DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Jun 2010

Nenek oh nenek.......




Nek Midah sedang membasuh berak cucunya,cucu yang lain sedang berlari-lari berkejaran di ruang rumah,adakalnya bergaduh sesama sendiri. Kak Lela jiran terdekatnya datang menghantar semangkok bubur durian kegemaran Nek Midah.

“Assalamualaikum,Nek Midah,tengah buat apa tuuu?”

“Alaikumsalaaaam,kamu Lela?, ni hah tengah basuh berak budak ni,harapkan cucu-cucu yang besar takpun nak datang nak tolong, padahal kecik-kecik dulu aku yang jaga dia orang,dah besar lupakan kita,dasar tak mengenang budi” Nek Midah merungut-rungut sambil merempan-rempan.

“Tu lah Nek Midah,nenek ni dah tak layak jaga cucu,biarlah bagi nenek sebelah sana dia orang jaga”

“Huh tak mau aku,nenek dia orang bukan pandai jaga,budak-budak ni tak suka duduk sana”

Sebenarnya Nek Midah tinggal bersama-sama anak dan menantunya serta 3 orang cucu-cucunya. Kedua-dua suami isteri anaknya sedang menlanjutkan pelajaran,setiap cuti sekolah mereka akan meninggalkan anak-anaknya untuk tinggal di tempat belajar. Sebenarnya mereka bukan sengaja mahu menyusahkan ibunya yang telah tua dan ibu tunggal pula,mereka mahu meninggalkan anak-anak di rumah nenek sebelah bapanya yang masih kuat dan masih bersuami,tapi di tentang keras oleh Nek Midah. Memang begitulah sikap Nek Midah sejak dahulu. Dia sentiasa menganggap dirinya lah yang paling baik memelihara cucu-cucu.


Dulu anak sulungnya yang tinggal bersamanya. Cucunya tidak boleh direnggangkan darinya,tapi masa itu dia masih muda dan cergas. Sehingga tingkahlakunya kadang menimbulkan ketidak senangan pada anaknya, dia tidak benarkan sama sekali cucunya di jaga oleh orang lain semasa ibunya bekerja.Perlakuannya kadangkala amat mengguris hati besannya. Besannya datang dari jauh untuk melihat dan memagang cucunya mendapat reaksi yang amat mengecewakan hati.Dia amat takut jika cucu-cucunya rapat dengan nenek sebelah sana,setiap kali cucu-cucunya kembali dari rumah nenek sebelah sana dia akan memeriksa setiap inci tubuh cucunya,jika terdapat sebarang calar atau bintat maka terkeluarlaha kata-kata yang amat menghiris hati menantunya.

Sekarang anak sulung Nek Midah berpindah ke tempat lain,digantikan oleh anak bungsunya puala. Cucu-cucu anak sulung Nek Midah sudah besar dan dewasa,bila cuti mereka punya program tersendiri. Pada ketika inilah Nek Midah membuat alasan bahawa cucu-cucnya yang telah besar melupakannya dan tidak mahu menjaganya. Pada cucu-cucu yang besar bukan mereka tidak mahu menjaga Nek Midah,tapi Nek Midah harapkan mereka menjaga adik-adik saudarnya yang masih kecil.

Anak-anak Nek Midah bukan tidak tahu,di akhir zaman ramai ibu-ibu yang akan melahirkan tuan-tuan. Anak-anak tidak mahu mereka menjadi tuan kepada ibunya,tapi Nek Midah tidak boleh menerima alasan itu. Yang penting cucunya mesti rapat dengannya,dan merekalah yang di harapkan untuk menjaganya bila dia sudah tidak terdaya nanti.

“Nek, kalau kita berbuat baik pada orang,bukan bermakna orang itu yang akan balas Nek,Allah Taala yang balasnya,nanti Dia turunkan orang lain jaga nenek,tak semestinya cucu yang nenek bela,cucu-cucu tu bila besar entah kemana perginya.”Kak Lela cuba menyuntik tarbiah kepada Nek Midah.

Nek Midah terdiam.

“Cucu-cucu bila dah besar adalah kerjanya,minatnya, kan senang kalau Nek Midah biarkan budak-budak ni di hantar kat nenek sebelah sana,bergilirlah,masa hari biasa kan dah mereka tinggal disini,masa cuti bagi peluang nenek sana bela.Nek Midah bolehlah berehat,tumpukan ibadat kat atas sejadah,doakan anak cucu,esok kalau kita dah mati dia orang doakan nenek”

Masih diam.

“Meh Nek makan bubur durian nih,” Kak Lela memanggil cucu-cucu Nek Midah untuk sama-sama menikmati bubur duriannya.


“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan nek” Kak Lela masih meneruskan tazkirahnya sambil menyuapkan bubur ke mulat cucu-cucu Nek Midah. Nek Midah masih diam.

Kesah lain sila klik di sini.

Selasa, 22 Jun 2010

Peperangan?Pastinya ada yang menang dan ada yang tewas.



Masa kecil-kecil dulu semasa mengalami demam panas makbonda sering tergambar suasana-suasana yang menakutkan,ada kalanya terasa dirini terlalu kecil tetapi benda-benda sekeliling menjadi bersaiz besar dan akan menindih tubuh kecil kita. Hingga wajah emak yang mendekat dengan kita semasa mahu memberi ubat menjadi terlalu lebar dan menakutkan.Semasa tubuh dalam kemuncak kepanasa kadang terasa diri terbang di awangan.


Teringat semasa di tanah suci dahuu,pada masa itu telah selesai kerja-kerja haji,mak bonda dengan suami sibuk berulanglaik ke Jaaranah dan Tanaim utuk mengerjakan Umrah,sehingga Umrah yang ke lima hari itu Makbonda dapati dirini menjadi lemah.Semasa menamatkan Saai kaki bagai longlai,Alhamdulillah dapat menamatkan. Pada malam itu Pak long mengajak kami Qiamullail di hadapan Kaabah,Sudah terasa temperature badan agak luar biasa,tetapi semangat mengatasi segalanya. Setelah menamatkan solat tasbih nambaknya makbonda tewas,lalu membaringkan tubuh di bawah sabatang tiang.Makbonda pejamkan mata untuk menikmati peningkatan temperature badan.Tiba-tiba terasa satu tangan sedang menyelimutkan tubuh makbonda dengan kain sejadah yang sentiasa tidak lekang dari tangan.Makbonda lerek dengan ekor mata yang bergenang,seorang wanita kulit hitam sedang memandang makbonda dengan penuh simpati.Dia berkata sesuatu,makbonda tidak faham hanya dapat menjawab “Syukran,syukran,Alhamdulillah,Alhamdulillah”

Baru-baru ini Makbonda mengalami demam panas lagi,sejak hari Jumaat lagi tanda-tanda demam sudah di rasai,tapi makbonda perlu kuat,hari Ahad rumah Kak yam kenduri sambut menantu. Makbonda kena tolong, dari pagi Jumaat hingga petang Ahad.Bukan selalu diri ni berkesempatan berbakti kepada jiran.Semasa membuat kerja lupa rasa diri,tapi bila pulang kerumah untuk solat bahang panas seperti menjalar ke seluruh tubuh.Ah lupakan semua,majlis belum tamat. Setelah majlis tamat,Ahad tengahari selepas waktu zuhur,makbonda tewas,terus membaringkan diri di atas sejadah.Tangan sempat mencapai thermometer ,letak di belakang lidah,380C,meningkat dan meningkat hingga 390C seterusnya 40.50C. imej-imej aneh telah mulai kelihatan,ingatan mengimbau peristiwa semasa di Masjidil haram dulu,tebayang tangan hitam menyelimuti tubuh,terbayang wajah emak menghulurkan wajah simpati. Lidah terasa terlalu haus,diluar bilik terdengar anak-anak bergurau senda.Beberapa kali cuba memanggil mereka,tapi mustahil mereka terdengar. Terasa diri seperti dalam liang lahad,memanggil-manggil mereka untuk memabantu,tapi suara kita tiada yang mendengar. Dalam kepanasan yang memuncak otak bermonolog.

“Wahai diri,kamu panas ye,panas ini terlalu kecil di banding dengan kepanasan api neraka,cuba rasakan kepanasan ni dalam-dalam”, “Ya Allah jauhi aku dari api neraka” mulut tidak henti-henti menyebut. Menghampiri waktu Asar terasa ada individu masuk ke bilik,oh! Suami makbonda datang.

“Apa dah jadi Yang,tewas?” Bila dia menyentuh dahi “Subhanallah Yang,panas nih,pergi kelinik?”

“Tak apa,nak lawan,tolong ambilkan air”

Selepas minum memuncak lagi hinga 40.150C.

Waktu Asar ,maghrib hingga masuk waktu Isyak,makbonda gagahi juga,masih mampu solat dengan berdiri,tetapi berwirid sambil baring.Sambil itu makbonda minum semampunya,dan akan kencing bila pendi-pundi telah penuh,sehinggalh pukul 11.30 malam tiba-tiba tubuh makbonda berpeluh-peluh. Alhamdulillah temperature turun 38.50C.

Sebanarnya memang Makbonda nak biarkan tubuh ini bekerja sendiri,menguji
mekanisme kekebalan tubuh, dimana sedikit kenaikkan pada temperature tubuh mempercepat pembunuhan kuman dan bakteri melalui percepatan reaksi mekanisme kekebalan tubuh, yang penting temperatur haruslah naik sedikit lebih dari 3oC mempercepat kecepatan reaksi pada signifikasi yang berbahaya. untuk demam dan terutama pada orang dewasa, pertahanan tubuh kita sendiri sebenarnya akan mampu mengobati diri kita. Setelah kuman2 itu berhasil dibasmi oleh sistem pertahanan kita, maka tubuh kembali menjadi temperature normal lagi. Untuk menghilangkan racun yang ada di tubuh ini, maka tubuh kita mengeluarkannya dalam bentuk peluh, kencing, dan juga udara nafas. Itulah mengapa ketika kita berpeluh kita merasa lebih sehat, karena sebenarnya peluh adalah pertanda tubuh kita sudah berjaya mengKOkan kuman.

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.

Catatan Popular