Saya menyahut cabaran Bonda Ngasobah untuk menulis sejarah perhijrahan nenek saya dari Pulau Jawa ke Malaya pada awal abad ke 20 dahulu.Walaubagaimanapun pencertitaannya tidaklah setanding kerja sejarawan yang lengkap dengan tarik dan masa yang tepat.Hanya dari mulut ke mulut sahaja.Hanyalah dari pengetahuan saya yang kerdil ini.
MulA-mula dari sebelah Emak.Menurut emak, Embah Wedok(prempuan)(nenek sebelah emak) berasal dari tempat namanya Kori,tapi bila saya gogle,saya belum jumpapun tempat yang dimaksudkan.Namanya Hajjah Khotun. Beliau lahir pada 1900. Asalnya keluarganya agak berada juga,tetapi tanahnya telah diambil oleh pemerintah untuk pembangunan.Untuk menampung anak-anak seramai 14 orang tentu agak sukar. Jadi anak-anak cepat dikahwinkannya termasuk embah yang ketika itu berusia 11 tahu. Embah tidak rela,bila malam dia lari balik rumah,tetapi emaknya mengunci pintu.
Sebelum ini salah seorang abang iparnya telah merantau ke Malaya. Setelah mempunyai tapak yang baik dia mahu menjemput isterinya mengikutinya.Embah mengambil peluang untuk mengikuti kakaknya. Dia menjual 2 ekor lembu hasil pajakannya untuk bekalan. Seusia 12 tahun embah berhijrah ke Malaya bersama beberapa kumpulan sanak saudara. Mereka semua telah menjualkan harta-hartanya untuk mencari tempat baru. Perjalanan mereka diuruskan oleh Syarikat Syeikh yang berpengkalan di ke Singapura.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam,iaitu tempat yang telah dirintis oleh beberapa orang saudara mereka termasuk abang ipar Embah.
Embah Lanang(lelaki) (datuk sebelah emak) Berhijarah ke Malaya lebih awal,Namanya Haji Sidik,asalnya Madiun.Tidak berapa diceritakan sebab-sebab berpindah. Kumpulan mereka turun di Teluk Anson(Teluk Intan kini). Embah membuka tanah di Hilir Perak dan menunaikan Haji,sepulangnya ke Malaya aruah berkahwin dengan ibu tunggal beranak satu.Beliau tidak tahan dengan perangai anak tirinya dan isterinya yang suka melawan dan terlalu membela anaknya,lalu diceraikan dan ditinggalkan ditanah yang diterokainya,lalu membuka tanah baru di Sabak bernam dan bertemu Jodoh dengan Embah saya.Saya tidak sempat bertemunya kerana Allahyarham meninggal ketika emak berusia 14tahun. Embah wedok saya pula meninggal ketika saya telah punya empat orang anak ketika itu usianya lebih dari 90tahun. Antara yang saya kagum dengan Embah wedok saya ini sehingga akhir hayatnya beliau tidak nyanyuk,apabila kita menziarahinya sentiasa memberi nasihat, jika lelaki;
"Berbuat baik pada emak,bapak,isteri anak,anak,jangan sia-siakakan anak istri,itu amanah,jangan mewah-mewah kan anak isteri,ajar berjimat"
Yang cucu perempuan "Taat kat suami,hormat emak mertua,jaga anak-anak,jangan bebankan suami,jimat-jimat" Disaat akhir hayatnya beliau sudah tidak dapat mengeluarkan suara dengan jelas,tetapi masih lagi cuba memberi nasihat seperti diatas. Pakcik saya kata beliau tidak nyanyuk kerana atas ketaatanya pada suami,sepanjang bersama suami Pakcik saya tidak pernah melihat Aruah mengeluarkan bahasa kasar atau membantah pada suami.

Embah sebelah bapa pula lahir di Sri Ladang,Rengit.Namanya Hajah Hindun bt Affandi. Bapanya seorang guru tarikat yang berulang-alik antara Rengit dan Semukut, Sumatra. Beliau membuka pusat tawajjuh di Sri Ladang Rengit dan juga Semukut.Setiap Bulan Muharram beliau akan mengadakan perhimpunan untuk bertawajjuh. Sampai kini pondok di Semukut masih bergerak aktif,dan pondoknya diwariskan kepada anak-anaknya(adik embah). Embah lanang saya pula namanya Haji Bawok @Hj Solih, dari Purworejo,dan kurang diketahui sejarah silamnya.Saya tidak sempat bertanyanya.Saya bertemunya hanya beberapa kali sahaja sepanjang hayatnya,kerana kami tinggal jauh,beliau di Rengit dan kami di Perak. Kenapa di Perak? Boleh rujuk pada post saya kisah Bapak siri 1 hingga siri 20. Beliau meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun saya pernah bermanja denganya,ketika berusia 4 tahun,pada ketika itu kami mahu melihat kapal korek yang sedang menyangkul taliair di belakang tanah Embah. Beliau membuat tawaran kepada saya
"Simah nak jalan ke nak dokong" Saya memilih meminta dokong,dan beliau mendokong saya di belakang ,tidak dapatlah membayangkan betapa beratnya dokongan itu sebab ketika itu saya seorang kanak-kanak yang tembam.Walaubagaimanapun saya pasti beliau puas,sebab kami amat jarang bertemu.Embah wedok saya amat menjaga agama,masa luangnya tidak lekang dengan Al Quran,beliau paling tidak suka diambil gambar,tidak suka orang bermini skirt dan berseluar ketat dan amat sukar mengajaknya makan diluar.Malu katanya.
Bila saya memujuknya "Alah Mbah,ngapa malu,bukan orang kenal kita pun,orang lain pun nak makan juga,tak peduli kat kita pun"
Jawabnya "Aku tak malu dengan orang,aku malu dengan Allah" Saya terdiam.Yang saya lihat setiap aktivitinya sentaiasa berselawat.Bila beliau memandikan bayi atau anak kecil lidahnya sentiasa berselawat dan membaca doa dalam bahasa jawa. yang bermaksud lebih kurang
Di bawah ini adalah foto yang sempat saya ambil dari wall FB adik-adik saya.

"Ya Allah,berikan
kesihatannya,hilangkan penyakitnya,jauhilah dari ganggun syaitan"
Beliau sangat pandai menjahit baju
kurung jahit sembat,bukan baju kurang namanya kalau tidak disembat. Saya sempat
diwariskan kemahirannya ketika saya menggu keputusan SPM,pada ketika itu saya
tinggal bersamanya. Aruah juga tidak suka orang berkain johor yang siap
dizip,Mesti susun dan ikat dengan tali pinggang supaya perut tidak menggeleber.
Dalam perkara ini saya tidak dapat memenuhi kehendaknya. Tetapi semasa saya
menghadiri majlis konvokesyen anak sulung di UTM 2009,saya telah bertemu dengan
seorang wanita yang masih memakai kain susun dan ikat dengan talipinggang di
bilik persalinan dalam masjid UTM.Menurutnya beliau dari Benut.Tetapi
kami tidak sempat berkenalan kerana majlis akan berlangsung.Yang sempat saya
tahu beliau adalah lepasan UTM juga.
Di sebelah emah saya,ada seorang
pakcik yang kerap menjejaki saudara mara di Daerah Ponorogo sana.Bagi jenerasi
saya setakat ini belum ada,sedangkan saudara-mara di sini sahaja kami hampir
hilang hubungan apa algilah yang di sana.Bagi sebelah bapak,dulu Pak Long yang
tinggal di Tenang itu rajin berhubung dengan saudara mara di Semukut,tetapi
kini beliau telah pulang ke rohmatullah,nampaknya tiada siapa yang meneruskan
usahanya.
Di bawah ini adalah foto yang sempat saya ambil dari wall FB adik-adik saya.
Hajah Khotun,embah sebelah emak saya,beberapa tahun sebelum pulang ke Rahmatullah. |
Haji Bawok @ Hj Solih, Bapa kepada Bapak saya. Diambil tahun 1967 untuk pasport Haji. |