DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 26 Januari 2010

Sang Anjing dan Sang Bangau

Sang Anjing dan Sang Bangau bersahabat baik,setiap hari mereka berual di tepi sawah kepunyaan Pak Lang.Mereka saling menceritakan kesah pengalaman masing-masing. Anjing bangga kerana dia adalah seekor haiwan yang sangat pintar,dia punya keistimewaan deria yang tajam, Atas keistimewaannya itu dia sangat berguna kepada manusia,walaupu dia adalah haiwan mughaladhoh,manusia masih menggunakan untuk menyelesaikan banyak masaalah terutama kes-kes jenayah,tapi kadang terlupa ia yang keistimewaan itu adalah anugrah Allah yang menjadi pengantara untuk kemudahan makluk lainnya.Ada juga rakan-rakan dalam golongannya di belai oeh manusia sehingga mengeluarkan kos yang amat tinggi,melebihi kos pembiayaan sebuah asrama anak-anak yatim.Padahal golongan sejenis itu tidak memberi apa-apa sumbanganpun kepada alam,hanya untuk memuaskan hawa nafsu. Kepekaan deria anjing adakalanya boleh menghidu kehadhiran makhluk-makhluk ghaib,iaitu dengan mengeluarkan salakan yang panjang dan menyeramkan.Adakalanya bila kedengaran bunyi azan,anjing akan menyalak panjang kerana dia melihat syaitan dan iblis bertempiaran menjauhi laungan azan. Terdapat juga golongan sejenisnya yang di panggil anjing kurap,yang hidup liar membaham apa jua yang dikehendakinya,dan membuang najis merata-rata mencemarkan alam,tetapi tidaklah sampai menipiskan ozon.Adakalanya ganas sehingga menyerang dan melukakan manusia,tidaklah tahu apa yang menyebabkan dia bersikap demikian,kerana mengikut fitrahnya bukanlah manusia itu sumber makanannya. Seburuk manapun anjing sesiapa yang memberi makanan kepadanya adalah medapat pahala yang besar.

Sang bangau sangat kagum mendegar cerita anjing,sebanarnya sang bangaupun banyak keistemewaan dan pengalaman untuk dikesahkan.Sang bangau banyak mengetahui cerita alam,beliau sering terbang berhijarah kesana-kemari,melihat perilaku bermacam-macam mahluk di muka bumi.Bangau juga sering melihat gelagat anjing-anjing yang terkadang sangat menjolok mata dan memualkan,tapi biarlah demi menjaga hati rakannya simpan sahaja kisah-kisah itu dalam benaknya.

Pada hari itu Sang Anjing mengajak Sang bangau kerumahnya.sebanarnya itu bukanlah kali pertama Sang Bangau menerima ajakan,kali ini Sang bangau tidak dapat menolak ajakan tersebut demi menjaga sebuah persahabatan. Sesampainya dengan penuh mesra Sang anjing meraikannya dengan hidangan yang lazar-lazat di atas pinggan yang leper.

"Makanlah jangan malu-malu,sedap ni,kamu mesti tak pernah jumpa makanan sesedap ini" sambil mendengus-dengus menjilat hidangannya sehingga licin. Kasihan Sang Bangau,dengan paruh yang tajam bagaimana dia hendak menjamah hidangan tersebut. “Tidak mengapalah shabatku,sebenarnya aku ni ada penyakit resdung,tidak boleh makan makanan yang mengandungi belacan,terimakasih atas undangan kamu,jemputlah kerumahku pula esok petang ’

Keesok petangnya Sang bangau sebok menyediakan hidangan untuk Sang Anjing, hidangan yang sama tetapi di dalam bekas yang berlainan,satu di atas piring yang leper dan satu lagi di dalam bikar yang tinggi.Tetamu mesti di raikan,apa yang kita pernah rasakan jangan kita ulang pada orang lain pula.Setelah Sang Anjing tiba merekapun menjamah makanan bersama-sama,Sang anjing melihat cara makan sang bangau, barulah dia tersedar mengapa Bangau tidak menjamah makanan yang dihidangkan semalam.

Firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular