DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 9 Oktober 2017

Laban (susu) #SatuHariSatuPerkataanArab

Susu – Milk.
Perkataan arab ke#35 : “labn” (لَبَنٌ) yang bererti susu. "Halib" (حَلِيْبٌ) juga maknanya susu, tetapi ada perbezaannya! (sila lihat perenggan di bawah).
Disebut tentang ‘labn’ dalam surah An-Nahl ayat 66 :
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) ‘labn’ yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.”
Dan di dalam surah Muhammad ayat 15 :
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari 'laban' yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?
‘Labn’ adalah minuman sunnah :
“Bahawa pada malam Rasulullah SAW diisra`kan iaitu ketika sampai di Iliya` (Baitulmuqaddis), dihidangkan kepada beliau dua gelas yang berisikan ‘labn’ dan berisikan arak, lalu aku melihat keduanya dan mengambil gelas yang berisi ‘labn’, maka Jibril berkata; 'Segala puji bagi Allah yang telah memberimu petunjuk kepada fitrah, seandainya engkau memilih arak maka umatmu akan tersesat.” (Sahih Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda: "Ketika tidur, aku bermimpi meminum (segelas) ‘labn’ hingga aku dapat melihat aliran air dari kukuku atau kuku-kukuku, kemudian aku berikan (sisanya kepada) 'Umar". Orang-orang bertanya; "Apa maknanya (susu tersebut)?. Beliau menjawab: "Ilmu". (Sahih Bukhari)
Pada zaman moden ini di kebanyakan negara arab, susu segar dipanggil "halib" (حَلِيْبٌ). "Laban" telah bertukar maknanya kepada sejenis minuman daripada susu yang masam rasanya, lebihkurang rasanya macam 'buttermilk' atau seakan-akan 'yogurt'.
Awas! Jika anda ke negara Arab (eg. Saudi Arabia), jika anda nak beli susu segar, jangan cari pek yang ditulis 'laban' tetapi carilah pek yang ditulis 'halib'. Nanti anda ingat anda terbeli susu yang dah expired!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular