DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label asal usul.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asal usul.. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

ASAL USUL 2

Mengikut cerita bagaimana sejarah penghijrahan Nenek suami saya dari Sumoroto,Jawa Timur, ke sini ialah;

Namanya Embah Marmi(EM)Ketika itu berusia bawah 4 tahun,telah dibawa berhijrah ke sini oleh ibunya dan 3 saudaranya yang lain.Turut serta juga adik beradik ibunya dengan beberapa saudara mara yang lain. Asalnya mereka Tinggal di Batu Pahat.Setelah 14tahun EM dikahwinkan lalu dibawa oleh suaminya ke  daerah Bagan Datok Perak.Ibunya tidak kerasan disini sebab meninggalkan 4 lagi anak di seberang yang mengusahakan pubrik batik,lalu ibunya pulang ke Sumoroto.Beberapa ketika kemudain meninggal dunia. EM berasa sedih,sudahlah dibawa pindah jauh dari saudara mara,ibunya pula pulang ke Solo dan meninggal dunia tanpa dapat melihat jenazahnya.

Masa terus berlalu,EM membesarkan anak-anak,dalam  menyimpan kerinduan kepada saudara-mara di seberang sehinggalah anak-anak telah berumah tangga dan EM talah menjadi nenek. Beliau ada berutus surat kepada saudara-maranya tetapi surat-surat hanya disimpan.Sering juga dia meluahkan tentang kerinduannya kepada anak cucu tapi apakan daya anak cucu tidak ada ruang untuk menghantarnya pulang ke sana. Sehinggalah dia pulang ke rohmatullah.

Suatu hari anak-anak mengemaskan barang-barang peninggalannya,mereka terjumpa alamat dan maklumat tentang saudara mara arwah di seberang. Masing-masing seperti tersandung. Anak bungsunya yang agak berjaya dalam perniagaannya telah berusaha menjejaki dengan menghantar surat melalui alamat yang ada.Usahanya mendapat tindakbalas dari keluarga di sana..Dengan bantuan pekerja nya beliau pergi keseberang. Sehinggalah berjaya mengunjungi mereka di sana. Anak Bungsunya ini iaitu pakcik suami saya mempunyai ramai pekerja Indonesia yang membantu menaikan perusahaannya,rata-rata semua berasal dari daerah kemiskinan di Pulau Jawa. Jadi ceritanya adalah tentang kedaifan seperti rumah yang berdinding tanah liat,minum air kali,tandas yang open air serta dindingnya setinggi pinggang,dan bermacam-macam lagi. Lalu dia membuat kesimpulan bahawa begitulah dengan keadaan saudar-maranya juga.

Setelah tiba di Jakarta dia telah ditunggu oleh beberapa orang diantara mereka dengan Mobil yang gede  siap dengan sopirnya. Terpukul benar rasanya. Dia disambut dengan meriah sekali. masing-masing menawarkan diri untuk diinapi kediamannya. Dari Kota Jakarta sehingga ke Surabaya,semua tempat ada sudara mara yang rata-rata kelas pertengahan dan atasan. Yang punya toko-toko perniagaan atau pun pegawai pemerintah.Cerita-cerita yang dibawa oleh pekerjanya mengenai situasi tempat tinggal yang telah tertanam didalam benaknya menyimpang sekali. Pada ketika itu hatinya betul-betul meruntun.Kalaulah arwah ibunya dapat pulang bertemu saudara-maranya tentu terlerai kempunannya. Jiwanya dihantui rasa bersalah.Untuk menebus rasa bersalah tersebut beliau membuat siri-siri lawatan dengan membawa isteri,anak,kakak-kakak dan anak saudara secara bergilir-gilir. Sebagai balasannya mereka juga datang membalas kunjungan dengan jumlah yang memerlukan sebuah bas.
 
Baru-baru ini tiba giliran suami saya sebagai anak saudaranya dibawa kesana mengenalkan asal-usul.Dalam masa peninggalan suami,beberapa orang bertanya ke manakah suami saya.Selepas diterangkan situasinya,masing-masing membuat ulasan.Meraka antaranya berpengalaman kesana tapi atas urusan yang berbeza dengan suami saya,ada yang sekadar melancong-lancong ada yang untuk shoping-shoping.Ada juga atas urusan menghantar anak belajar di pesantreni juga di universitas. Meminjam ungkapan Bonda ngasobah dalam permusafirannya di bumi Morocco,masing-masing bercerita bagai orang buta dengan gajah. Sipemegang ekor menyimpulkan bahawa gajah seperti tali,pemegang kaki pula gajah seperti tiang,pemegang telinga pula gajah seperti kipas,pemegang belalai pula gajah seperti ular dan pemegang gading gajah seperti keris.

"Eh baik-baik kesana,nanti tinggal sehelai sepinggang,semua barang-barang kita di mintak" Kata yang berpengalaman itu

"Eh saya tak lalu makan di Jakarta,tempat makannya kotor"Yang pernah makan di tempat begitu.

"Baik-baik shoping,nanti kena keroyok dek penjaja,masing-masing menyuakan dagangannya"

Saya menunggu-nunggu sumai saya pulang dengan cerita-cerita yang bagaimana.

"Mana ada semua cerita dia orang tak betul. Rumh mereka cantik-cantik,dinding bertail hingga ke siling,tiap rumah ada kerusi jati. Sepanjang perjalanan tak ada tanah kosong,semua bertanam.Pemandangan sepanjang jalan cantik,tanah subur"

Saya cuba memancing berdasarkan cerita yang pernah saya dengar,namun dinafikan oleh suami saya. Maka saya gunakan perumpamaan diatas. Mungkin beliau memegang kaki gajah,maka gambaran gajah seperti tiang.Sebenarnyasemuanya betul. Dimana-mana tempat ada yang elok dan sebaliknya.

Walaubagaimanapun hati jiwa saya meronta-ronta untuk melawat tempat asal usul nenek moyang saya. Saya simpan Azam ini. InsyaAllah.


Rumah pusaka yang telah ditinggalkan oleh Embah Marmi di Somoroto ,Ponorogo.




Suami saya mengelilingi kampung seperti kampung sendiri.



Isnin, 30 Julai 2012

ASAL USUL

Saya menyahut cabaran Bonda Ngasobah untuk menulis sejarah perhijrahan nenek saya dari Pulau Jawa ke Malaya pada awal abad ke 20 dahulu.Walaubagaimanapun pencertitaannya tidaklah setanding kerja sejarawan yang lengkap dengan tarik dan masa yang tepat.Hanya dari mulut ke mulut sahaja.Hanyalah dari pengetahuan saya yang kerdil ini.

MulA-mula dari sebelah Emak.Menurut emak, Embah Wedok(prempuan)(nenek sebelah emak) berasal dari tempat namanya Kori,tapi bila saya gogle,saya belum jumpapun tempat yang dimaksudkan.Namanya Hajjah Khotun. Beliau lahir pada 1900. Asalnya keluarganya agak berada juga,tetapi tanahnya telah diambil oleh pemerintah untuk pembangunan.Untuk menampung anak-anak seramai 14 orang tentu agak sukar. Jadi anak-anak cepat dikahwinkannya termasuk embah yang ketika itu berusia 11 tahu. Embah tidak rela,bila malam dia lari balik rumah,tetapi emaknya mengunci pintu.

Sebelum ini salah seorang abang iparnya telah merantau ke Malaya. Setelah mempunyai tapak yang baik dia mahu menjemput isterinya mengikutinya.Embah mengambil peluang untuk mengikuti  kakaknya. Dia menjual 2 ekor lembu hasil pajakannya untuk bekalan. Seusia 12 tahun embah berhijrah ke Malaya bersama beberapa kumpulan sanak saudara. Mereka semua  telah menjualkan harta-hartanya  untuk mencari tempat baru. Perjalanan mereka  diuruskan oleh Syarikat Syeikh yang berpengkalan di  ke Singapura.Seterusnya meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam,iaitu tempat yang telah dirintis oleh beberapa orang saudara mereka termasuk abang ipar Embah.

Embah Lanang(lelaki) (datuk sebelah emak) Berhijarah ke Malaya lebih awal,Namanya  Haji Sidik,asalnya Madiun.Tidak berapa diceritakan sebab-sebab berpindah. Kumpulan mereka  turun di Teluk Anson(Teluk Intan kini). Embah membuka tanah di Hilir Perak dan menunaikan Haji,sepulangnya ke Malaya aruah berkahwin dengan ibu tunggal beranak satu.Beliau tidak tahan dengan perangai anak tirinya dan isterinya yang suka melawan dan terlalu membela anaknya,lalu diceraikan dan ditinggalkan ditanah yang diterokainya,lalu membuka tanah baru di Sabak bernam dan bertemu Jodoh dengan Embah saya.Saya tidak sempat bertemunya kerana Allahyarham meninggal ketika emak berusia 14tahun. Embah wedok saya pula meninggal ketika saya telah punya empat orang anak ketika itu usianya lebih dari 90tahun. Antara yang saya kagum dengan Embah wedok saya ini  sehingga akhir hayatnya beliau tidak nyanyuk,apabila kita menziarahinya sentiasa memberi nasihat, jika lelaki;
 "Berbuat baik pada emak,bapak,isteri anak,anak,jangan sia-siakakan anak istri,itu amanah,jangan mewah-mewah kan anak isteri,ajar berjimat"
Yang cucu perempuan "Taat kat suami,hormat emak mertua,jaga anak-anak,jangan bebankan suami,jimat-jimat" Disaat akhir hayatnya beliau sudah tidak dapat mengeluarkan suara dengan jelas,tetapi masih lagi cuba memberi nasihat seperti diatas. Pakcik saya kata beliau tidak nyanyuk kerana atas ketaatanya pada suami,sepanjang bersama suami Pakcik saya tidak pernah melihat Aruah mengeluarkan bahasa kasar atau membantah pada suami.

Embah sebelah bapa pula lahir di  Sri Ladang,Rengit.Namanya Hajah Hindun bt Affandi. Bapanya seorang guru tarikat yang berulang-alik antara Rengit dan Semukut, Sumatra. Beliau  membuka pusat tawajjuh di Sri Ladang Rengit dan juga Semukut.Setiap Bulan Muharram beliau akan mengadakan perhimpunan untuk bertawajjuh. Sampai kini pondok di Semukut masih bergerak aktif,dan pondoknya diwariskan kepada anak-anaknya(adik embah). Embah lanang saya pula namanya Haji Bawok @Hj Solih, dari Purworejo,dan kurang diketahui sejarah silamnya.Saya tidak sempat bertanyanya.Saya bertemunya hanya beberapa kali sahaja sepanjang hayatnya,kerana kami tinggal jauh,beliau di Rengit dan kami di Perak. Kenapa di Perak? Boleh rujuk pada post saya kisah Bapak siri 1 hingga siri 20. Beliau meninggal dunia ketika saya berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun saya pernah bermanja denganya,ketika berusia 4 tahun,pada ketika itu kami mahu melihat kapal korek yang sedang menyangkul taliair di belakang tanah Embah. Beliau membuat tawaran kepada saya
"Simah nak jalan ke nak dokong" Saya memilih meminta dokong,dan beliau mendokong saya di belakang ,tidak dapatlah membayangkan betapa beratnya dokongan itu sebab ketika itu saya seorang kanak-kanak yang tembam.Walaubagaimanapun saya pasti beliau puas,sebab kami amat jarang bertemu.Embah wedok saya amat menjaga agama,masa luangnya tidak lekang dengan Al Quran,beliau paling tidak suka diambil gambar,tidak suka orang bermini skirt dan berseluar ketat dan amat sukar mengajaknya makan diluar.Malu katanya.
Bila saya memujuknya "Alah Mbah,ngapa malu,bukan orang kenal kita pun,orang lain pun nak makan juga,tak peduli kat kita pun"
Jawabnya "Aku tak malu dengan orang,aku malu dengan Allah" Saya terdiam.Yang saya lihat setiap aktivitinya sentaiasa berselawat.Bila beliau memandikan bayi atau anak kecil lidahnya sentiasa berselawat dan membaca doa dalam bahasa jawa. yang bermaksud lebih kurang



"Ya Allah,berikan kesihatannya,hilangkan penyakitnya,jauhilah dari ganggun syaitan" 
Beliau sangat pandai menjahit baju kurung jahit sembat,bukan baju kurang namanya kalau tidak disembat. Saya sempat diwariskan kemahirannya ketika saya menggu keputusan SPM,pada ketika itu saya tinggal bersamanya. Aruah juga tidak suka orang berkain johor yang siap dizip,Mesti susun dan ikat dengan tali pinggang supaya perut tidak menggeleber. Dalam perkara ini saya tidak dapat memenuhi kehendaknya. Tetapi semasa saya menghadiri majlis konvokesyen anak sulung di UTM 2009,saya telah bertemu dengan seorang wanita yang masih memakai kain susun dan ikat dengan talipinggang di bilik persalinan dalam masjid UTM.Menurutnya beliau dari  Benut.Tetapi kami tidak sempat berkenalan kerana majlis akan berlangsung.Yang sempat saya tahu beliau adalah lepasan UTM juga.

Di sebelah emah saya,ada seorang pakcik yang kerap menjejaki saudara mara di Daerah Ponorogo sana.Bagi jenerasi saya setakat ini belum ada,sedangkan saudara-mara di sini sahaja kami hampir hilang hubungan apa algilah yang di sana.Bagi sebelah bapak,dulu Pak Long yang tinggal di Tenang itu rajin berhubung dengan saudara mara di Semukut,tetapi kini beliau telah pulang ke rohmatullah,nampaknya tiada siapa yang meneruskan usahanya.

Di bawah ini adalah foto yang sempat saya ambil dari wall FB adik-adik saya.
 


Hajah Khotun,embah sebelah emak saya,beberapa tahun sebelum pulang ke Rahmatullah.

Haji Bawok @ Hj Solih, Bapa kepada Bapak saya. Diambil tahun 1967 untuk pasport Haji.

Ini hasil kerea

Ini hasil kereativiti adik-adik saya. Walaubagaimanapun setelah menguploadkan foto ini,kami dapat bertemu dengan ramai sepupu sepapat kami selama ini jarang dan ada yang tidak pernah ketemu.


"Wahai Allah, ampunilah Dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa Embah-embahku juga semua umat muslimin dan muslimat, naikkanlah darjat kami diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunan kami yang masih hidup atau mati. Ampunilah  kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur bagi kami dan berikanlah cahaya didalamnya."

Catatan Popular