Tiada kena mengena dengan artikal,ini adalah suami saya dengan cucunya Mus'ab,entah apa yang disampaikan oleh Embah Lanangnya singga begitu fokus kelihatan air mukanya |
Si Pekan dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup ialah
seorang adik kecil yang belum matang. Apabila telur temakul bahagiannya habis dia meronta ronta meminta
lagi. Kakak Melur walaupun gadis yang masih kecil sanggup memberikan
bahagiannya atas rasa kasih sayang pada adiknya. Malangnya sikap ketidakpuasan
Pekan yang masih belum tamat lagi sehinggakelembutan hati Melur terdorong untuk
mengambil bahagian Ibunya pula. sehingga rajuk hati ibunya membawa diri ke batu
belah batu bertangkup.
Tidak mengapalah Pekan masih kecil,namun begitu harus diingat
dalam proses pembesarannya perlu selalu dibimbing untuk tidak terbawa-bawa
sikap itu sehingga dewasa. Bila sikap tamak dan tidak peduli hak orang lain itu
dibawanya sehingga dewasa maka wujudlah pula penyalahgunaan harta pusaka.
Sentaiasa mencari jalan bagaimana mahu harta pusaka lebih dari waris yang lain.
Sentiasa mempersoalkan hak waris lain pada hal hak sendiri sepatutnya sudah
lebih dari cukup. Penyakit begini kadangkala bukan hidapi oleh orang yang jahil
sahaja malah orang yang berilmu dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat pun
tidak terkecuali,semakin berilmu semakin pandai memberi hujah sehingga hak
waris lain jatuh ketangannya.
Asalnya seperti tidak percaya dengan mata kepala saya
melihat situasi ini. Dia adalah generasi ketiga,tidak mengenalipun arwah
generasi pertama sebab beliau lahir setelah mereka meninggal dunia.Bila
generasi pertama telah menurunkan harta pusaka pada jenerasi kedua semuanya
telah akur. Semasa hidup generasi pertama telah menghibahkan harta pada anak
lelaki tetapi belum sempat menghibahkan pada anak perempuan beliau telah meninggal dunia. Walaupun tidak
mengikut faraid saudara-mara lelaki dalam jenerasi kedua telah sepakat untuk
menyerahkan baki yang tinggal sedikit itu kepada semua waris perempuan.
Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah salah seorang jenerasi ketiga dewasa,berkelulusan
bagus dalam ilmu agama dari bumi Anbia’ telah menyedari bahawa pembahagian
hartapusaka bapanya tidak mengikut faraid yang sebenar.Walaupun telah memegang
jawatan tinggi dalam majlis agama masih tergamak untuk membuat tuntutan kepada
ibu-ibu saudaranya yang telah meningkat tua. Ibu ibu saudara nya yang melihat
pembesaran anak ini,sedari kecil sudah punya sikap menghakmilik kepunyaan orang
lain,tingkahlakunya sentiasa dibela oleh orang tuanya,sering dimenangkan dalam
pergaulan dengan saudara mara sepermainan,tidak menyangka sikapnya itu membawa
ke usia dewasa. Dengan tidak segan silu dia membuat tuntutan demi tuntutan.
Jadi dalam mendidik anak anak,sejak kecil lagi orang dewasa
kena menpositifkan sikap dan naluri semula jadi kanak kanak. Sikap tamak dan
gemar menghakmilik kepunyaan orang lain boleh menjadikan mereka berjaya bila
dewasa dalm perniagaan, tetapi dengan penekanan ada dosa dan pahala dalam setiap
perbuatan dan tindakan. Menyukarkan kehidupan orang lain ialah satu dosa,dan
dosa itu pengakhirannya neraka. Meyakinkan setiap berlaku adalah kehendak
Allah,Allah yang menggerakkan hati semua makhluknya,jadi kenalah akur dengan
apa yang telah berlaku. Rezeki itu telah Allah tetapkan ,berpadalah dengan apa
yang ada tanpa mempertikai hak orang lain. Hormati saudara yang lebih tua,mereka
yang mengalami apa yang berlaku dahulu. Jika mereasa hak kita telah dimiliki
orang lain biarlah itu antara dia dan Allah, kita hidup dengan apa yang kita
miliki atas usaha kita,biarlah waris kita meneruskan kehidupan atas hakmilik
sendiri. Kasihanilah roh ibubapa yang telah bersemadi jasad mereka di dalam
liang lahad. Jadikanlah kita anak yang soleh yang dapat menyelamatkan mereka..
Saya pernah membuat persoalan begini pada arwah bapak
dahulu. Mengapa ada orang-orang yang berilmu dalam agama tetapi masih terjerat
kepada penyelewangan harta pusaka. Masih tewas dengan bisikan iblis untuk
bersikap tamak dan haloba,sehingga menjejaskan keharmonian silaturrahim.
Antara puncanya ialah mungkin cara mendapatkan salah satu
harta pesakanya telah menganiaya orang lain,walaupun rasa menang mendapatkan
harta tersebut rupa-rupanya sebelah pihak tidak berpuas hati,dan terasa
teraniyaya,lalu berdoa meyerahkan pada Allah untuk mengadili.Kifarahnya terjadi
setelah jatuh ke warisnya,anak cucu berselisih faham, diketika datok dan nenek
telah bersemadi di alam perkuburan,roh mereka meyaksikan perbalahan anak cucu
disebabkan kesilapan masa lalunya. Nasihat Arwah Bapak “Elakan dari terjerat
dengan perebutan harta pesaka,kalau terasa berlaku dikalangan kita cuba jauhkan
diri jangan libatkan.Keadilan itu kerja Allah,biarlah apa yang ada pada kita
itu atas usaha kita sendiri,harta ibu bapa kita adalah rezeki mereka,seandainya
kita dapat terima sahaja,jika ada penyelewengan, itu antara pelaku dengan
Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan