Suka di kunjungi?. Ya memang suka,apa lagi yang berkunjung itu adalah orang yang kita sayang dan rindui?
Masa kecil-kecil dulu paling Makbonda suka bila nenek atau pakcik-pakcik berkunjung,sebab apa? Selain mereka membawa buah tangan,hidangan yang Emak persembahkan akan menjadi luar dari biasa,apa lagi kalau nenek datang beberapa malam,selama itulah kita tumpang sekaki,kalau boleh nenek biarlah tinggal bersama kita,Ayah dan Emak akan berusaha mengadakn yang tiada,itu lah yang di atakan tetamu datang itu membawa rahmat.Sampai sekarang perasaan itu masih sama, bukan buah tangan yang Makbonda tapi kerahmatan.
Menyukakan hati tetamu itu wajib,sehingga kita wajib membatalkan pusa sunat kerana meraikan tetamu.Seisi rumah bertanggungjawab meraikan tetamu mengikut lunas dan akhlak.Terharunyanya hati Makbonda semasa menziarahi adinda,si naqid kecil berkata “Alah makngah tudurlah sini,kat situ ada bilik,ada tilam” “Alah nak balik ke?kenapa mangah datang rumah Ani kejap sangat?” “Alah Makngah dah lama sangat tak datang rumah Nuha,baru 60minit” Alangkah besarnya rahmat ibubapa anak-anak ini,keci lagi dah pandai menggembirakan hati tetamu. Tapi pernah Makbonda mengunjungi seorang saudara, ibubapanya sibuk mempelawa kami menginap,kami tolak dengan baik,tiba-tiba kami dengan di belakang suara “Nasib baik dia tak nak kan,leceh betulah abah tu,semua orang datang suruh tidurkita kene pindah bilik” dan kejadian lain si suami bersungguh mempelawa,sehingga kami terpaksa menerima,tetapi ruparupanya isterinya tidak senang hati, Air teh yang di hidangkan tawar,bila suami menegur jawapannya”stok gula dah habis awak ta beli” Kesian Suami Makbonda menahan malu,kerana itu saudara sebelahnya,tapi Makbonda maafkan dia kurang ilmu dan menjadi iktibar dan kami mendoakan limpahkanlah taufik dan hidayah ke atas keluarga ini. Perkara ini juga yang selalu makbonda tekankan pada anak-anak. Yang baik jadikan teladan,yang tidak jadikan sempadan..
Makbonda juga sangat terharu sesorang yang kami kunjungi sanggup menunggu kami di simpang jalan dalam keadaan hujan lebat kerana takut kami sesat,kerana itu pertama kali kami berkunjung,dan balik dia hantar kami sampai jalan besar.kesungguhanya itu melambangkan gembiranya dia menerima kami,semetinyalah kami mendooakan kerahmatan kepada insan ini..
Suka di kunjung,tapi kita suka tak mengunjungi?lebih soleh kalau tukar pada ziarah,itu adalah tanggung jawab, juga ada adabnya, antaranya bawa buah tangan untukmenggembirakan mereka,buahtangan tu pula kenelah sesuai dengan isi rumah yang kita kunjungi. Kerumah warga emas janganlah bawa kerepek atau spegheti,itu bukan budaya mereka, atau punya anak-anak remaja modern kita datang bawak ikan pekasam atau wadi’ nanti kalau dengar ayat “apa benda ni” “ macamana nak makan”, “yeak” janganlah terasa hati, dah kita yang tidak bijaksana.
Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).
Ditanyakan kepada Al Imam Auza'iy, "apakah yang dikatakan Ikram Dhuyuf (memuliakan tetamu) itu?."
Beliau menjawab: " Manis muka dan elok bahasa (percakapan)".
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Sabtu, 2 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan