Sesungguhnya Cameron Highland ialah satu-satunya lokasi yang beberbeza dari lain. Dengan suhu purata di Cameron
Highlands adalah di antara 18°C hingga 28°C pastinya memberi satu
kelainan.
Bercuti katanya untuk melapangkan jiwa. Jadi semua orang mahu
mencari tempat yang tenang, lapang,mententeramkan dan sebagainya. Justeru CH lah yang menjadi pilihan. Jika semua
berfikiran yang sama dengan memilih tempat yang sama,tidak lah menjadi tempat
itu satu tempat yang tenteram lagi tempat itu.
Kalau asalnya CH tempat yang dingin,sunyi,udara
keluar masuk dari dan ke paru-paru dengan lancar dan sehat sekali. Kini bila 1 Malaysia semua berkunjung di
sini,akibatnya pertambahan karbon dioksida mendadak.Kepulan awan nipis berbaur
dengan kepulan gas dari eksos kenderaan. Suasana sunyi bertukar menjadi jeritan
hon-hon yang marah kerana kesesakan.Maka Jadilah ia sebaliknya.
Tempat penginapan di CH seperti cendawan tumbuh. Tidak ada
masaalah untuk mencari,tanpa perlu tempahan pun masih berpeluang.
Seingat saya telah 7 kali saya mendaki tempat
itu. Pertama kali tahun 1985 dengan
menaiki bas lawatan PIBG SK Hutan Melintang. Pada waktu itu suhunya lebih sejuk
berbanding sekarang. Kali Ke dua pada tahun 1996. Semasa bilangan anak 4 orang,tetapi
kami tidak menginap. Kali ketiga pada tahun 2008 .menginap di sebuah apartment
di Tanah Rata. Kali ke empat menghadiri kursus di Rossa Pasadena. Masa ini saya memandu
sendiri. Kali kelima untuk kursus lagi menginap ditempat yang sama. Kali ke enam 2010 bersama keluarga dan
menginap di sebuah home stay yang terletak disebuah kampung yang agak dalam di
Berincang. Kali ini saya menginap di
Crown Imperial Courts Brinchang .
Setiap kali bah datang setiap kalilah pantai berubah,begitu
juga di CH. Setiap kali datang pasti ada yang berubah. Dahulu di sebelah belakang
Petronas Berincang terdapat satu kawasan yang tinggi dan menghijau. Datang lagi
telah ditarah,datang lagi telah ada kerja-kerja membina kongkrit, seterusnya
wujud rangka bangunan. Kali ini saya duduk di balkoni bangunan itu yang telah
menjadi Crown Imperiel Courts.
Dengan
berdiri di sini saya boleh melihat seluruh sekeliling pekan Berincang. Sesak
nafas saya melihat jaluran jalan raya yang padat dengan berbagai-bagai
kenderaan.Tambahan lagi dengan adanya pasar malam yang telah melebar luasnya
berbanding dahulu.Pergerakan kami sangat terhad,setiap kali keluar pasti
menempuh kesesakan.Satu demi satu bas berhenti menurunkan penumpang. Kalau
biasanya jam 10 malam pekan Berincang seperti telah tidur tapi nampaknya 24jam
masih ada kenderaan menjalar.
Semasa perjalanan
untuk turun ke bawah,masih ramai lagi kenderaan yang mendaki. Mahu sahaja
rasanya turun dan memberi tahun
mereka,sekiranya belum membuat deposit penginapan lebih elok batalkan sahaja
dan tukar lokasi percutian di tempat lain pada masa ini. Diatas sedang berlaku kesesakan. Dari ladang
teh Bharat sehingga pekan Berincang kenderaan macet tidak bergerak. Tiada beza
dengan KL atau Pinang.Mungkin situsai begini hanya berlaku antara 21-26
Desember sahaja,dimana ketika ini semua orang pakat ambil cuti tahunan untuk
bersantai bersama keluarga.Seperti juga kami,sepatutnya memilih sahaja pada
tarik lain tetapi tidak berjaya kerana ini sahajalah kesempatan anak-anak dapat
berkumpul.
Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan
Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T
ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua
terhadap anaknya.”
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi)
Assalamu'alaikum Hasimah
BalasPadamMemang banyak perubahan di CH. Pertengahan bulan 10 kak ada ke sana, tak rancang pun, balik daripada ziarah kematian sepepu di Raub, jadi balik ikut jalan ke CH, berdua je. Jalan memang sesak terutama di Berinchang. Ada tebing runtuh, sebelum sampai di Berinchang tu. Di Tanah Rata pula jalannya dah penuh dgn bangunan2 di kiri kanan jalan.
Hotel dan condo pula semakin bertambah,pendek kata memang banyak berubah.
Kak cuma singgah makan dan beli sayur2 dan sedikit buah strawberi n beberapa botol madu tualang.
Memang seronok dapat meluangkan masa di sana.
Waalaikumussalam Kak Werdah.
BalasPadamItulah satu tempat yang penuh privacy,tapi semakin menurun prestasinya. Pihak yang bertanggungjawab kena buat sesuatu untk mengekalkannya.