DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 27 Mac 2013

PERHITUNGAN

Sebanarnya saya telah lama membuat entry ini tapi menyimpannya sebagai draf sahaja,hanya malam ini baru saya publish,rupa-rupanya adik saya telah menerbitkan ceritanya terlebih dahulu di sini. tidak mengapalah saya teruskan juga,dan ceritanya sememangnya sama dan saya lengkapkan lagi. Arwah Sufi Solehah ialah anak kepada kakak sepupu saya Kak Ani(kakitangan felda Pasak),anak kepada Pak Long kami. Kakak kepada Dr Zainur Rahid Zainuddin. Beliau mula dapat dikesan mengidap penyakit ini pada bulan November yang lalu. Sebelum ini simptom-simptom yang kelihatan ialah selalu lelah,mata agak kekuningan,apabila dibawa ke kelinik atau hospital hanya diberitahu beliau kurang darah,sehinggalah kakak iparnya juga seorang doktor juga Pak Ciknya bertindak untuk merujuk ke peringkat kepakaran,barulah diketahui penyakit sebenarnya.Mengikut jadual rawatan satu pemindahan sum-sum tulang salah seorang abangnya akan dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada bulan April .Namun rancangan Allah melebihi rancangan makluknya

Dibawah adala apa yang dituliskan oleh    Dr Zainur Rashid Zainuddin  dalam facebook group KELUARGA HJ BAWOK DAN HJH HINDUN untuk memberikan makluman ke seluruh keluarga pada 26 November 2012
 
Assalamu'alaikum,

Ingin kongsikan satu berita buat saudara mara yang jauh.

Anakanda Sufi Soleha Supian, 21 tahun kini berada di Hospital Sultanah Aminah, JB.

Soleha yang penyayang ini diuji dengan penyakit "Acute Lymphoblastic Leukaemia".

ALL adalah sejenis kanser sel darah putih (lymphoblast = sel putih yang belum matang) yang dihasilkan dengan banyak oleh sum-sum tulang (bone marrow). Akibatnya akan menyebabkan berkurangannya sel darah merah, sel darah putih (yang matang) dan sel pembeku darah (platelet)

Ini mengakibatkan Soleha menghadapi beberapa permasalahan seperti :

1-Kurang darah merah (Anaemia) - cepat letih, pitam, pucat dan sebagainya
2-Kurang darah putih - mudah dijangkiti penyakit
3-Kurang sel pembeku darah - mudah berdarah
4-Sakit-sakit sendi, tulang dsb.

Rawatan yang perlu dijalaninya adalah kemoterapi selama beberapa bulan selain daripada pemindahan sum-sum tulang (Bone-Marrow Transplant, BMT).

BMT akan dibuat setelah menemui penderma yang paling sesuai di kalangan adik beradik pada satu ketika nanti.

Alhamdulillah, walau pun kemoterapi bukanlah rawatan yang mudah namun Soleha kelihatan bersemangat dan optimis untuk melalui ujian Allah ini.

Mohon doa daripada semua ahli keluarga agar Soleha berjaya menjalani ujian ini dengan tabah dan pulih seperti sedia kala nanti.

Salam sayang dan persaudaraan.....
 
 
 
Arwah diapit oleh Pakciknya suami isteri juga kedua-duanya seorang doktor
 
 
Gambar ini saya ambil selepas saya melawatnya di Hospital Tun Aminah,beliau sendiri mahu menghantar kami hingga ke pintu hspital,ini membuktikan bahawa awah adalah seorang yang tinggi semangatnya.
Kami tidak sempat melihat jenazahnya,beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada lebih kurang jam 12 tengahari dan terus dikebumikan pada jam 6 petang. Hari itu Sabtu,kami ada program disekolah,suami saya pula ada mesyurat sebelah petang,jadi selepas Asar baru kaim bertolak. Apa yang saya ucapkan pada kakak sepupu saya ialah 
 
"Kak harap kakak redho ye,pemergian arwah,tamat penderitaannya,Allah pinjamkan dia kat kakak,kakak dah jalankan aman.Semoga dia bahagia di sana. Insyaallah nanti akan tiba giliran kita"
 
Apa yang saya lihat ialah semua keluarga nya begitu pandai bercakap tentang penyakit ini. Saya berbisik pada adik saya,
 
 "Inilah hikmahnya, Bila Allah tarik baik apa yang diberikan,akan diganti dengan kebaikan lain yang kadang-kadang kita tidak sedari.Tengoklah semua orang pandai bercakap tentang penyakitnya berbanding sebelum ni.
 
Lalu adik saya menjawab "Macam sayalah dulu tak peduli sihir-sihir ni,bila dah terkena barulah mencari maklumat."  
 
Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.Sajdah [9]
 

إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْفَاتِحَةْ

 

4 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga Allah menempatkan arwah anakanda Sufi Soleha Supian di kalangan orang-orang yang diredhaiNya.Aamiin

    Untuk makluman Hasimah, dua orang sepupu kak, seorang lelaki dan seorang perempuan telah kembali ke rahmatuLlah dengan penyakit yang sama, cuma bezanya umur mereka masing-masing telah melangkaui 60-an. Allah Maha Bijaksana mengatur segala-galanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Kak Werdah.

      Ameen Ya Allah.

      Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bila kita melihat mangsa penyakit tersebut,apa lagi semasa kesakitan yang datang tiba-tiba tanpa isyarat. Kita mahu menolong tetapi bagaimana,kalaulah ada satu-astu petua yang mengurangkan kesakitanya alangkah baiknya,hanya doa dan perangsang yang kita dapat sumbangkan.Sebab itu Allah beri mereka hadiah untuk melepasi siksa qubur.

      Padam
  2. Salam kasih makbonda,

    Takziah atas pemergian saudara. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Moga rohnya dicucuri rahmat.

    Itulah, Allah nak jemput kita tak kira masa, muda ataupun tua. Kita takut hendak mati, tetapi masanya tetap akan tiba. (ingatan utk diri ini).
    Hanya Allah yg tahu...
    Moga ibubapa dan orang yg mengasihi dirinya bersabar atas ujian Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah,

      Ameen. Sesungguhnya,hidup di dunia ini hanya pinjaman,semuanya akan ke alam sana nanti. Memang sedih bagi yang ditinggalkan, tapi kalau diletak Allah diatas segalanya...semua akan jadi penawar.

      Padam

Catatan Popular