DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 28 Januari 2012

Sang Pencerah part #1 ►★★★2,3,4

Masa bercuti Tahun baru Cina baru-baru ini,anak-anak dara Makbonda cuti seminggu. Asyik duduk depan laptop sahaja. Bila makbonda intai rupanya tengah tengok you tube Sang Pencerah. Makbonda tumpang sekaki.

Mengisahkan peristiwa berlaku di sebuah desa di pendalaman Pula Jawa. Pendukung-pendukung Islam elok menononton filem ini. Ulasan dan Pengajaran dari filem ini terdapat di sini.





"Wadduh......Bahagianya kiranya makbonda dapat menantu kayak Pak Kiayai Dahlan sih. Oh Allah,semoga engkau mengurniakan."

Jumaat, 27 Januari 2012

اَحْمَد نَقِيب نَقِي الدِّين

Masih terngiang-ngiang dengan peristiwa sepanjang cuti Tahun baru cina yang lepas. Masa yang digunakan oleh perantau pulang ke kampung.Disamping kaum Cina berkumpul untuk makan besarnya,kaum lain juga berkumpul menjengok ibubapa di kampung masing-masing. Kampung-kampung menjadi gamat dengan keriuhan anak cucu. Tidak terkecuali Emak dan Bapak Makbonda.Seronok melihat ragam anak-anak buah yang sedang membesar. Ayat pertama Naqib -salah seorang anak buah sebaik sahaja bertemu Makbonda ialah;
"Mak Ngah,Naqib dan masuk tahun 2"
"Alhamduhlillah,tahniah. Naqib jadi ketua kelas ke?siapa nama ketua kelas?,penolong?,guru kelas?" Makbonda menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi. Semuanya dijawab dengan gembira dan bangga. Seterusnya makbonda sengaja mencari soalan dengan jangkaan dia akan menjawab "Entah,mana Naqib tau"

Tapi jangkaan Makbonda meleset apabila dia menjawab dengan bangga sekali
"Puan Rumiah bt Jalil"
Subhanallah,Naqib pelajar tahun 2,sedangkan murid sekolah menegahpun ada yang tidak tahu nama pengetua.


Samada Naqib sememangnya budak bijak yang peka pada persekitaran ataupun Guru Besarnya yang berjiwa dekat dengan pelajarnya,kedua-duanya boleh dijadikan hipotesis. SK KLIA bukan sekolah kecil. Biasanya Guru Besar akan sibuk,sering keluar,dan duduk dalam pejabat,mana sempat untuk bermesra dengan pelajarnya. Seorang kawan sejawatan makbonda yang mengajar di sekolah berdekatan,punya anak dalam Pra sekolah. suatu hari guru pranya meminta batuan pada guru besar untuk membawa pelajarnya pulang kesekolah dari satu program di setadium. Apabila ibunya bertanya


"Sayang tadi balik dengan siapa?"
"Naik kereta atok tu lah,best keretanya besar,ada tv" sambil telunjuknya di arah pada Guru Besar yang janggutnya telah memutih itu.


Sebanarnya guru Besar Naqib ialah kawan sekelas makbonda semasa di sekolah menengah.Tempat Makbonda bertugas sekarang adalah sekolah tempat beliau bersekolah rendah dahulu.Beberapa orang anak-anak saudaranya adalah menjadi anak murid makbonda.Mereka adalah keturunan orang-orang yang tinggi akhlaknya.Kalau orang lain ada yang kita gelar hartawan,jelitawan ,rupawan, bangswan, cendikiawan, tapi keluarga kawan makbonda ini boleh digolongkan sebagai budiman..Walaupun telah melepasi dunia persekolahan bila berjumpa , yang perempuan pasti mencium tangan,yang lelaki menundukan badan dengan begitu sopan.


Setengah guru Besar ada yang mengabaikan tugas  masuk bilik darjah walupun ada jadual untuknya,jadi siapakah yang mengisi kekosongan itu,sudah pasti guru lain terpaksa mengorbankan masa rehat untuk relief kelas,atau biar sahaja kosong tanpa guru lalu memberi kesempatan pelajar berbuat aktiviti bebasnya.Guru besar naqib pasti bukan speasis yang seperti itu.


Samada Naqib jenis pelajar yang tinggi  kepekaannya pada persekitaran  ataupun Guru Besarnya yang berjaya mendekatkan diri dengan  pelajarnya .Kedua-duanya boleh menjadi kesimpulan.


Semoga Guru Besar Naqib juga kenal pada Naqib,dan semasa berdoa ada lintasan  naqib dalam hatinya.Seperti yang makbonda sering lakukan pada anak-anak murid makbonda, Semoga masaalah kesihatan Naqib tidak menghalangnya meraih kecemerlangan hidup disamping menjadi insan yang mulia.

Catatan Popular