Di rumah Bapak mengajar anak-anak membaca Alquran,namun bapak tidak dapat mengongsikan ilmu didada ya dalam bidang tauhid,fiqah,tasauf,tajuwid,sirah,bahasa Arab dan khat di rumah. Jadi bapak pakat dengan orang kampong buat sekolah agama. Lokasinya bawah surau.Penduduk kampung bergotong royong membuat kerusi meja,dan papan tulis. Bawah surau didinding sekerat. Emak menjahit ucang kecil yang diisi perca kain untuk di buat pemadam papan hitam.Bapak mengajar seorang diri tanpa apa-apa bayaran.
Pada masa itu anak-anak kampong ada yang bersekolah kebangsaan dan ada yang tidak. Sekolah terlalu jauh,ada juga ibubapa yang menumpangkan anaknya dirumah saudara mara yang berhamiran dengan sekolah. Pulang kerumah ibubapa masa cuti sekolah sahaja. Jadi di sekolah Agama yang bapak tubuhkan itu terdiri dari murid bersekolah dan juga tidak,umur mereka di sekitar 7 tahun hingga 14 tahun.Bapak jadikan 2 kelas,mengikut umur.Abang yang baru 7 tahun bapak letakkan dalam kelas ke dua bersama murid yang lebih tua darinya,sementara kakak yang masih berumur 6 tahun dalam kelas pertama yang juga bersama murd yang lebih tua.

Disamping itu bapak juga membuka kelas untuk ibu ibu di siang hari dan bapa bapa di malam hari seminggu sekali.
Bapak bukan jenis orang yang mementingkan keroni,bukan seperti sesetengah orang yang mahu anaknya sentiasa dapat nombor satu dengan cara apa sekalipun.Bapak tidak begitu, tidak sesekali. Abang yang paling muda dikelasnya,sering mendapat markah tertinggi tapi selalu bapak tolak markahnya,disebabkan pada matapelajaran lain jawapan abang tepat selalu bapak tolak dari markah khat,sebab kata bapak khat abang tak cantik,pada hal kata emak cantik,sebab mak yang selalu tolong bapak menanda kertas.Sama juga dengan nasib kakak, kanak-kanak 6 tahun disamakan dengan kanak-kanak 9 tahun. Emak selalu tidak puas hati dengan tindakan bapak. Satu hari ada ikhtifal disekolah,kakak bapak masukan acara kuiz ,satu-satunya peserta perempuan dan paling muda.Atas ketidak puasan hati mak,pada malam itu emak membocorkan soalan kuiz pada kakak. Bila tiba hari pertandingan,kakak dapat menjawab soalan dengan tepat,malah kakak selalu menolong peserta lain yang tidak dapat menjawab,akhirnya kumpulan kakak menjadi johan dan mendapat hadiah. Apabila di buka pembungkus hadiah didapati sebiji bola sepak takraw.Kakak tidak merasa apa-apa pun tetapi emak yang masih rasa tidak puas hati.

Hehehe.. tu la soalan bocor.. lepas tu pakat main sepak raga la yaa?
BalasPadamTak lah,hadah tu bukan untuk kakak,tapi untuk budak-budak lain.
BalasPadamAssalamualaikum semua,
BalasPadamWah! bestnya makbonda dapat bapak dan mak macam tu. Tahniah.
he he he....kat sekolah nanti jangan buat soalan bocor tau.....aha tak aci....daku kagum dengan pasangan 2 sejoli tu...kekadang aku rindu dengan nasihat2 dari dia dan kata2 pepatah serta doa dan cerita2 lamanya...hu hu hu isk...isk...isk...
BalasPadamNisha,Makbonda menyedari keistimewaan mereka selepas bertambah dewasa,dan berjumpa ramai orang,rupa-rpanya mereka 1000 dalam 1,dulu makbonda ingat semua orang seperti mereka.....
BalasPadamMawar,tanpa kelas itu makbonda buta huruf jawi
BalasPadam