DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 15 Februari 2010

Bapak siri 9 (Walau jauh beribu batu,hilang di mata di hati jangan)

Kampung Sungai Manila iaitu tempat tinggal bapak jauh, nun di pendalaman.Perhubungan darat amat susah, asalnya penduduk menggunakan sungai,tetapi beransur-ansur menggunakan jalan darat. Surat pula beberapa minggu baru sampai.Bapak dapat menempuh kesukaran dengan sabar,tetapi bapak amat terkilan perkara yang berlaku pada bapak. Ayahanda bapak iaitu Embah Lanang(Haji Bawok)  pulang ke rohmatullah. Pakcik dan Makcik telah hantar telegram pada bapak melalui balai polis berdekatan,tapi telegram itu tidak sampai akibat kesukaran hubungan jalan,pada ketika itu musim hujan, tiada siapapun anggota polis sanggup meredah dan menyampaikan telegram yang tiada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam itu.Akibatnya setelah seminggu berlalu barulah telegram sampai.

Bapaktergesa-gesa membawa emak dan adik yang terkecil iaitu Abu Ahnaf dan Umi Hana. Kakak telah remaja ketika itu dan kebetulan sedang cuti sekolah,kakak boleh jaga adik-adik lain. Setelah bertukar-tukar jenis kenderaan,bapak terus ke kampung di Seri ladang,sesampai di kampung keadaan rumah sunyi sepi tiada penghuni,rupa-rupanya Embah meninggal di Bandar,di Batu pahat,di rumah makcik.Bapak dan Emak pun mencari kenderaan balik ke bandar. Setelah 1 minggu berlalu, bapak hanya berpeluang menziarahi pusara Embah Lanang di Tanah perkuburan Batu pahat.

Bapak tabah,Bapak akur dengan Qadak dan Qadar,sebab bapak tahu bapak masih ada hubungan dengan ayahandanya jika bapak menjadikan diri bapak sebagai anak soleh yang ditinggalkan oleh ayahandanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular