“Tiap kali raya ginilah aku tengok kamu ni Tom” Komen mak Odah bila Mak Tom menyambutnya
dengan wajah sugul dan lesu sekali.
Hari ini telah dua minggu
lebih Syawal berlalu,baru Mak Odah berkesempatan menziarahi Mak Tom yang
katanya kurang sihat.Dari akhir Ramadhan hinggalah seminggu Syawal,Mak Odah belum
boleh meninggalkan rumah.Anak cucu berkumpul .Ke duabelas anak-anaknya semuanya
balik walaupun tidak serentak.Ada yang balik 2hari akhir bulan Ramadhan,ada
juga yang petang 1 syawal,ada juga yang hari ketiga syawal. Mak Odah tak
kesah,bukan semestinya Syawal baru balik,yang penting dalam jiwa mereka ada kesedaran
tentang pentingnya mengunjungi ibubapa.Mak Odah selalu bersyukur.Itulah rahsia
ketenagan hidup Mak Odah.
Walaupun ilmu Mak Odah nipis sangat tapi Mak Odah menyakini firman ini;
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
Mak Odah kena yakin,sebab ini adalah salah satu rukun Iman. Jadi kalau
adalah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa, itu adalah urusan mereka dengan Allah,Mak Odah telah
menjalankan amanah membesarkan mereka,sekarang terpulang kepada mereka.Siapalah
dia mahu mengubah dan menentukan hidayah kepada mereka kalau bukan Allah Rabbul
Jalal.
“Kamu ialah Odah,anak-anak kamu semua baik,semua balik raya,anak-anak
aku?” bersinar-sinar matanya sambil menjeling tajam pada Mak Odah.
“Tak apalah tak balik raya,bukan ada suruhanpun raya mesti balik,balik
masa lain pun boleh.Agaknya adahal lah tu,ialah kan sekarang ni
macam-macam,kerja tak kira raya ke tidak.” Mak Oda cuba menurunkan suhu
kepanasan Mak Tom.
“Entahlah Odah,macam-macam sangat yang jadi kat anak-anak
aku ni.Sorang balik tak bawak bini,datang petang malam dah balik,sorang lagi
bawak bini tak bawak anak-anak,geli benar anak-anaknya nak datang rumah aku. Sorang
lagi sebelum raya kata balik lepas raya kata tak dapat balik, anak-anak mintak
beli baju macam-macam,duit habis nak beli minyak. Ya Allah,kalau zaman dulu tu
tak apalah,nak jalan susah kena naik bas,duit susah nak cari,sekarang
masing-masing dah ada kereta,masing-masing kerja,macamana hati aku bengang Odah.
Raya macam-macam aku masak,buat ketupat sampai tidur jauh malam,mencuci perut
lembu sampai badan aku bau lembu, kacau dodol sampai bentan-bentan. Semua tu
nak bagi jamu kat dia,kita tau kecik-kecik dulu itulah yang disukanya.” Turun
naik nafas mak Tom,kalaulah Mak Odah punya keistimewaan sebagai Nabi Sulaiman
yang terbuka hijabnya dengan Iblis,pasti nampak bayangan iblis yang sedang
mengipas Mak Tom.
Mak Odah mengelus-ngelus belakang Mak Tom yang telah
membongkok sabut itu.Berselawat sambil meniup ke telinga Mak Tom.
“Kamu ni kena beristigfar banyak-banyak Tom.Itulah selalu akau
ajak kamu,bulan puasa banyakkan amal,ini kamu aku ajak terawih tak mau,sibuk
jaga cucu.dah kamu tak nak pergi terawih,anak kamu tu tahu bulan puasa kena
banyak beramal,tu yang dia pergi terawih,yang kamu lebih suka duduk rumah bela
cucu. “
“Aku tak larat nak terawih,tau tak? kaki aku ni dah tak
boleh berdiri lama”Beliau masih memberi alasan.
“Tarawih tak larat kacau dodol larat,Kita ni dah tua
Tom,entah bila-bila masa kena panggil.Patut dah tak payah layan nafsu makan tu .Tak
ada sapa suruh kamu buat ketupat,dodol bagai,kalau tak buat tak dosa pun,saja
kamu susahkan diri. Anak-anak kemu tu dah dewasa,dah tak heran ketupat lauk
perut lembu kamu,dah boleh beli masa tak raya pun. Dodol dah berlambak kat
kedai.Sesia je kamu membentankan badan”
“Habis dah namany raya,takkan tak buat apa-apa,orang datang
nak jamu apa?
“Kamu kena faham Raya tu apa,tulah aku ajak ngaji pun kamu
tak mau.Raya tu untuk orang yang banyak amalannya masa puasa,banyak tahan
nafsu,kalau betul puasa kita,masa raya hati kita bahagia,tenteram,tenang.Anak
balik ke tak balik ke redha je,yang masih balik kan ada? syukur je dengan yang
ada.”
“Yelah,esok biar anak dia yang balas,baru padan”Mak Tom
masih tidak berpuas hati.
“Itu doa Tom,doa mak kat anak senang tertunai,kalau selalu
kamu cakap macam tu,anak kamu tak bahagia.Kamu patut selalu doakan anak-anak
bahagia,dapat hidayah,kalau dia insaf kan kamu juga yang dapat faedah.Lagi satu
Tom,masa kamu marah kat anak-anak cuba ingat balik,pernah tak kamu buat kat
orang.”
“Say tak pernah buat kat emak saya pun”
“Kadang kita tak sedar,tak buat kat emak tapi pada orang
lain,contohnya kat menantu ke.Kamu pernah tak tahan menantu kamu balik rumah
mak dia?Ataupun kamu ungkit-ungkit sampai dia serba salah nak beraya rumah mak
dia?Mungkin masa tu dia ikut tapi tau perasaan dia,mungkin dia sedih dan
berdoa.” Mak tom terdiam,tiba-tiba dia manarik nafas panjang.Terkebil-kebil. Memang
selama ini itulah yang dilakukannya.Lama dia mendiamkan diri.
Tiba-tiba dia menangis; “Satu lagi yang buat aku sedih,baru-baru
ni aku dapat tahu si Hajar kena madu,suaminya kawin lagi,siapa tak sedih Odah.
Dahlah masa kahwin dulu sikit je antaran dia bagi,dia dia pergi kawin lagi
pulak,jagalah balik nanti aku sunat sampai habis,gatal sangat. Huh macam macam
Odah anak-anak aku ni.”Sambil jejari tuanya menggaru-garu kepalanya yang telah
memutih itu,mengganggu ketenteraman kutu-kutu yang seang beristirehat.
“Aku dengar juga cerita tu,tapi bukanke suami dia kawin lagi
tu dia yang pinangkan,masa suami dia bernikah dia ada sama.Maknanya dia
reda,yang kamu susah kenapa.Patutnya kamu bersyukur anak kamu sebaik itu,bakal
ahli Syurga tu Tom,betuah kamu. Lainlah kalau suaminya kawin lagi dengan menipu,menganiaya
isteri tua ke,patut kita masuk campur.Dah lah jangan diungkit kisah lama.
Sekarang kita sama-sama tua,hidup kita dah sampai hujung,tak ada apa yang kita
nak kejar lagi kecuali bekal nak mati.Dah lama kita rasa nikmat dunia,makin
dikejar makin tak puaskan hati.Dah berhenti fikir tu semua,fikir apa kita nak
bawak bila mati nanti.Anak,duit,rumah,makanan semua kita tak bawak yang kita
bawak amalan kita,banyak-banyak sedekah,banyak doa,banyak maafkan
anak-anak.Yang wajib jangan tinggal.”
Sememangnya Mak Odalah yang paling layak membimbing Mak Tom.
Mereka seusia,Suami Mak Tom sudah lama kembali kerohmatullah,kalau anak-anak
tentu sekali sukar bagi Mak Tom mahu menerima,mereka apa tahu,.garam yang mereka makan sedikit sangat.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Alloh, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan