DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 25 September 2012

Dosa Semalam.

Puas hati Mak Non,menantu bungsunya kali ini betul-betul mencapai citarasanya,selain kacak,gaji besar,saiz badan sedang-sedang,sangat padan dengan anak bungsunya yang cantik dan berpotongan langsing dan bersaiz unggul.Kalaulah dahulu dia diberi peluang memilih pasangan hidup,tentu sekali ciri-ciri itulah pilihannya,tapi dahulu jodohnya diatur oleh ibubapa,dia tiada kesempatan memilih.Hantaran perkahwinannya juga lebih tebal berbanding anak-anak yang dahulu.Tentang agamanya biasa-biasa sahajalah,nampak juga sesekali solat.Yang pastinya nampak pergi solat hari raya di masjid untuk menunjuk diri pada jiran tetangga. Majlis perkahwinan mereka dahulu juga paling besar belanjanya.Semuanya diperah-perah,almaklumlah ianya adalah penghabisan.

Setahun perkahwinan meraka Mak Non begitu memanjai menantu bungsunya ini,segala selera makanan dipenuhi,seiap kali mereka balik kampung habislah seisi rumah dikerah mencari bahan masakan kegemaran menantu baru ini,walaupun kepulangannya hanyalah dipenuhi dengan aktiviti membesarkan tahi mata. Anak bungsu Mak Non pula adalah tercantik berbanding yang lain.Semasa kecil Mak Non begitu memanjainya,tentu sekali kerana dia adalah anak yang paling keriktikal semasa dilahirkan,dan terlalu banyak penyakit yang suka kepadanya,sebab itulah ditatangnya bagai menatang minyak yang penuh hingga terbawa-bawa sampai anak itu dewasa.Membasarnya dengan dipenuhi segala kehendak tuntutan nafsunya.

Kini tahun ketiga mereka melayari bahtera rumah tangga.Hidup dalam kesibukan arus kota, dikurniakan puteri dan putera. Hasil pertautan kasih bapa yang kacak dan ibu yang cantik,lahirlah anak-anak yang comel.Penuhlah album facebook dengan foto-foto keluarga dan anak yang berbagai aksi. Sesiapa juga yang memiliki penyakit mazmumah tentu sekali  akan cemburu melihat gambaran kebahagiaan mereka.

Hari itu Mak Non bertandang kerumah Mak Odah.
"Mak Odah,kamu kenal tak mana-mana bomoh yang boleh tundukan orang"

"Astaqfirullahalazim,buat apa pulak Non.Kurafat tuh,kena laknat Allah"

"Tu lah Mak Odah,menantu saya si Pauzi tu,garang sangat,entah berapa kali si Mala kena sepak terajangnya,alah kita bukan nak tundukan dia terus tapi biar lembut sikit hatinya"

"Lailahaillallah! selama ni elok aje ku tengok,raya baru ni ada datang rumah aku,Si Mala semakin lawa,mukanya jadi macam plastik dah,entah ubat apa yang dimakannya makin dewasa makin lawa,anak-anaknya comel-comel,tak kan main sepak terajang bagai"

"Ia Mak Odah,masa baik nampak eloknya,cuba masa mereka balik KL.Pantang bini salah sikit main lempang terajang je.Yelah aku tau,Mala tu bukan baik sangat,dia tu pemalas sikit,dah dia bungsu,semua kerja kakak-kakak dia buat,lepasa tu memang suka melawan,dah biasa dari kecik,tapi jangan lah sesenang main tangan,cakaplah elok-elok sikit,dah suami,kenalah sabar didik isteri.Aku cari bomoh bukan apa,biar dia lembut sikit hatinya."

"Sembahyangnya macamana?"

"Ada juga lah sesekali aku tengok,tapi tempat kerja dia dia sorang melayu,selalu pulak kerja luar,tak taulah kalau di sana"

"Kamu pernah tegur dia ke?"

"Adalah juga sesekali,tapi nanti Mala lah yang jadi mangsa sakit hatinya,suka mengadu hal rumah tangga dengan emaknya,tambah galaklah tangan kakinya.Mala tu sejak kecik lagi jentikpun aku tak pernah,ni senang-sennag dia bagi penampar kat pipinya,dah berapa kali kaki naik kat badannya,ya Allah Mak Odah,tak dapat aku nak bayangkan,kesian Mala"


"Non,terus terang aku cakap,tang bomoh-bomoh ni aku taka setuju peratus-peratus.Kurafat Non.Bomoh tu semua guna jin,tak lari punya.Astaghfirullah,Allah marah Non.Engkau tau siapa yang menundukkanya tu? Jin Non,kamu nak rumah tangga anak kamu dikawal Jin?Sekarang ni gini,menantu kamu tuh anak orang,kamu jumpa dia dah besar,tak tau latar belakang masa dia membesar. yang dekat dengan kamu anak kamu si Mala,kamu yang didik dia sampai besar,jadi lebih senang betulkan anak kamu.Betulkan perangai manja-manja dia tuh,sekarang dah jadi isteri orang,jangan dibawa-bawa perangai dulu,sebab tak pernah kena jentiklah dia jadi macamtuh..Kena qurbankan,buang semua tukar jadi orang baru,apa juga yang buatkan suaminya melenting tu rentikan.Kena bertahanlah.Yang kamu pun,banyakkanlah berdoa,janganlah bergantung kat bomoh. Bomoh tu Allah yang buat.Allah lagi besar kuasanya.Benda-benda ni semua berlaku adalah untk ingatkan kita Non,Apa pernah kita buat salah,ingat masa muda-muda,jangan malu mengaku salah kita,tak payah mengaku depan orang,mengaku depan Allah je,Dalam dosa anak tu ada sebahagian dosa kita Non,kita yang salah didik dia. Allah tu maha mendengar.Minta maaf,taubat,minta janganlah Allah balas dosa-dosa kita pada anak-anak kita pulak.Sebelum nak betulkan anak betulkan diri kita dulu.Kita dah tua Non,entah bila-bila masa kita ni kena ambik.Dah puas kita rasa nikmat dunia,masanilah sesuai kita ingat hari lepas mati.Nanti bila Mala mengadu hal rumah tangga jangan kamu bakar-bakar dia,nasihatkan dia banyakan dekat dengan Allah.Baru 3 tahun mereka bersama,panjanglagi kehidupan mereka,baik betulkan awal-awal ni."

Pada ketika itu barulah Mak Non teringat,dahulupun aruah suaminya seperti itu,tapi ibunya telah bertindak awal,cepat-cepat ditudukannya.Semamangnya suaminya dahulu tidak berani mengangkat mukanya,apa juga kehendaknya diturutkannya.Mala sendiri membesar dengan tidak pernah dikasari oleh aruah bapanya,sebaliknya Mala yang selalu memebantak-bentak bapanya yang selalu tunduk itu.Apakah itu yang dimaksudkan oleh Mak Odah?.Adakah Mak Odah tahu rahsia itu?. Mak Non diam dan terus diam.Kalaulah itu satu dosa sehingga suaminya mati,dapatkah dia kemaafan dari suaminya?.

Apakah hari itu tanda cahaya hidayah mula menyentuh jiwa Mak Non.Tunggu sahajalah akan aturan Allah selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular