Di Stesyen bas Kelang kami mengambil masa untuk mencarinya.Keadaan stesyen bas yang begitu padat,dilimpahi manusia yang berbagai wajah. Akhirnya kami bertemu.Dari kejauhan kami nampak wajah anak saya ini merah padam,kami menyangka dia kepenatan berjalan mencari . Tidak sempat bersalaman kerana suasana tidak memebenarkan kereta berhenti dan membiarkan penumpang keluar. Masuk sahaja ke dalam kereta dia seperti dalam trauma.
Rupa-rupanya dia dalam keadaan ketakutan.Empat lima tahun yang lalu dia biasa berjalan-jalan dikawasan tersebut bersama kawan-kawan seuniversitinya.Kedaan sekarang sangat jauh berbeza,dia melihat iklim manusia sekelilingnya sangat luar biasa dan amat menakutkan..Mula-mula dia mencadangkan kami tunggu di Kelang central sebab dia akan menaiki bas ke sana,tapi setiap bas yang datang sendat oleh manusia yang bewajah asing,tidak kelibat wajah peribumi langsung Dengan bahasa yang sangat asing dan pelbagai bunyi dan fonetik.Jadi dia membatalkan niatnya lalu menunggu di situ sahaja.Tidak menyangka dia akan menghadapi situasi itu.Saya rasa anak saya ini bukanlah jenis yang cengeng dan penakut seperti rama-rama yang baru keluar dari kepumpung,tapi dia ini adalah gadis yang berani dan agak kental juga jiwanya.
Rasanya ditempat lain pun begitu juga situasinyua. Kalau dinamakan bas awam itu peratus peribumi yang menggunakannya terlalu sedikit,peratus yang lain ialah untuk mereka-mereka yang berwajah bukan peribumi. Samaada meraka itu adalah PATI atau dengan sah tidak lah dapat dipastikan.Agaknya dimanalah letak kealpaan sehingga begitu berleluasa kebanjiran mereka.Bila kita rujuk pada statistik yang dibena oleh jabatan-jabatan tertentu,setiasa ada penambahan setiap tahun.Apa akan terjadi beberapa tahun lagi.
Mereka yang datang dengan keberanian,kita yang tinggal dalam ketakutan. Kita makhluk yang lemah,tidak tahu apakah percaturan Allah Rbbul Jalil.
وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu
[Surah Ali 'Imran: 29]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan