DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 13 April 2013

DIARI SEORANG DIPLOMAT(review buku)




Segalanya bermula bila saya membaca majalah Anis bil 187 dalam ruangan ulasan buku. Dairi seorang Diplomat:Hikmah yang tersirat. Dipaparkan juga testimoni pembacaan buku tersebut. Umpan sudah mengena,saya terpancing lalu membookmarknya.



Sehinggalah bila Puteri sulung saya pulang semasa cuti sekolah awal semester tempoh hari.Malam itu dia mahu beli buku on line maka saya mengambil kesempatan untuk menumpang sama....lebih seminggu selepas itu barulah buku itu sampai.......saya tidak berkesempatan menghadapnya terlalu banyak komitmen yang perlu di dahulukan.....hinggalah hari ini,Sabtu bila suami saya mengajak ke Bangi untk menjejak adiknya yang telah beberapa lama tidak pulang kekampung. Sebagai saudara tua beliu berasa tanggung jawab. Itu lah kesempatannya untuk saya menghadam buku ini.


Biasanya bila membaca buku seperti itu saya akan mengintai-intai endingnya tapi kali ini tidak. Dari Sabak Bernam saya mula membaca,bukan berterusan,tetapi entah beberapa kali terganggu,melayan pemandu,yang seperti merajuk sahaja bila saya ghalit membaca,sejak berusia senja ini,saya perasan beliau memerlukan lebih perhatian.Bermaca-macam helah untuk saya memberi tumpuan kepadanya.Namun saya berusaha juga untuk menghadam.Sambil-sambil itu saya kongsikan juga apa yang menarik padanya agar beliau tidak rasa terabai.Sampai tol keluar Bukit Mahkota saya telah tiba ke bab akhir. Catatan Mawar,saya tidak menjangka sama sekali yang kematian penulisnya adalah berpunca dari kemalangan....kalbu saya kebanjiran dikala itu.......sangat menyentuh.

Semasa di rumah yang kami kunjungi sebenarnya saya tidak berapa dapat fokus pada situasi,sehinggalah saya meninggalkan rumah tersebut dan meneruskan tugas sebagai ko pilot pada suami untuk menuju Petaling Jaya mencari anak bujang di kampung biduri namanya.(Dia bekerja sementara disitu sebelum mendapat panggilan naik kapal setelah tamat pengajian di ALAM)
Hujung Asar baru saya tiba dirumah,sebenarnya saya tidak sabar untuk mencari Blog penulis buku itu,namun saya masih mampu bersabar,tiba dirumah terus menyiram pokok-pokok bunga,melayan anak-anak ayam yang baru 2 minggu usianya,menukar alas kertas,menukar air dan topup makanannya. Niat dihati akan online selepas solat magrib,namun tak kesempaian juga beberapa anak-anak mengaji datang juga walaupun telah diberitahu malam cuti tidak payahlah datang,cikgu mahu rehat.Saya tidak mahu menghampakan mereka,anak sedang bersemangat dengan ilmu,rasa bersalah pula bila saya menolak.

Sekarang jam 10.malam,suami saya pun telah keluar ke bilik gerakannya.Saya menggunakan khidmat En Google untuk menjejak penulisnya,Alhamdulillah...terojanya saya.Dari satu blog kesatu blog saya layari,berdasarkan link yang disertakan. Saya tidak dapat mebongkar semuanya,saya tangguhkan dahulu pada ketika yang lain.
Maka saya memulakan mengetuk keyboard sesuka hatinya.


Berbalik kepada buku yang dimaksudkan. Penerbitan buku ini adalah usaha seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak Puan Mawar Nafastari. Beliau  mengetengahkan catatan di blog arwah suaminyaWan Ahmad Fadzil Wan Mohd.


Mereka adalah pasangan muda. Sebaik mereka mempunyai seorang anak suaminya telah dihantar berkhidmat sebagai pagawai diplomat di Pakistan. Segala peristiwa yang dialaminya dikongsikan di blognya.Saya sangat yakin,sesiapa juga akan merasakan nikmat munafaat dari perkongsiannya. Semoga sesiapa juga yang membacanya akan mendapat tampias dan mendoakannya semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh,beriman dan dirahmati Allah.. Semasa membacanya saya serasa dibawa bersama ke dalam dunianya.Ulasan-ulasan mengenai situasi kehidupan  penduduk pakistan sangat-sangat memberi pengalaman baru kepada saya. Satu demi satu adat,budaya,pemikiran dan amalan beragama orang  Pakistan di kongsikannya.Ditambah pula bila mengikuti blognya,terdapat beberapa catatan yang tidak ditulis didalam buku ini.Menempuhi kehidupan berkeluarga dengan bayi yang masih kecil sehingga lahir anak kedua didalam negara yang sedang bergolak dan seolah-olah sentiasa bersedia menghadapi kematian dari bom-bom individu berani mati yang meletop disana-sini. Namun janji Allah adalah benar,Ajal Maut di tanganNYA.Beliau menghadapi kematian di tanah kelahirannya.

Gambar-gambar yang disertakan juga sangat emnarik dan begitu membantu penceritaan.Ada juga gambar-gambar dari blg yang tidak diterbitkan di dalam buku tersebut.

Semoga Puan Mawar dapat menempuhi liku-liku kehidupan seterusnya dengan membesarkan Embun dan Kekwa dengan kkekuatan yang berganda,menjadikan mereka manusia yang bermunafaat kepada makluk yang lain demi penghambaan pada Khaliknya.

Blog Arwah suaminya http://nafastari.blogspot.com/


"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas doa anda kepada kami sekeluarga... semoga bonda juga sntiasa dlm rahmah Allah... amin

    BalasPadam

Catatan Popular