"Kan?. Bukan sekali cikgu-cikgu dah berpesan malah berkali-kali. Berpada-pada bergurau. Elakan menyentuh peribadi, menyantuh nama ibubapa. Perkara kecil tak perlu dibesarkan. Sekarang segalanya telah berlaku,kita sebut berulangkali pun tidak akan mengubah apa yang telah berlaku.Yang kita mampu lakukan sekarang ialah supaya sentiasa berhati-hati elakan ejek-mengejek, terutama yang menentuh diri dan ibubapa. Apa yang kita tak suka orang lakukan pada kita jangan kita lakukan pada orang lain. Sekarang pun tak guna mencari siapa yang salah,yang penting apa yang kita patut lakukan selepas ini"
Perkara yang sebenarnya kecil telah menjadi besar. Bila salah seorang pelajar telah mengadu kepada bapa apa yang terjadi padanya. Itulah akibatnya apabila mereka bergurau kadang-kadang gurauan melebihi sempadan,mula-mula ejek kawan,kemdian melarat gelarkan nama bapa pula. Ekoran dari itu si bapa meminta senarai nama kawan-kawanya itu. Kejadian ejek-mengejek berlaku di sekolah pagi,tatapi si bapa menjalankan operasi disekolah petang. Beliau meminta kebenaran pada pihak sekolah petang untuk bertemu dengan nama-nama yang tersenarai. Pihak sekolah petang tanpa berperasangka terus memberi kebenaran. Apabila sudah terkumpul seorang demi seorang menerima habuannya dan ada sebahagian yang yang meninggalkan kesan ditubuh. Atas kesedaran bahawa mereka memang bersalah mereka mendiamkan diri sahaja rupa-rupanya setiap adik-adik masing masing membuat aduan kepada ibubapa.
Seterusnya semua ibubapa berkumpul dan membuat persetujuan untuk membawa perkara ini ke tengah. Apabila pihak sekolah pagi mengetahui hal ini,beberapa wakil ibubapa dipanggil dan diberi pandangan untuk bermesyuarah. Ini adalah hal anak-anak, dunai mereka,ada perkara yang lebih besar lagi yang patut dipandang berat,tetapi mereka tetap mahu meneruskan.
Tidak berapa lama lagi keluarlah berita di Sinar Harian "Seorang bapa yang bertugas sebagai guru ditahan oleh polis kerana mencederakan beberapa orang pelajar" Naik nama sekolah kita. Pihak sekolah tidak mampu mengubah bapa yang emosional tersebut,namun masih mampu membentuk anak-anak didik yag berada dihadapan mata.
Iktibar kepada semua;
1.Guru-guru; perlu setiap ketika memantau anak-anak didik,dan jangan berhenti mengingatkan mereka akhlak dalam pergaulan.
2.Pihak sekolah; tidak boleh dengan mudah membenarkan orang luar berjumpa dengan pelajar sekolah.
3.Ibubapa; perlunya kawalan emosi. Pergaduhan anak-anak adalah satu proses sosial,ibubapa menjadi mento.walaupaun nampak seperti anak kita yang disakiti,mereka perlu dididik untuk menghadapi kepayahan dalam hidup.
4.Ibu bapa;Sebelum membuat hukuman kepada orang lain,selidiki dahulu tingkahlaku anak-anak diluar,adakalanya mereka ini baik di hadapan kita namun sebaliknya di luar sana.
وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al Taubat 71)
5.Anak-anak; beradab dalam pergaulan, elakan menyentuh peribadi ibu bapa masing-masing,dan jika menyedari ibubapa mereka jenis panas baran,elakan dari mengadu kepada mereka jika terdapat perselisihan faham dengan kawan-kawan,akibatnya sekarang anak-anak sendiri kehilangan ramai kawan.
“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)
6.Kepada semua,jangan terlalu mudah membuat hukuman.Siapa kita dengan sewenang-wenang mewakili tuhan membuat balasan pada makhlukNYA.
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49

Tiada ulasan:
Catat Ulasan