5.1 Apakah suatu keunikan yang ada pada bahasa-bahasa Semitic (seperti Bahasa Arab, Bahasa Yahudi/Hebrew...) berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain?
Kata Akar.
Boleh dikatakan 99% perkataan-perkataan Bahasa Arab dibentuk daripada Kata Akar (atau kata dasar) yang berasal daripada 3 huruf. Huruf-huruf lain ditambah pada huruf asal, atau huruf-huruf itu diubah barisnya untuk menghasilkan perkataan-perkataan lain yang berbeza makna tetapi berkaitan dengan Kata Akar asalnya.
Fi'il Madhi yang terbentuk daripada Kata Akar 3 huruf dipanggil "Fi'il Tsulasi Mujarrad" (الْفِعْلُ الثُّلَاثِيُّ الْمُجَرَّدُ)
5.2 Fi'il Madhi yang dibentuk daripada 3 huruf tanpa menambahkan sebarang huruf lain padanya adalah untuk Gantinama Diri yang mana?
Untuk Gantinama Diri Ketiga, Tunggal, Lelaki (yakni "Dia seorang lelaki")
Contoh :
Ka-ta-ba (كَـتَبَ) = "Dia seorang lelaki telah menulis"
A-ka-la (أَكَلَ) = "Dia seoramg lelaki telah makan"
5.3 Adakah Katanama (Isim) juga dibentuk daripada Kata Akar 3 Huruf?
Ya. Isim juga dibentuk dengan cara menukar harakat 3 huruf ini, atau ditambah juga huruf lain padanya. (Huruf tambahan Alif-lah yang paling kerap digunakan untuk membentuk Isim.
Contoh-contoh Katakerja (Fi'il) dan Katanama (Isim) yang dibentuk daripada Kata Akar yang sama :
1) Fi'il : أَكَلَ = "Dia seorang lelaki telah makan"
--> Isim : أُكْلٌ = "Makanan"
2) Fi'il : قَتَلَ = "Dia seorang lelaki telah membunuh"
--> Isim : قِتَالٌ = "Peperangan" atau "Pertempuran"
3) Fi'il : كَتَبَ = "Dia seorang lelaki telah menulis"
--> Isim : كِتَابٌ = "Sebuah buku"
--> Isim : كَاتِبٌ = "Seorang penulis"
Perhatikan semua contoh-contoh Isim di sini, hujungnya adalah berharakat "Dhammah Tanwin" (atau juga disebut "Dhommatān").
5.4 Apakah itu "Tanwin"?
Tanwin adalah tanda harakat yang berbaris dua.
Dhammah Tanwin (Dhommatān - ضَمَّتان) bermakna "Baris Dua di Hadapan".
Fathah Tanwin (Fathatān - فَتْحَتان) bermakna "Baris Dua di Atas".
Kasrah Tanwin (Kasratān - كَسْرَتان) bermakna "Baris Dua di Bawah".
Dalam contoh-contoh di atas semua Isim berharakat "Dhammah Tanwin" di hujungnya.
Tanwin hanya terdapat pada Isim. Tanwin tidak boleh berada pada Fi'il.
Apabila sesuatu Isim itu berharakat dhommah dihujungnya maka ia berkeadaan sebagai "subjek". Isim begini dipanggil Isim MARFU' (المرفوع) - Jangan risau, kita akan belajar berkenaan ini di dalam bab-bab akan datang. InsyaAllah.
5.5 Beri satu contoh lain, Fi'il Madhi yang mengandungi huruf 'Alif berhamzah' ( أ ).
Qa-Ra-Aa ( قَرَأَ ) = "Dia seorang lelaki telah membaca"
5.6 Ulang-ulang Tulis, Baca dan Fahamkan setiap yang berikut :
قَرَأَ قَرَأَتْ قَرَأْتَ قَرَأْتِ قَرَأْتُ
Latihan :
5.0(a) Baca dengan kuat yang berikut kemudian terjemahkan :
أَقَرَأْتِ أَكَلْتُ أُكْلٌ أَمَا قَتَلَتْ أَقَتَلْتُ قِتَالٌ كِتَابٌ قَرَأَتْ
5.0(b) Terjemahkan berikut ke Bahasa Arab :
(1) Adalah Kamu (1P) telah membaca?
(2) Saya telah makan.
(3) Makanan.
(4) Adakah dia (1L) telah tidak membunuh?
(5) Adakah saya telah membunuh?
(6) Peperangan.
(7) Sebuah Buku.
(8) Dia (1P) telah membaca.
(9) Saya telah membaca.
(10) Adakah kamu (1L) telah menulis?
Sekian... (bersambung)
#NotaBahasaArab
5.0(b) Terjemahkan semua yang berikut ke Bahasa Arab :
(1) Adalah Kamu (1P) telah membaca?
(2) Saya telah makan.
(3) Makanan.
(4) Adakah dia (1L) telah tidak membunuh?
(5) Adakah saya telah membunuh?
(6) Peperangan.
(7) Sebuah Buku.
(8) Dia (1P) telah membaca.
(9) Saya telah membaca.
(10) Adakah kamu (1L) telah menulis?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan