Petang itu sedang Emak membelai pokok bebunganya di halaman rumah,tiba-tiba;
"Assalamualaikum Makcik,ni rumah Ustaz Zailani ke?" Seorang wanita bertudung labuh turun dari motorsikal,membuka topi keledar dan meluru kepada Emak.
"Waalaikumussalam,betullah ,siapa ya ni?"
"Saya anak murid dia,Ustaz ada? saya nak jumpa dia"
"Anak murid? dari mana ni?Pakcik tak ada,pergi masjid tak balik lagi"
"Dari kampung sg Licin,Ustaz pernah ajar saya dulu,la takde pulak,bila balik ye"
"Mana Sg Licin ada sekolah,Pakcik tak pernah ajar sekolah tempat lain kecuali kampung ni,kalau kampung lain kelas orang dewasa adalah"
"Oh ye ke,tak saya tinggal kat sg Licin tapi sekolah Sg Samak.Apa-apaje lah Makcik,mana ye ustaz ni. Boleh saya tumpang bilik air Makcik"
"Silalah,bilik air ada kat luar tuh" Nasib baik bilik air luar baru sahaja siap sebelum Ramadhan lepas. Tetapi dia masihtidak puas hati.
"Makcik boleh bagi saya minum"
"Nanti sekejap ye,makcik ambikkan"
Rupa-rupanya dia terus mengekori Emak masuk ke dapur.Emak perhatikan matanya liar.
Tiba-tiba bapak pulang. Terus dia meluru pada Bapak.
"Assalamualaikum Ustaz,tak kenal saya,saya anak murid ustaz"
"Entahlah nak,lupa saya"
"Macamni ustaz, anak saya sakit jantung kat hospital kelang,saya nak kesana tak de duit,tolonglah Ustaz pinjamkan saya 200,nanti saya bayar"
Emak menyampuk "Macamana kami nak pinjamkan duit,kami tak kenal kamu"
"Nak cepat ni ustaz takut ketinggalan bas"
Emak dan bapak tercengang.
Malamnya bila bapak ke Masjid,rupa-rupanya bukan Bapak dan emak sahaja yang menjadi mangsanya malah beberapa orang dengan taktik yang sama,ada juga yang mengeluarkan sehingga 400.
Beberapa hari sebelumnya ini seorang wanita Miyanmar,dengan membawa anak.Datang meminta duit,mahu membelikan makanan anaknya. Emak bertanya bagaimana dia boleh sampai ke kampung sini,sedangkan kampung ni jauh kedalam. Dia mengatakan bahawa ada van yang hantar. apabila dia terpandang pada bennar keluarga yang adik kami buat dan tampal di dinding rumah,dia meminta baju melayu anak-anak untuk anak dia.Emak mengatakan yang cucu-cucu tidak tinggal disini.Bila dia telah pergi emak baru terfikir,siapalah yang membawa mereka ke sini.
Pada bulan Ramadhan yang lepas,dua kali emak didatangi pengutip derma yang mendakwa dari rumah anak Yatim dari Utara. Tiada sebarang tanda bukti tentang kesahan merekapun.
Bimbangnya saya. Selepas ini siapalah lagi yang datang.Degan muslihat yang bagaimana pula.
YaAllah lindungilah mereka dari tipu daya orang-orang munafik.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami ! janganlan Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Thuan kami ! Jangan engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah Penolong kami: oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.al Baqarah 286

"Alah Makcik takkan saya menipu,tengoklah tudung saya,nampak penipu ke,Alah kan Makcik banyak kelapa sawit tak kan 200 pun tak boleh"
Rupa-rupanya Bapak telah menghulurnya RM200 tersebut,dia menyambut dan terus mencium-cium duit tersebut,sambil tergesa-gesa meninggalkan Emak dan Bapak."Nak cepat ni ustaz takut ketinggalan bas"
Emak dan bapak tercengang.
Malamnya bila bapak ke Masjid,rupa-rupanya bukan Bapak dan emak sahaja yang menjadi mangsanya malah beberapa orang dengan taktik yang sama,ada juga yang mengeluarkan sehingga 400.
Beberapa hari sebelumnya ini seorang wanita Miyanmar,dengan membawa anak.Datang meminta duit,mahu membelikan makanan anaknya. Emak bertanya bagaimana dia boleh sampai ke kampung sini,sedangkan kampung ni jauh kedalam. Dia mengatakan bahawa ada van yang hantar. apabila dia terpandang pada bennar keluarga yang adik kami buat dan tampal di dinding rumah,dia meminta baju melayu anak-anak untuk anak dia.Emak mengatakan yang cucu-cucu tidak tinggal disini.Bila dia telah pergi emak baru terfikir,siapalah yang membawa mereka ke sini.
Pada bulan Ramadhan yang lepas,dua kali emak didatangi pengutip derma yang mendakwa dari rumah anak Yatim dari Utara. Tiada sebarang tanda bukti tentang kesahan merekapun.
Bimbangnya saya. Selepas ini siapalah lagi yang datang.Degan muslihat yang bagaimana pula.
sumber google |
YaAllah lindungilah mereka dari tipu daya orang-orang munafik.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami ! janganlan Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Thuan kami ! Jangan engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah Penolong kami: oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.al Baqarah 286
Assalamu'alaikum Makbonda
BalasPadamRamai yang guna muslihat seperti ini, ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Yalah kan, jika tak diberi mungkin benar pula dia dalam kesusahan. Apa-apa pun geram juga dengan orang-orang seperti ini. Kak ada juga pengalaman lebih kurang macam ni, mungkin orang tu penagih, konon-konon kereta rosak nak pinjam duit beli bateri..RM100 jugalah dia dapat.. em sudahnya tak datang-datang..
Waalaikumussalam kak Werdah.
PadamBegitulah fitnah akhir zaman,nak beramal pun dengan dilema.Emak dan bapak saya memang telah sampai kemakam ringannya berinfak. Kalau emak masa ada soal siasatnya tapi tidak pada bapak.Sangat membimbangkan kami anak-anak.
Walaubagaimanapun kami berdoa agar Allah menilai apa yang dikeluarkan darinya,soal siapa yang menipu itu biarlah Allah yang uruskan.Semoga keikhlasannya itu diterima Allah.
Salam Simah. Saya saudara sendiri yang pekena saya. Masa kecil sama-sama toreh getah. Jadi kita pun simpatilah. Dia datang dengan jejaka lain. Katanya tunang anaknya. Nak pendekan cerita beratus ringgit juga lenyap. Tak ingat berapa. Lepas tu bagi saguh hati pada anak-anak yang kecil pulak.Rasa nak senyum sekarang. Rupanya ramai saudara yang terkena.Dia kata dia ada kontrek kerja, Nanti dia bayarlah. Katanya keretanya rosak dan ditinggal disatu tempat. Tidur rumah saya. Makan minum. Rupanya penipu besar. Bukan tunang sianak. Setahun dua lepas tu dengar berita dia masuk jail. Harap dia bertobat. Dunia.....
BalasPadamSalam kembali Bonda Ngasobah.
PadamSakit sungguhkan bila terkena. Nasib baik kita Islam,ada ubat hati.Harta kita jadi suci,hati kita jadi redho.Pada yang mengena tersebut semoga dia mendapat petunjuk. Harap-harap dengan balasan dunia tersebut akan membersihkan diri dia diakhirat nanti.