DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 1 Mac 2016

Sakit tumit?

Saya sedang mengalami sakit tumit. Kalau saya berjumpa doktor paling tidak saya kena makan pin killer,dan saya tahu bahayanya. Lagipun saya rasa belumlah kesakitan ini mengganggu ibadat saya.
cara paling baik saya rasa google sahaja,dan saya jumpa beberapa web yang mengenainya.Ini adalah antaranya. Maka saya tampal disini untuk memudahkan saya merujuknya kembali.

Sakit tapak kaki dan tumit : Bagaimana mencegahnya ?
by Klinik An-Nisa’ (Saujana Impian) [Belakang TESCO Kajang] on Monday, 30 April 2012 at 15:00 ·
Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics
Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
– balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
– bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Sabtu, 20 Februari 2016

Teguran


 Pernah di Facebook,saya kongsikan satu pengalaman di timeline saya;

Pagi itu salah seorang GPK saya yang usianya lebih muda dari saya bercerita tentang dailog beliau bersama bapaknya;
Bapak: Kue kapan arek lunga kaji.(Awak bila nak pergi haji)
Anak: Urung cukup sangune lah pak.(Perbelanjaan belum cukuplah Pak)
Bapak:Kok urung cukup gajimu piro.(Macamana belum cukup,gaji kamu berapa)
Anak:Telung ewu lebih pak.(Tigu ribu lebih Pak)
Bapak:wes pirang taun kue kerjo kok urung cukup sangune,piye kue ngelumpuke duit kok urung cukup-cukup.(Berapa tahun kamu kerja,masih belum cukup lagi,macamana kamu kupulkan duit sampai sekarang belum cukup)
Anak: Yo lebih-lebih belonjo anak-anak,mangan,kereto dikelumpuke karek sitik.(Lebih dari belanja anak-anak,makan,kereta lebihnya tinggal sedikit)
Bapak:Lho nek ngono piye arek cukup,wong disimpen ndisek lebih he baru di gawe pangan sandang,owalah patut wong sak iki keretone gedi-gedi tapi bodo urung lungo.(Macam tu macamana nak cukup,sepatutnya simpan dulu lebihnya barulah belanja untuk makan dan pakaian,patutlah orang zaman sekarang kereta besar-besar tapi tak pergi lagi)
Anak: :0 :0 :0
Saya pun agak tergamam...sebab belum pernah terjumpa dailog seperti itu,lalu saya kongsikannya disini untuk yang faham 


Sebenarnya saya sangat berkenan dengan cara teguran bapak GPK saya itu. telus dan jujur. Adakalanya anak-anak walaupun sudah dewasa masih belum terfikir untuk perkara yang lebih prioriti. Setengah ibubapa pula agak segan dan rasa rendah diri untuk membuat teguran pada anak-anak yang telah dewasa. Mereka ingat ana-anak telah pandai bila belajar tinggi-tinggi dan punya jawatan besar.Bagi saya ibubapa  perlu singkirkan perasaan sebegitu, ibubapa tetap ibu bapa,anak tetap anak.Anak-anak walau pun telah dewasa dan berjawatan tinggi belum tentu lengkap dalam semua perkara. Kelebihan dalam satu-satu bidang namun banyak perkara lain masih kurang. Itu biasa kerana manusia tidak maksum. Mereka tidak perlu makan hati melihat kerenah anak-anak yang telah dewasa dan menjawat jawatan tinggi berbuat sukahati tanpa memikirkan sensitivity ibubapa yang telah tua.

 Ibu bapa  perlu menegur jika nampak perjalanannya nampak pincang. Ibubapa tidak belajar tinggi tetapi lebih lama melihat jatuh bangunnya kehidupan,tidak semestinya dizaman muda dahulu mereka semuanya betul. Mungkin mereka pernah melakukan kesilapan dan nampak akibat kesilapan tersebut,jadi perlulah mereka memastikan anak-anak tidak termasuk didalam lubang yang sama dengan tempat mereka jatuh dahulu.

Baru-baru ini saya berdebat dengan anak remaja saya. Sejak bapak pulang ke Rohmatullah,Emak tinggal bersama saya,saya sangat bersyukur pada Allah SWT  kerana saya terpilih. Sebenarnya bukan saya menjaga emak tapi emak yang menjaga saya. Emak tolong menjaga anak-anak saya. Bukan menjaga dengan membuatkan susu,atau menidurkannya atau membasuhkan berak kencingnya  tetapi emak tolong mendidik anak-anak saya yang sedang meningkat remaja.

Anak remaja saya yang dibawah ini memang lain dengan yang diatas. Bahasanya agak teruk, sangat  terpengaruh dengan bahasa remaja terkini. Paling malas mengemas bilik tidur membersihkan bilik air atau mengemaskan dapur. Di sinilah Embah mereka banyak menolong saya. Embah dengan suara lembutnya akan bercakap,diulang,diulang dan diulang lagi sehingga dilakukan perkara yang di sebutnya. Termasuklah tentang kelewatan bangum solatnya. Sebenarnya semasa saya remaja emak tidak melakukan begitu kepada saya dan juga adik-adik. Teknik yang digunakan hanyalah sindiran-sindiran dan kiasan sahaja,Mereka berfikir kami sudah besar takkan tidak tahu berfikir sendiri. Sebenarnya saya cukup tidak senang dengan cara itu,dalam diam saya protes, Kesakitannya lebih teruk dari deraan fizikal. Tetapi protes saya dengan cara berazam tidak akan melakukan begitu pada anak-anak saya. Tiba-tiba sekarang tiba pada cucu lain pula. Pengalaman hidup yang dilaluinya telah mengubah cara tindakanny dalam mendidik. Beliau telah melihat sebab dan akibat. Ilmu-ilmu yang dikutip hasil pengajian dari buku dan rancangan pengisian rohani dari tv yang sering diikutinya telah mengubahnya cara tindakkannya.

Tentu sekali anak saya akan rimas dalam keadaan begitu,kerana bertambah jumlah individu yang memerhatikannya. Namun saya yakin suatu ketika nanti dia akan bersyukur dengan situasi ini,tambah lagi bila dia telah punya anak. Sekarang pun telah nampak perubahannya bila dia meningkat memasuki alam dewasa.



Catatan Popular