🔖
📆 Jumaat 10.8.2018
يوم #الجمعة 28 #ذو_القعدة 1439هـ.
الموافق ل 10 #أغسطس 2018م.
📌 Topik : Binaan Ayat TANPA DHOMIR.
✏️ Kita akan beli dari luar.
سَنَشْتَرِي مِنْ الخَارِجِ
✏️ Dalam Al Quran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
(Surah At-Tahrim : 8)
💠 Ada feel, bila jadi feel amar, ia tak perlu diletakkan huruf alif (ا) contoh seperti :
👈 تَابَ - يَتُوْبُ - تُبْ = bertaubat
👈 قَالَ - يَقُوْلُ - قُلْ = berkata
👈 زَادَ - يَزِيْدُ - زِدْ = bertambah
👈 عَادَ - يَعُوْدُ - عُدْ = pulang
💠 Sebenarnya banyak lagi perkara² lain yg berkaitan dengan feel, tapi kita ketepikan dulu sebab kita nak bagi laluan pada binaan ayat yang tidak melibatkan kata ganti nama. (dhomir)
💠 Sebelum ini, kita buat ayat dengan melibatkan dhomir. (Dia, dia berdua, mereka dan lain² dhomir)
💠 Tapi sekarang ni, kita akan terus letakkan objeknya.
💠 Di sini, kita hanya guna feel madhi yang teratas sekali, iaitu َذَهَب Kita abaikan 13 tasrif yang bawah tu.
✏️ Suffian pergi ke kedai.
ذَهَبَ سُفْيَان إِلَى الدُّكَّانِ
الدُّكَّانُ - apa saja jenis kedai
البِقَّالَةُ - kedai runcit
✏️ Suffian dan Hadhari pergi ke kedai.
ذَهَبَ سُفْيَان وَحَضَارِي إِلَى الدُّكَّانِ
💠 Subjek dalam ayat ini ialah Suffian dan Hadhari, jadi kita tak perlu letakan dhomir iaitu 'mereka berdua' lagi.
✏️ Suffian, Hadhari dan Fizrol pergi ke kedai.
ذَهَبَ سُفْيَان وَحَضَارِي وَفِزْرُوْل إِلَى الدُّكَّانِ
Kita tak perlu kata :
ذَهَبُوْا سُفْيَان وَحَضَارِي وَفِزْرُوْل إِلَى الدُّكَّانِ ❌
💠 Apa yang kita perlu lihat ialah pada uslub jantina sahaja iaitu ذَهَبَ dan ذَهَبَتْ
✏️ Fatimah telah pergi ke kedai.
ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ إِلَى الدُّكَّانِ
✏️ Fatimah dan Zainab telah pergi ke Kedai.
ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ وَزَيْنَبُ إِلَى الدُّكَّانِ
✏️ Fatimah, Zainab dah Mona telah pergi ke Kedai.
ذَهَبَتْ فَاطِمَةُ وَزَيْنَبُ ومُوْنَا إِلَى الدُّكَّانِ
💠 Begitu juga dengan feel mudhari'.
✏️ Ali sedang pergi ke kedai.
يَذْهَبُ عَلِيٌّ إِلَى الدُّكَّانِ
✏️ Ali dan Ahmad sedang pergi ke kedai.
يَذْهَبُ عَلِيٌّ وَأَحْمَدُ إِلَى الدُّكَّانِ
✏️ Ali, Ahmad dan Umar sedang pergi ke kedai.
يَذْهَبُ عَلِيٌّ وَأَحْمَدُ وعُمَرُ إِلَى الدُّكَّانِ
💠 Ini sekiranya feel berada sebelum subjek.
💠 Tetapi jika nama² tu disebut dahulu iaitu sebelum feel, ketika ini barulah kita gunakan balik 14 tasrif tu.
✏️ Contohnya :
عَلِيٌّ ذَهَبَ إِلَى الدُّكَّانِ
عَلِيٌّ وَأَحْمَدُ ذَهَبَا إِلَى الدُّكَّانِ
عَلِيٌّ وَأَحْمَدُ وَعُمَرُ ذَهَبُوْا إِلَى الدُّكَّانِ
💠 Kedudukan feel dalam ayat samada sebelum atau selepas frasa subjek tu memainkan peranan dalam menentukan samada kita akan gunakan tasrif tersebut atau tidak.
💠 Ia agak complicated tetapi In Shaa Allah Ustaz akan ulang semula pada seisi berikutnya. 😊🤗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan