya , kakak agak dia berbakat dalam seni suara. Dan dengan nyaring dan bernada tinggi,dia akan menyeru nama bapak. “Bapaaaaak,baliiiiiik, nak cucuuuuuuuuu” Skrip ini memang akan diulang-ulang bila hatinya luka, waima bapak ada dirumah. Bila bapak setart motor dia akan ulang skrip ini,jadi bila bapak mahu keluar,kakak akan ditugaskan untuk membawa Dik Lah jauh-jauh dari rumah,bila sudah pasti bapak sudah pergi barulah bawa Dik Lah balik.Akhirnya kakak dapat lham,bila bapak nak keluar kakak akan tutup telinga Dik Lah,tidak mengapa, menangis kene tutup telinga lebih cepat reda daripada menangisi bapak biala nak keluar.



Bila kakak naik tigkatan 1,kakak sudah berpisah dengan Dik Lah.Kakak tidak pernah nampak Dik Lah bersekolah rendah,sebab kakak tinggal di asrama.Kini Dik Lah telah dewasa. Dik Lah melalui kehidupan yang terlalu banyak pancarobanya, antaranya yang agak sadis ketika dia di UM Asramanya telah terbakar dan dia tinggal sehelai sepinggang.Walaubagaimanapun Dik Lah dapat melalui onak dan duri dalam kehidupan dengan tabah dan gagah. Seusia ini dia telah mempunyai jadual di kaunter ubat hospital setiap bulan. Semoga beliau terus mendapat kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Ada ketikanya kakak terasa kurangnya diri ini kerana tidak dapat bersama-samanya mendukung kesakitan-kesakitan dan mengurangkan beban yang di pikulnya.

Kakak ingin berkongsi pada Dik Lah tentang tentang satu hadith dari Abi Salman bin Abi Hurairah r.a yang maksudnya

"Rasulullah SAW bersabda antara begitu banyak dosa,ada sejenis dosa yang tidak dapat dikifarah dengan solat,haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya: Apakah amalan yang dapat mengkifarahkanya ya Rasulullah? Nabi bersabda: Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup.
Kakak dapat sumberni di majalah iluvislam 24-30Des,dan akan di terbitkan artikalnya di keluaran akan datang



Dan 10 perkara penghapus dosa yang kakak dapat dari ruangan info,solusi 24 m/s 72.

  1. Istigfar
  2. Taubat
  3. Mengerjakan amalan kebaikan
  4. Menerima musibah dengan redho
  5. Doa orang soleh
  6. Penderitaan sakit
  7. Azab kbur
  8. Ketakutan
  9. Syaaat Rasulullah
  10. Rahmat dari Allah.

Banyaknya peluang yang Dik Lah dapat.Mudah-mudahan Dik Lah merebut peluang itu.


Catatan Popular