DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 8 Februari 2010

Bapak Siri 6 (Bagai belut pulang ke lubuk)

Semenjak merantau Bapak jarang sekali balik kampung,bukan Bapak melupakan keluarga,bukan, jangan anggap bapak begitu.Bapak tidak cukup wang untuk perjalanan. Sabak Bernam dan Johor jauh. Bapak mengumpulkan duit dengan mengambil upah apa jua kerja yang diberikan.. Selepas bernikah dengan emak pada tahun 1950,ketika cuti sekolah akhir tahun Bapak membawa emak balik kampong di Rengit untuk diperkenalkan pada keluarga. Masa tu Bapak masih menuntut di pondok lagi. Pada ketika itu emak tidak faham erti perkahwinan.Ibunya(Embah saya) memakaikan penuh barang kemas ditubuhnya,kerana itulah lambang kesenangan  embah.Di pertengahan jalan bapak buka semua barang tersebut dan simpan.Setelah hampir kampung baru bapak pakaikan kembali.Setibanya di kampung hebuhlah bapak membawa isteri yang masih kecil. Embah(emak bapak) menyambut bapak dengan tangisan. Beliau sangat terharu bagaimana besannya boleh tega melepaskan anak gadisnya dengan orang yang tidak diketahui latarbelakang keluarganya. Tambahan lagi dengan keadaan tubuh yang dipenuhi barang kemas. Kalaulah diambil semua barang kemas dan ditinggalkan budak ini di tengah jalan tiada siapa yang boleh menolong. Emak yang naif hanya terpinga pinga, tidak faham erti ipar duai, sangat menerima layanan yang  baik.
siap bermain skipping,beranang dalam kolam lagi dengan adik-adik iparnya yang lebih berusia. Setelah habis cuti sekolah Bapak membawa emak balik ke Sabak Bernam. Emak meneruskan persekolahan dan bapak meneruskan pengajian di pondok.

Selepas Bapak membuka tanah,dan mempuyai 3 orang anak iaitu abang, kakak dan adik Ismail,pada tahun 1963 barulah Bapak dapat balik kampong lagi. Bapak mengumpulkan wang hasil jualan cili,terung dan sayur-sayuran untuk perbelanjaan balik kampong. Pada ketika tu tidak lagi perkhidmatan bas ekspres, Bapak akan menaiki teksi dari Sabak Bernam ke Teluk Anson,kemudia teksi ke Tapah Road, menaiki keretapi dari Tapah Road ke Keluang, kemudia menaiki bas ke Batu Pahat,akhirnya ke Pekan Rengit lalu masuk kampong Bapak di Kampug Seri Ladang.

Keluarga Bapak amat menyayangi Bapak, mereka melayan bapak sekeluarga dengan amat baik sekali,anak-anak seronok di sana,walaupun jarang bertemu,kemesraan terjalin amat baik.Yang paling kakak ingat Pak Uda yang baru menjadi guru akan membawa kakak naik skuter pusing keliling kampung.Tetapi Bapak tidak boleh lama-lama di kampong,bapak perlu balik,kebun bapak perlu di jaga nanti di rosakan oleh monyet dan babi. Bapak perlu bekerja untuk menggantikan wang yang telah di belanjakan.Bapak tahu adik-adik masih belum puas bermesra dengan Bapak,dan anak-anak belum puas bermanja dengan bapa dan emak saudara mereka,tapi apa kan daya.

Kali ketiga Bapak balik kampong pada tahun 1968 setelah mempunya 5 orang anak iaitu Abang,kakak Ismail, Ramlan dan Ramlah. Masa itu cuti akhir tahun kak baru darjah 1..Bapak balik sempena perkahwinan Pak Andak.Beberapa hari kami di sana dapatlah bergaul dengan sepupu-sepupu yang sebaya kami. 

Selepas dari itu bila balik kampong Bapak tidak dapat membawa semua anak-anak sekaligus,sebab anak-anak semakin bertambah, Bapak akan menggilirkan anak-anak yang di bawanya.Selalunya anak yang paling kecil.Yang besar tinggal di rumah,atau bapak bawa anak yang besar,emak dan anak-anak yang kecil tinggal dirumah. Begitulah seterusnya. Sehinggalah Kakak dah bekerja dan berumahtangga Kakaklah yang akan membawa Bapak dan Emak menziarahi saudara mara di Johor.



وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

al-Isra’:23

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”


Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular