Dua orang gadis 11 tahun datang menghantar laporan.
"Cikgu Amer menangis"
"Mengapa"
"Sazwan sepak kaki dia,berdarah"
Berdarah?Masyaallah,ini boleh menjadi isu. Segera makbonda mendaki tangga menuju kelas mereka,kebetulan sememang masa Makbonda untuk kelas mereka.
Masing-masing bangun memberi salam. Memang betul seperti laporan,Amer sedang menagis teresak-esak sambil menekup muka di meja. Ketika itu juga kepala Makbonda sedang berputar-putar untuk mencari solusi.
"Boleh seorang menerengkan apa yang terjadi?"
Seorang pengawas bangun dan menceritakan penyaksiannya.
"Dia orang main bola,tapi bola kertas,lepas tu kaki Amer tersepak,dan keluar darah"
Bila diperiksa,betullah berdarah tapi bahagian yang telah sedia ada kudis,apabila lapisan kerak kudis tersebut terkopak,mengalirlah darah bercampur nanah,penyelasaiannya lap sahaja dengan tisu.. Alhamdulillah,lega.
"Baik siapa lagi yang main bersama,sila berdiri." Seorang demi seorang berdiri,mereka terpaksa berdiri setelah disebut nama oleh mereka yang tidak terlibat.Ada juga yang berdiri lambat itupn terpaksa atas ketiadak puasan hati mereka yang berdiri awal.Esakan Amer masih belum berhenti,
"Betul ke perbuatan bermain bola di dalam kelas tadi?"
"Tak betul" mereka menjawab beramai-ramai termasuk yang bermain.
"Baik,sekarang cikgu bahagikan kelas ini kepada 3.Pertama orang yang bersalah tapi belum terbalas,orang yang bersalah dan telah mendapat balasan dan orang yang tidak bersalah.Dan cuba kamu letakan dimana diri kamu masing-masing" Maka riuh rendahlah mereka membuat keputusan. Yang bersalah ada yang hanya mengkebil kebilkan mata,dan ada juga yang tersengih-sengih. Amer pula menghentikan esakannya.,sambil mengenyit-ngenyitkan mata memandang Makbonda. Yang tidak terlibat pula ada yang diam tidak kurang juga ada yang riuh rendah mengejek-ngejak.
"Dan harap-harap jangan ada yang tidak bersalah tiba-tiba menjadi salah kerana mengejek-ngejek."
Senyap mereka yang mengejek-ngejak tadi.
"Sekarang ini bulan Ramadan,setiap amalan baik yag kita lakukan ganjarannya berganda-ganda,bagaimana pula amalan yang sebaliknya."
"Hah dosa yang berganda-gandalah"Jawab mereka.
"Suruh basuh tandas aje cikgu,suruh menyapu koridor,cabut rumput kat taman," Masing-masing memberi cadangan.Tandas,koridor,rumput semua telah ada pekerja yang menguruskannya.
"Baik,sudut kelas kamu ni bertabur-tabur,apa kata kita tugaskan mereka mengemaskan sudut dalam kelasni sehingga kemas." Cadangan Makbonda dipersetujui sebelulat suara. Yang tidak bersalah berpuas hati,yang bersalah pun tidak terasa teraniaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan