DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

Bapak siri 1

Bapak bukan orang kaya,bapak juga tak mahu dianggap orang miskin. Bapak orang Johor yang berjiwa kuat. Semasa darjah 3 di sekolah Melayu Sri Ladang Rengit,  Jepun memerintah,bapak masih ingat lagi setiap pagi diarah menyanyi lagu Jepun dan menghadap matahari. Kehidupan ketika itu tentulah sukar,tentera Jepun keluar masuk di kampungnya,beberapa orang penduduk telah terlibat dalam penyiksaan kejam tentera Jepun.Sebaik sahaja Jepun berundur bapak sudah berusa 13 tahun.Bapak anak ke dua dari 8 orang adik beradik. Bapak tidak mahu membebankan keluarga dan ibubapa. 6 orang adik semua masih kecil. Bapak mula merantau mencari ilmu di Gersik di daerah Muar.

Atas faktur kecintaanya pada ilmu,beliau meninggalkan kampung,dia tidak mahu hidup menjadi orang tidak berilmu. Dari pondok ke pondok Bapak berhijrah,setiap pondok berlainan ilmu yang dikhususkan. 




.Pak Long yang terlebih dahulu merantau meninggalkan kampung telah mempengaruhinya untuk turut sama . Beliau menunggu di Bagan Datok Perak . Dengan menaiki keretapi bapak melangkah hingga tiba di stesyen Tapah Road.Setelah turun dari keretapi rupa rupanya bapak tidak bersaorangan,ada individu yang sama hasrat untuk ke Bagan Datuk.Pada ketika itu Bagan Datuk di kenali sebagai pusat pengajian pondok yang unggul. Ada beberapa Kiyai dari tanah seberang membuka pondok di sini.

Pondok yang mula mula bapak mengaji ialah di pondok Pak Kiayi Hj Rashat. Beberapa tahun Bapak tinggal disitu menimba ilmu. Bapa seorang perantau yang tidak mempunyai harta,tidak mendapat kiriman dari keluarga untuk menampung perbelanjaan seharian,jadi Bapak mengambil upah apa juga kerja yang Pak Kiyai arahkan.
 Bapak adalah seorang yang terang hatinya, sehingga mendapat kepercayaan dari Pak Kiayi untuk menggantikannya meyampaikan ilmu. 

Pak Kiyai amat maklum dengan keadaan Bapak.Sehingga untuk membeli kitab pun beliau tidak mampu,sedang potensi bapak dalam pembelajaran amat tinggi. Pak Kiyai menawarkan Bapak untuk dicarikan seorang boleh menanggung kehidupan bapak, caranya adalah dengan menghubungi kenalan untuk mengambil Bapak menjadi menantu.
Seorang kenalan dari Sabak Bernam Hj Sidek berkenan dengan peribadi bapak. Walaupun anak gadisnya baru berusia 9 tahun beliau sudi untuk mengambil balak sebagai menantu.lalu bertemulah jodoh dengan Emak di Sabak Bernam,Selangor. Waktu itu usia bapak 19 tahun. Di kampong Emak, bapak d tawarkan menjadi pemimpin masjid di kampong itu,dan ada juga tawaran untk mengajar di sekolah Agama Tinggi,tapi bapak terpaksa menolak kerana bapak memikirkan zuriatnya nanti perlukan tanah untuk tinggal. Lalu bapak turut serta dalam pembukaan tanah baru di hutan seberang,di persisiran Sungai Bernam di negeri Perak.

Bapak meneroka tanah tetapi bukan sepert peneroka Felda yang telah di sediakan rumah dan tanah yang telah lapang. Dari sebuah hutan dara yang berpemeluk saiz lilitan batangnya bapak dan rakan-rakannya jadikan sebuah kampung halaman yang permai dan melahirkan manusia-manusia berilmu juga.Dalam masa 4 bulan bapak belum ada rumah,hanya menumpang di  rumah Tuan Hj Bajuri yang lebih dewasa dan berilmu,beliau jugalah yang mengajak Bapak mneroka bersamanya,kemudia bapak berusaha mendidrikan sebuah rumah yang didindingnya terdiri dar kulit kayu,dan atap nipah. Setelah lahir anak ketiga  baru bapak dapat mendirikan rumah yang sempurna. Anak keempat lahir di rumah baru. Rumah baru ini bapak bena mengikut rekabentuk rumah di Batu Pahat iatu rendah dan berpagar bahgian bawah rumahnberbanding ornag lain bertiang tinggi dan berbentuk rumah limas.

Untuk mendidik anak-anak dengan ilmu bapak telah mendirikan sebuah kelas ilmu dibawah suarau tanpa upah dan tangga gaji.Disamping mendidik anak-anak rakan-rakan lain bapak juga dapat mendidik anak-anak sendiri.

Bapak tidak pernah makan di restoren-restoren besar,bapak tidak pernah kenal menu-menu lain,yang bapak kenal menu dari kedai mamak atau warung-warung di simpang-simpang atau kedai makan di pekan-pekan,atau pun menu dari masakan emak,atau pun sekarang anak-anak dah besar membawa pulang menu-menu baru yang ada kala bapak boleh terima adakalanya tidak.

Setiap doa Makbonda sentiasa meminta “Ya Allah ya Tuhan ku,akhirkanlah kehidupan kedua ibubapaku dengan husnulkhotimah,jadikanlah llmu yang beliau beri pada kami menjadi tali penghubung antara kami dengan dia bila tiba di alam sana nanti.”


Gambar di bawah disunting dari perjalanan Tuan Hj Muhammad Zakaria yang mengetuai Misi Kemanusiaan di Kamboja 2007 yang termuat dalam majalah Solusi Isu 2. Beginilah rupanya rumah pertama bapak yang dibina hasil tenaga tulang empat keratnya. 


Beginilah keadaan kelas yang ditubuhkan olah bapak,tetapi Ustaz dalam gambar tidaklah sebegitu tua,bapak masih muda ketika itu.

3 ulasan:

  1. Nak suruh anak-anak ku membaca entri ini.....

    BalasPadam
  2. Ok Juga,itulah tujuan asalnya,supaya jenerasi selepas ini tahu bahawa mereka ada asal-usul

    BalasPadam
  3. dulu masa aku kecik2 aku ada ikut gak paman2 sekolah kat kelas ini la... lantainya tanah je....itulah kenangan yang tak dapat dilupa.....

    BalasPadam

Catatan Popular