Sumber goggle |
Murid lain:Cikgu Lan mengangis!
Cikgu:Mengapa Lan menagis?
Lan: Adi buat(dengan suara yang tersekat-sekat)
Cikgu: (Menyoal Adi)Adi buat apa kat Lan?”
Adi: Kita pukul sikit je,dia kata kita pencuri.
Lan: Bila kita kata
Adi: Eleh tadi Ijul cakap,engko kata aku pencuri
Lan: Kita bukan kata engko pencuri,Kita cakap pensel kita
hilang,entah-entah angko yang ambik,aku agak je.
Lan,Ijul dan Adi. Watak kanak-kanak. Konflik yang biasa
berlaku. Lan disakiti kerana,membuat sangkaan yang tidak baik pada Adi.Adi
tidak akan tahu tanpa mulut Ijul. Lan sudahlah kehilangan pensel,disakiti pula.
Adi,entah betul entah tidak dia yang mencuri,namun sikapnya yang dengan mudah
membuat pembalasan menyakiti Lan adalah tidak kena. Jika bukan dia yang mencuri
tidak perlulah sehingga menyakiti Lan.Memadai sekadar berterus terang kepada Lan
bahawa bukan dia yang mencuri. Kalau pun betul dia mengambil pensel
tersebut,pulangkan sahaja,kalau pensel tersebut sudah tidak ada,hilang atau
ghaib,boleh lah meminta maaf. Kalaupun semua tidak mampu insaf sahaja jangan
buat lagi.
Lan pula,sepatutnya tidak perlulah membuat
tuduhan-tudahan,Berapa sangatlah nila pensel sehingga menyakiti hati orang
lain. Paling baik bersabarlah,mudah-mudahan dapat ganti yaglebih baik.
Bagaimana dengan Ijul.Seperti Ijullah punca konflik berlaku.
Mungkin Ijul ini baik dengan Lan atau dengan Adi. Kalau dia baik dengan Lan dan
mahu membela Lan dan meminta Adi memulangkan pensel tersebut. Sebaliknya kalau
dia baik dengan Adi pula tentu dia akan mensahihati Adi supaya jangan mengambil
hak orang lain. Lain lah kalau sememangnya niat Ijul untuk menjebakkan mereka
dalam persengketaan. Dia boleh mengubah fakta. Lan Cuma berkata
entah-entah,tapi ditukar kepada pencuri sebenar. Mungkin Ijul ada agenda lain pada Lan,lalu diwakilkan Adi untuk melepaskan hati yang berbuku. Juga mungkin
juga pada Adi,dan dia mewakilkan mulut Lan untuk menyampaikan hajatnya.Tidak
menyangka pula Adi sampai bertindak menyakiti Lan.
Bila kita megalami situasi seperti Adi,ada baiknya kita
berdiam diri sahaja,pasrah pada Allah,boleh juga berdoa agar suatu ketika nanti
kebenaran akan terserlah.Namun jika situasi semakin parah Lan
menghebah-hebahkan cerita menyebabkan nama Adi jatuh , bolehlah Adi membela
diri samaada bertemu Lan secara baik dan meminta dia menghentikan perbuatannya.
Pembalasan itu kerja Allah,bukan kerja makhluk. Adi juga jangan terlalu mudah
menelan berita,pastikan siapakah yang membawa berita itu,jenis orang yang
bagaimana. Jika orang itu jelas fasiknya
sudah tentu berita yang dibawanya itu tidak boleh diterima.Nyatalah ianya
bertujuan untuk memecahbelahkan sahaja. Waspadalah.....
Kisah kanak-kanak....yang biasa juga terjadi juga dikalangan orang dewasa.
Kisah kanak-kanak....yang biasa juga terjadi juga dikalangan orang dewasa.
Assalamu'alaikum Hasimah
BalasPadamBoleh jadi bila berlaku konflik di kalangan anak-anak; kita boleh menganggap meraka masih belum matang cara berfikir. Bila berlaku di kalangan orang-orang dewasa terasa pula bahawa mereka kurang memanfaatkan apa yang sepatutnya dilakukan. Allahu a'lam
Waalaikumussalam Kak Werdah,
PadamBetul Kak. Sebab tu bila saya menyaksi.kan konflik orang dewasa saya tergambar konflik antara kanak-kanak,temanya sama cuma watak-watak berbeza. Sepatutnya penyelesaiannya juga sama tapi selalu berbeza.
Senyum