DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 4 Februari 2010

Bapak siri 3 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran)

Dalam proses P&P,Bapak punya kaedah tersendiri semasa mengajar anak-anak membaca Al quran.Anak-anak kena mengulang setiap ayat sehingga tiada kesalahan,selagi ada kesalahan anak-anak kenalah mengulang ,mengulang dan mengulang.Setelah tiada lagi eror barulah disambung ayat seterusnya. Cara menegur kesalahan hanyalah mengetuk lantai menggunakan rotan, ataupun berdeham,bila mendengar ketukan atau deheman,tahulah anak-anak mereka melakukan kasalahan.

Setiap selepas solat maghrib anak-anak kena duduk membaca ayat yang telah di ajar sebelumnya,tarmasuk hukum-hukum tajwidnya,bila bapak balik surau,bapa akan terus masuk bilik,mendengar bacaan anak-anak dari dalam bilik,bila terdengar ketukan atau deheman masing-masing berhenti dan mancari kesalahan,walaupun tidak terlibat dengan kesalahan tetap juga berhenti dan mengulang ayat tersebut. Sesiapa yang bapak rasa puas hati bacaannya akan bapak panggil masuk bilik untuk di ajar ayat seterusnya.Bapak membaca dahulu,anak mengikut,jika salah bapak tegur,selain tajwid bapak juga terangkan maknanya. Kesannya sehingga sedewasa ini bacaan tajwid kakak betul tanpa kakak hafal hukum tajwidnya. Selagi bapak tidak memanggil selagi itulah anak-anak mengulang bacaan tanpa henti.Adakalanya anak-anak terlalu bebal, macam kakak,akibatnya hinggaplah jentikan tajam di telinga,walaupun dengan teresak-esak atau lebih dari itu,bacaan tetap di teruskan,tiada siapa berani menghentikan bacaan.Tiada muka untuk orang merajuk atau tersumbat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular