DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 17 Oktober 2017

PELAJARAN 4.0 Katasoal dll. (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb ustaz Halim Bede

4.1 Apakah huruf pertama di dalam Abjad Arab?
Alif ( ا ). (Secara umum buat masa ini kita terima alif sebagai alif, yakni huruf pertama)
Alif adalah salah satu dari 3 'huruf vokal'. Atau dinamakan juga 'huruf mad' kerana fungsinya memanjangkan sebutan harakat fathah pada huruf sebelumnya.
4.2 Apakah fungsi istimewa huruf alif?
Dengan hamzah dan fathah di atasnya ( أَ ), ia menjadi salah satu dari Katasoal yang utama di dalam Bahasa Arab. Tempatnya ialah di permulaan ayat. Maknanya ialah "Adakah".
Contoh : ضَرَبَ = "Dia (seorang lelaki) telah memukul".
Maka : أَضَرَبَ = "Adakah dia (seorang lelaki) telah memukul?"
4.3 Bagaimanakah caranya jika kita mahu menegatifkan "Fi'il Madhi" (Katakerja Masa Lampau)?
Dengan meletakkan 'huruf nafi' Ma ( مَا )sebelumnya.
Contoh : كَـتَـبـَـتْ = "Dia (seorang perempuan) telah menulis".
Maka :  مَا  كَـتَـبَـتْ = "Dia (seorang perempuan) telah tidak menulis".
4.4 Katasoal ( أَ ) boleh diletakkan di hadapan ayat positif dan juga ayat negatif untuk menukarkannya menjadi soalan. Kaji contoh-contoh berikut :
i) مَا كَتَبْتُ 
"Saya telah tidak menulis"
ii) أَمَا كَتَبْتُ
"Adakah saya telah tidak menulis?"
iii) أَمَا رَكِبْتُ
"Adakah saya telah tidak menunggang?"
4.5
Apakah makna ( أَكَلَ )?
"Dia (seorang lelaki) telah makan". Atau "He ate".
4.6 Apakah makna ( لَا )?
"Tidak"
Ia digunakan untuk menjawab pertanyaan أَ (bagi jawapan yang negatif).
( لا juga adalah huruf untuk menegatifkan Fi'il Mudhorik*, manakala ما adalah untuk menegatifkan Fi'il Madhi)
Latihan :
4.0(a) Baca dengan kuat yang berikut kemudian terjemahkan. Sila semak dengan (b) di bawah :
أَأَكَلَ   أَمَا أَكَلَتْ   أَأَكَلْتَ   أَمَا أَكَلْتِ
أَمَا رَكِبْتِ   مَا رَكِبْتُ   أَضَرَبَتْ   مَا ضَرَبْتَ
أَمَا كَتَبَتْ   لَا مَا كَتَبَتْ   أَمَا أَكَلْتِ   لَا مَا أَكَلْتُ
4.0(b) Terjemahkan semua yang berikut ke Bahasa Arab. Sila semak dengan (a) di atas :
(1) Adakah dia (1L) telah makan?
(2) Adakah dia (1P) telah tidak makan?
(3) Adakah kamu (1L) telah makan?
(4) Adakah kamu (1P) telah tidak makan?
(5) Adakah kamu (1P) telah tidak menunggang?
(6) Saya telah tidak menunggang.
(7) Adakah dia (1P) telah memukul?
(8) Dia (1L) telah tidak memukul.
(9) Adakah dia (1P) telah menulis?
(10) Tidak, dia (1P) telah tidak menulis.
(11) Adakah kamu(1P) telah tidak makan?
(12) Tidak, saya telah tidak makan.
***
Senangkan pelajaran kita kali ini? InsyaAllah tidak susah pun. Sekiranya anda telah berlatih dan menguasi dengan fasih semua contoh-contoh yang diberi di dalam bab-bab terdahulu, pastinya pelajaran kali ini adalah sangat mudah dikuasai.
Teruskan kuasai semua pelajaran yang ada sebelum kita beralih ke bab seterusnya.
Sekian... (bersambung)
#NotaBahasaArab
*Fi'il Mudhorik ialah 'Katakerja Masa Sekarang atau Akan Datang' (Present or Future Tense Verb)

Latihan




4.0(b) Terjemahkan semua yang berikut ke Bahasa Arab :

(1) Adakah dia (1L) telah makan? 
(2) Adakah dia (1P) telah tidak makan?
(3) Adakah kamu (1L) telah makan?
(4) Adakah kamu (1P) telah tidak makan?

(5) Adakah kamu (1P) telah tidak menunggang?
(6) Saya telah tidak menunggang.
(7) Adakah dia (1P) telah memukul?
(8) Dia (1L) telah tidak memukul.

(9) Adakah dia (1P) telah menulis?
(10) Tidak, dia (1P) telah tidak menulis.
(11) Adakah kamu(1P) telah tidak makan?
(12) Tidak, saya telah tidak makan.

2 ulasan:

Catatan Popular