DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 19 April 2013

Iklim

Subhanallah......situasi iklim mutakhir ini,memang panas.Hujan lebat,bila hujan berhenti panas lagi.Masuk dalam kereta berpenghawa dingin,keluar panas lagi....perubahan yang mendadak kesannya tubuh rasa seram sejuk. Lepas minum peluh berjurai-jurai keluar,tapi tidak mengapa ketika itulah perkumuhan berlaku, penyingkiran toksid-toksid. Saya senag keadaan begini,walau pun kadangkala rimas juga dengan bau peluh. Telekung pun kerap bertukar sebab perkara yang sama. dirumah dan di tempat kerja saya tidak ada penghawa dingin. Disekolah saya lebih banyak masa di Pusat sumber yang tidak berhawa dingin. Berbeza dengan di bilik guru dan Makmal Komputer,namun tidak mengapa saya tidak cemburupun,sebab saya raza lebih sihat dari mereka.

Sejak akhir-akhir ini juga,anak-anak buah yang saya bawa ke sekolah setiap hari,sering berkelahi,ada-ada sahaja puncanya. Kadang kala dengan hanya berebut bilik mandi,siapa yang mahu mandi dahulu,padahal ada beberapa bilik mandi,oleh kerana naluri mahu bergaduh bilik mandi yang satu itu jugalah yang mahu direbutnya.Bergaduh sehingga peringkat menyakiti tubuh badan.Dulu masa kecil bila bergaduh semuanya Mak belasah,anak-anak sekarang tidak boleh diperlakukan begitu.Hari ini semasa menaiki kereta hendak pulang dari sekolah,terjadi lagi,masing-masing menagis. Adik tuduh kakak buat,kakak pun tuduh adik buat.Saya beri amaran,selagi tidak berhenti menagis saya tidak akan menggerakan kereta. Akhirnya mereka memaksa dirinya untuk diam. Kalau dahulu untuk meleraikan sesautu perkelahian saya akan cari punca pergaduhan,dan minta siapa yang memulakan  membuat penyelesaian, tetapi sejak mengikuti Pengajaran Teknik Nabi di http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/ saya telah mengubah pradigma saya.

Saya tanya,
"Ijah sayang adik tak?" Dia menggelang kepala
"Mumtaz sayang kakak tak?" juga menggelang kepala.
"OK kalau dua dua tak sayang,Mama nak bagi tahu Emak,salah seorang hantar ke rumah anak yatim,atau dua dua sekali tapi rumah anak yatim lain. Boleh?"Diam.
Tiba tiba mereka meraung "Tak boleh "
"Kalau tak boleh tak perlulah gaduh-gaduh,kena sabar,sapa sabar nanti Allah tolong,jangan asyik sapa buat dulu"

Sampai rumah,jadi lagi.....Saya sambung lagi dalam perjalanan ke sekolah Agama.
Saya tidaklah menyalahkan mereka,mungkin pengaruh iklim sekeliling menjadikan begitu mudahnya api amarahnya menyala.

Bila mengikuti perkembangan negara semasa pula,saya sering terfikir,apalah yang akan Allah turunkan kepada kita nanti. Bimbangnya saya,semakin dekat dengan PRU semakin berleluasanya fitnah. Dari berbagai media.  Manusia  seperti  tidak takut Allah. Penyebaran fitnah bagai air mengalir,dengan mudah dishare dan diterima tanpa melihat dan menyelidiki siapakan yang menyebarkannya,diterima sebulat suara sehingga ke arus perdana. Kebimbangan saya itu saya fikir hanya saya menaggung seorang diri,bila saya dapat tahu ada sekumpulan NGO wanita yang cakna pada perkara ini dan membuat satu bantahan,saya rasa amat teroja.Seusungguhnya tentu sekali Allahlah yang memberi kekuatan kepada mereka sehingga mereka berjaya membuat bantahan seperti ini.





Mereka bukan wanita-wanita biasa,muslimah yang hebat-hebat,berilmu dan kuat perjuangannya,diterima ramai,dan tidak nampak kecacatannya.Juga bukannya terlibat dalam politik. Kalau kita yang kerdil serba-serba ini tidak bersama mereka,kemana lagilah arah kita.

Saya kesal juga bila membaca pengomen di bawah video tersebut. Semoga mereka itu bukan terdiri dari anak-anak dan saudara mara saya. Sesungguhnya hati mereka tertutup pada perkara-perkara kebaikan.

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang menzahirkan kebenaran,tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut."(H.R.Muslim)

"Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi tidak bingkas menolongnya,padahal dia berkeupayaan membelanya,nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak."(H.R.Ahmad)


4 ulasan:

  1. Salam kasih makbonda,
    Teringat.... satu bonda omputih,
    http://50shousewife.blogspot.com/2010/09/talking-to-teenagers.html.
    Saya baca masa cari2 resipi western haritu. Banyak juga tips kekeluargaan, macam post makbonda ini. Moga post makbonda jd tauladan saya menangani anak2 nanti.:)
    Politik? harapnya... segalanya dipermudahkan Allah. Saya pun nak balik kmpg, besut... 'panas' jg suasana politik kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali indah,

      Saya dah cari link yang indah bagi,Isya Allah akan kungsi munafaatnya. Cuba indah cadangkan resepi yang sesuai untuk iklim seperti sekarang? Agar siapa juga yang menikmatinya akan sejuk fizikal dan mental, :)

      Sebenarnya semakin dewasa kita akan lebih berteng menghadapi kerenah anak-anak,berbanding diusia muda yang lebih kepada emosi.

      Berhati-hati dalam perjalanan ya! Selamat mengundi.

      Padam
  2. Assalamu'alaikum Hasimah

    Memang agak panas cuaca sekarang ni namun ada ketikanya hujan di waktu petang. Kak werdahpun seperti hasimah suka bila dapat mengeluarkan peluh maklumlah dalam keadaan begini. Bicara tentang iklim politik pula; sekarang memang panas dan agak meriah jika dibandingkan dengan masa-masa dahulu. Mudah-mudahan berakhir dengan sesuatu yang diredhai Allah SWT. Tip-tip yang dikemukakan ini harus diteladani dalam mendidik anak-anak dan generasi kita. Terima kasih kerana berkongsi blog ustazah tu..insyaAllah bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam warohmatullah Kak Werdah.

      Antara yang saya gembira bila hujan ialah kuranglah tenaga saya untuk mengairi tanaman,he he he.

      Saya teringin sekali ak melawat akak,semoga suatu masa nanti Allah iizinkan.

      Betul,panas dan meriah tapi yang saya bimbangkan ialah bila tanpa sedar kita tergolong dalam kemurkaan Allah. Nauzbillah.

      Ustazah ni muda lagi Kak Werdah,tapi saya banyak belajar darinya,kemunculannya agak terlambat setelah anak-anak saya telah besar,walaubagaimanapun dapat saya adaptasikan pada anak murid disekolah.

      Padam

Catatan Popular