sumber google image |
Beberapa kawan-kawan saya mengadu yang suaminya tidak mahu menjadi Imam,dahulu baru-baru kahwin mahu juga tapi lama kelamaan sentiasa mencari helah untuk mengelakan. Alasannya dia tidak layak jadi imam. Malang sekali keluarganya.
Seingat saya sejak berumah tangga suami saya tidak pernah solat bersendirian.Bila kami bersama akan dipaksanya kami berjemaah. Dahulu masa anak-anak kecil lagi ada juga saya mencari helah dengan alasan anak tiada yang menjaga, dia memerahi saya bukankah Allah yang Maha Penjaga.Begitu juga bila kami berhenti dimana-mana masjid yang diluar waktu Jemaah,dia akan mencari sudut dimana kami boleh bermakmum.
Sewaktu kecil suami saya pernah tinggal bersama nenek tirinya bila datuknya menginggal dunia. Neneknya itu terlalu mengambil berat hal solat.Waktu itu usia dalam 7-10 tahun dan dia telah dikhatankan. Setiap kali solat neneknya akan memanggilnya untuk menjadi imam. Seterusnyalah sehingga dewasa,dia akan memastikan adik-adik dan ibunya bermakmum dengannya. Itulah antara kejayaan nenek tirinya mendidiknya.
Dari cerita suami saya itu saya jadikan sebagai iktibar. Jika kita ada anak lelaki,didiklah dia menjadi imam,agar mereka biasa menjadi imam untuk memimpin keluarganya nanti. Bila suami saya tiada bersama,saya akan jadikan anak-anak saya imam seawal usia mumayiznya.
"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan