DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 8 Ogos 2018

Episod ke 26

🔖 Episod 26

📆 Isnin 6.8.2018

‌يوم #الإثنين 24 #ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 06 #أغسطس 2018م.

📌 Tajuk : Feel Amar (فعل الأمر)

✏️ Feel Amar adalah kata kerja bahagian ketiga dalam bahasa arab.

✏️ Dalam bahasa arab ada 3 kata kerja atau feel :

👉 Feel madhi - cerita tentang pekara yang lepas.

👉 Feel mudhari' - cerita tentang pekara yg sedang berlaku atau akan berlaku.

👉 Feel Amar - berbeza daripada feel madhi dan feel mudhari', ia digunakan KHUSUS utk memberi ARAHAN sahaja.

✏️ Feel² lain, boleh digunakan untuk beri arahan dan boleh jugak digunakan untuk menceritakan tentang sesuatu.

✏️ Feel Amar ini hanya melibatkan PIHAK KEDUA sahaja.

✏️ Tasrif Feel Amar :

أَنْتَ - اِذْهَبْ =  pergilah kamu! (L)

أَنْتُمَا - اِذْهَبَا = pergilah kamu berdua! (L)

أَنْتُمْ - اِذْهَبُوْا = pergilah kamu semua! (L)

أَنْتِ - اِذْهَبِيْ = pergilah kamu! (P)

أَنْتُمَا -  اِذْهَبَا = pergilah kamu berdua! (P)

أَنْتُنَّ - اِذْهَبْنَ = pergilah kamu semua! (P)

✏️ Contoh² feel amar dalam Al Quran :

اِذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا

(Surah Taha : 43 - 44)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

(Surat Al-Ikhlas : 1)

رَبِّ اغْفِرْ لِي
Ya Allah ampunkanlah aku..

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * اِرْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً * فَادْخُلِي فِي عِبَادِي * وَادْخُلِي جَنَّتِي

(Surah Al-Fajr : 27 - 30 )

يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

(Surah Al Anbiya' : 69)

✏️ Untuk latihan, pendengar² di rumah apabila membaca Al Quran, mesti PEKA terhadap feel² dan tasrif² ini dan mesti bertanya kenapa ia boleh terjadi begini dan begitu. (lihat pada perubahan ayat)

✏️ Boleh tengok dalam terjemahan atau tafsir, untuk lihat perubahan pada sesuatu ayat.

✏️ Wujudkan satu kumpulan dan mesti banyak bertanya antara satu sama lain, kenapa boleh berlaku sesuatu perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular