Alhamdulillah,telah seminggu kita keluar dari madrasah Ramadhan
dan kini meneruskan khidupan dalam suasana fitrah,semoga amalan sebelum ini
diterima Allah.
Sejak anak-anak telah besar ini saya sudah mengabaikan jadual
untuk menggilirkan hariraya kami antara rumah emak sendiri atau Mak Mertua.Tambahan lagi saya
menghormati hajat suami kerana beliau mahu menghidupkan malam
syawal di masjid kami untk bertakbir. Dimana-mana pun menyambut raya sama sahaja yang penting pengisiannya,lambat
atau cepat akan dikunjungi juga. Di rumah emak dan bapak sudah ada adik-adik
yang mengisi kemerihan dari 3 orang adik yang sudah tidak punya ibubapa mertua
dan seorang lagi dari Sabah yang beraya di sini.Dari 4 orang adik ini sudah
cukup untuk memenuhkan ruangan di rumah bapak dengan cucu-cucu .5 orang lagi
dalam giliran beraya dirumah mertua masing-masing. Insyaallah tahun hadapan
dapatlah kami berkumpul 10 beradik walaupun buat seketika.
Selepas Solat Sunat eidul fitri kami akan bermaafan dengan keluarga
sendiri dan sessi bergambar,itu semua telah disusun oleh anak-anak,kemudian
menju kerumah Mak Mertua yang jaraknya lebih kurang 2km.Selepas itu barulah ke
rumah bapak yang jaraknya 30minit perjalanan walaupun berlainan negeri.
Penuhlah kenderaan unser saya dengan anak-anak yang telah memebesar saiznya. Mereka
mencadangkan kami bergerak dengan 2 kereta tetapi saya tidak bersetuju,kerana
menyumbang kepada kesesakan jalanraya.Tambahan pula dengan satu kenderaan akan
merapatkan ukhwah,saya sangat rindu kepada mereka,biarlah gelak ketawa mereka
saya dengari.Saya merindui suasana semasa mereka kecil dahulu,penat bergurau
mereka bergaduh,kemudian menyanyi,sambil mulut mengunyah,tiba-tiba semua diam
bila mata terlena,sehinggalah sampai ke distinasi.
Sampai di rumah bapak rupa-rupanya mereka menunggu kami untuk
sessi bermaafan. Terharunya.Walaupun pada 28 Ramadhan yang lepas kami baru berbuka dan bertarawikh di kampung
bapak namun semasa bertemu mereka saya rasa seperti telah begitu lama kami
tidak bertemu. Di kampung dapatlah kami menziarahi beberapa jiran
tetangga,tempat saya jatuh dan bermanja dizaman kanak-kanak. Dapat juga bertemu
dengan kawan sepermainan yang kini telah sama-sama berusia.
Kami tidak dapat bermalam dirumah bapak sebab terpaksa pulang
untuk membuat persiapan,pagi raya kedua program Baraan untuk orang lelaki.
Dalam perjalanan dapat singgah beberapa buah rumah emak saudara suami dan
dapatlah bertemu denga sepupu-sepupunya yang juga amat jarang bersua.
Kelainannya hariraya kebelakangan ini ialah saya dan suami lebih
banyak tinggal dirumah menunggu tetamu. Tetamu datang tidak
berhenti-henti,selain bekas atau anak murid semasa saya dan suami,terdiri juga
dari kawan-kawan kepada anak-anak saya.
Mereka bergerak dengan mengumpulkan kawan sekelas. Bayangkan jika kedatangan
mereka serentak.
Adik-adik saya datang dalam 2 sessi,pertama kumpulan yang beraya
di rumah Bapak dan sessi kedua yang beraya dirumah mertua. Saya sangat berbesar
hati menrima kedatang mereka. Tidak putus-putus saya berdoa agar rahmat yang
mereka tinggalkan memberi keberkatan kepada keluarga kami.
Kumpulan adik-adik sessi pertama |
Kumpulan abang dan adik-adik sessi kedua. Hidangan makan malam bersama sambal taun untuk adik ipar yang sedang mengandung. |
Dalam menyambut kedatang anak-anak murid serta kawan-kawan kepada
anak-anak yang rata-ratanya sedang meningkat remaja,tak kering gusi saya
mengambil kesempatan membebel kepada mereka.Semasa memberi duit raya ;
“Walaupun seringgit,ini namanya duit raya,ini yang makcik mampu
beri,semoga berkat. Munafaatkannya. Jangan
beli rokok atau mercun.Teruskan beraya dengan akhlak Islam”
Nampaknya mereka seperti akur.
Antara tetamu yang saya rasakan istimewa kali ini ialah tetamu
anak sulung saya.Beliau adalah Naqibah usrahnya iaitu Dr Farzanah,dari Ulu
Tiram,bersama suaminya iaitu Dr Arbaei,aktivis Haluan yang terlibat dalam kapal
Mavi Marmara,beliau juga terlibat dalam aktivis kemanusiaan ke Somalia,thunami
Acheh dan beberapa lokasi la gi. Menarik mendengar perkongsian pengalamnnya.
Pada hari Jumaat baru sempat saya keluar. Kami keluar pagi-pagi
sebab teringat pesat bapak kalau mahu musafir hari Jumaat kena keluar
pagi-pagi. Kami bergerak ke Felda Sg Tengi dengan bersama 2 orang adik
perempuan saya dengan bertemu di tengah
jalan. Kami tidak dapat bersama adik-adik yang lain yang telahr pergi terlebih dahulu. Disana adalah abang kepada
emak yang telah menjadi peneroka. Selanjutnya perjalanan diteruskan ke Meru
iaiatu adik Bapak,melalui jalan Bestari Jaya-Ijok-Meru.Semasa orang lelaki
bersolat Jumaat di Masjid Meru dapatlah kami beramah mesra dengan Makcik
dirumah. Dalam berjalanan pulang beberapa rumah lagi sempat kami singgahi.
Alhamdulillah semua bapa dan emak saudara dapat kami di sini dapat kami
kunjungi bersama semua anak-anak.
Nampaknya bapa dan emak saudar di Johor belum berkemampuan untuk
pergi,Insyaallah hujung Syawal nanti
Allah beri lorong.
Jumaat malam emak menalifon;
“Kat rumah emak dah habis orangnya,tinggal berdua balik”
Kesihan emak.
Hari Ahad,setelah anak-anak saya juga habis,saya ke rumah emak.
“Samalah kita Mak,tinggal berdua”
Saya tengok di rumah emak masih berlambak-lambak kuih raya dan
barang-barang mentah yang adik-adik saya belikan.
Alhamdulillah,dengan izin Allah raya kali ini
saya dapat juga menyediakan menu yang agak sehat,saya perlu berhati-hati agar
menu saya tidak mencemarkan kesihatan dan tidak berbentuk pembaziran.
Pada hari pertama
menu pilihan anak-anak ialah
ketupat,sayur lodeh,ayak kampung masak kicap dan kuah sambal kacang yang kurang
cilinya dan lebihkan bawang untuk mengelakan keracunan perut.
Pada hari kedua saya
menyediakan Lai Chi Kang,sebab pada hari pertama para perut telah disumbat
berbagai juadah yang memanaskan.Antara kandungan Lai Chi kang ialah bunga
semangkok dan biji selasih yang bersifat sejuk.Pada hari ketiga bihun goreng
yang sarat dengan sayur.Hari Keempat Nasi lemak.
Hari kelima Soto ayam
kampung.Kenapa soto menjadi pilihan,kerana pada hari ini dijangka tetamu lebih
ramai dari biasa,nampaknya jangkaan tepat.Pada hari keenam iaitu Jumaat,tidak
masak apa-apa sebab hari ini kami akan mengosongkan rumah dari pagi membawa ke
malam.Hari Sabtu bubur kacang durian.Hari Ahad roti jala dan bila hari Isnin dapur sudah
tidak beasap kerana sudah tidak ada penghuni.Barulah saya berpeluang untuk
puasa 6.(Begitulah lemahnya iman saya)
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:”
Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti
tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah
dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).
Rumah kakak ni dah jadi macam hub persinggahan adik beradik,hehe. Semoga dengan kedatangan tetamu dan layanan baik yang diberikan, Allah sentiasa kurniakan keberkatan
BalasPadamDik,Hati kakak sentiasa berbunga-bunga setiap kali mereka singgah.Sebaliknya bila sudah lama tidak bertandang hatinya bergoyang-goyang bersimpang siur.
BalasPadam"Apakah mereka sudah jauh hati?"
Walaubagaimanapun bila dalam hati ada taman,sentiasa berbaik sangka. :))
Terima kasih kakak atas hidangan sambal taun nya.Alhamdulillah berselera sangat makan.Ingatkan berat badan akan naik mendadak,rupanya tidak..alhamdulillah.Seronok singgah rumah kakak, dpat minum secawan teh pun cukup la,hehhe...
BalasPadamKami orang terakhir yang meninggalkan mak dulu.Kalau boleh saya cuba mengelakkan menjadi orang terakhir.Tak sanggup saya melihat wajahnya.Apapun,kakak juga telah merasa perasaan itu,kelak kami pula.Begitulah pusingan kehidupan yang ditentukan Allah...
Pengalaman merasa perasaan itulah yang membawa kepada tindakan seterusnya Kim. Yang paling suka bila beliau menyebut senarai yang telah menalifonnya sebaik sampai,diulang-ulang beberapa kali.
Padam