Mak Piah bukan seorang yang suka mistik-mistik atau benda-benda yang syirik,Mak Piah juga sudah di didik tidak ada pantang larang yang bukan-bukan dalam hidup,panduan hidup Mak Piah adalah Alquran dan Hadis.Mak Piah juga bersuamikan seorang yang berilmu,seorang mualim dan juga juga murabi.Mak Piah suami isteri bukanlah orang kaya,juga tidak mau di gelar miskin,mereka tidak banyak harta namun tidak mahu meminta-minta.Sebagai orang yang mualim Pak Melan sentiasa diperlukan oleh masyarakat setempat untuk menjadi murabbi,Jaranglah beliau berada dirumah.
Pada malam itu selepas masuk waktu Isya’,Mak Piah agak terasa sebal didada,Pak Melan setiap malam meninggalkannya dirumah.Mak Piah menanggung sendiri kelima-lima anaknya yang sedang di serang penyakit pelentong, ada yang sedang tenat,yang hampir sembuh dan yang baru bermula.Mak Piah sendiri sedang di serang ceret beret. Jiwa yang sedang resah bercampur baur menyebabkan Mak Piah agak lalai berzikir.Lupa Tuhan,lupa al Quran,yang ada dalam hati kesebalaan.Bila anak-anak dah tidur mak Piah berlari-lari ke tandas yang agak jauh lalu termenung di pinggir kali dengan segala rasa jiwa kacaunya.
Tiba-tiba Mak Piah rasa ada sesuatu yang menyapanya,
“Kamu ni sakit ye,dah tau sakit,kenapa tak pergi kelinik?”
Mak Piah menoleh kea rah suara,lembaga seperti Nenek Siah iaitu seorang bidan di kampungnya yang biasa membidannkanya semasa bersalin,tetapi berpakaian agak pelik seperti pakain misi.
“Sapa nak bawak,bapak budak-budak ni tak pernah ada kat rumah” Jawab Mak Piah sambil mengambil kesempatan mencurah rasa.
“Dah,kalau laki kamu tak sayang kamu jom ikut aku”
Tanpa berfikir panjang,Mak piah pun mengekori Nek Siah,tiba-tiba Mak Piah rasa Mak Piah sedang berada di satu jalan yang cantik berhias,dan amat asing tempat itu.Hati Mak Piah mula tertanya-tanya,mulalah Beliau teringat Tuhan,tiba-tiba Nenek Siah berkata;
“Hei kalau nak ikut ikut aje,jangan fakir-fikir,kalau tak nak balik” dan kedudukan Nek Siah agak menjauh.
Mereka terus berjalan-berjalan tidak berhent-henti,sambil memerhati keganjilan di sekelilng Mak Piah.Tiba-tiba Nek Siah berkata
“Kamu tunggu sini kejap,aku nak hantar anak patung ngan ubat ni kat rumah orang tu”
Mak Piah akur,Mak Piah teringat Tuhan lagi,dia membaca ayat-ayat Al Quran yang telah menjadi amalannya.Dia rasa Nak Siah menjadi jauh,sambil berteriak
“kalau nak ikut-ikut aje,jangan nak cakap buakan-bukan,kalau tak nak balik”
Begitulah beberapa kali,bila Mak Piah membaca sesuatu ayat Al Quran,Nek Siah menjadi jauh dan marah,bila berhenti membaca Nek Siah dekat kembali.Mak Piah mula perasaan atas keganjlan,lalu dia mencari kekuatan,di bacanya segala Surah 3 Qul,Ayat kursi dan sebagainya yag terlintas di memeoriya.Tiba-tiba Nek Siah berteriak “Sudahlah balik kamu,tak nak ikut sudah” dan tiba-tiba hilang dari pandangan. Dan apa yang Mak Piah lihat di sekitar tadi berubah sama sekali. Mak Piah dapati dia berada di sebuah parit dalam kebun di belakang rumahnya,entah berapa kali dia berulangalik di sekitar situ.
Mak Piah mengumpul kekuatan,dengan sisa-sisa kudrat yang masih ada setelah berhari-hari melayan kerenah anak-anak yang tidak sihat,dan tenaga yang telah susut akibat ceret beret,Mak Piah berusaha untuk naik ke daratan.Dengan bantuan kelipan cahaya dari lampu minyak tanah dirumah yang berjarak beberapa meter,Mak Piah menuju ke arah kali,lalu membersihkan tubuhnya yang bergelumang Lumpur,lalu dengan berkemban Mak Piah nak keatas rumah.Mak Piah menganggarkan selama 1 jam peristwa tadi berlaku.Pada ketika itu Pak Melan masih belum pulang,dan anak gadis yang ketika itu berumur 10 tahun tersedar dan sempat bertanya
“Mak Pergi mana? Tadi adik nangis,tapi kakak dah tidurkan”
“Esok pagi Mak cerita,dah sambung tidur”
Mak Piah terus menunaikan Solat Isya’ dan turus bersujud Syukur.
Esok pagi selepas serapan,Pak Melan telah keluar dengan berbagai urusan.
“Kakak,malam tadi mak pergi lama tak?”
“Lama,Mak pergi mana?Kakak takut jugak,adik nangis,dah bagi susu dia tidur balik”
“Cuba Kakak,Abu Hasan ngan Abu Amin pergi belakang rumah dalam parit yang Bapak cangkul hari tu,apa yang ada nanti Mak cerita”
Sambil berpandangan,tanpa suara hanya isyarat mata berlarilah ketiga anak kecil 10,8 dan 6 tahun itu ke tempat yang di maksudkan.Apa yang mereka dapati sepanjang beberapa meter dalam parit itu berlumpur dan berselut seperti telah dilalui berkali-kali oleh seseorang ,dan d bawah pokok rambutan di tepi parit itu terdapat seekor bangkai katak dan beberapa butir tahi kambing dalam tempurung.Mereka juga lihat ada kesan-kesan satu perjalanan menuju kekali.Tanpa berlengah mereka pun kembali ke rumah dan menceritakan apa yang dilhatnya.
Sambil meriba dua orang adik yang sedang demam,Umi Nadia dan abu Syarif,mak bercerita apa yang terjadi kepada dirinya malam tadi.Ketiga-tiga beradik itu semakin rapat menghimpit Mak Piah.Semuanya berpelukkan,sambil mak menyapu air yang minitis di kepala mereka.
“Semua orang jangan takut,itu kerja Iblis,malam tadi Mak lalai,mak marah,merajuk dan lambat Solat,tak nak bezikir,Mak lemah,Iblis suka kat Mak masa tu,nasib baik mak sedar,bila Mak berzikir dia dah tak nak kawan Mak lagi,di lepaskan mak balik”
“Bapak tau tak Mak?” “Tak, mak tak sempat cerita,nanti bapak balik mak cerita nak mintak maaf kat bapak”
Tengahari bila bapak balik,belum sempat Mak nak buka mulut,ketiga-tiga anak-anak tu dah berlari-lari hingga tak cukup mulut mereka bercerita.
Selepas Solat Zuhur,anak-anak membiarkan ibubapa mereka berdua-duan di atas rumah,kakak mengelek adik yang kecil Abu Syarif dan adik nombor dua kecil Umi Nadia bermain dengan abang-abang.Mereka tidak hirau butir perbualan kedua-dua ibubapa mereka.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
Abdullah bin Mas'ud r.a
“Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah AL Baqarah di awal siang nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya tau hartanya.”
(Riwayat Al Darami dan Bihaqi)
Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang membaca 10 ayat, ayat-ayat surah AlBaqarah, ayat Qursi, 2 ayat selepas dan hujung surah Al Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi.”
(Riwayat Tabrani dan Hakim).
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Baru sebentar tadi Mak piah menalifonku....semoga mak piah sentiasa dilimpahi Rahmat Allah...
BalasPadam