DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 6 Februari 2010

Siri 4(Pertemuan Bapak dan Emak)

Perkahwinan Bapak dengan emak bukan atas dasar bercinta atau pertemuan pandang bertama. Seperti yang saya sebut di Bapak siri 1 di pondok Bapak seorang pelajar yang pintar.sehingga Pak Kiyai sering memberi kepercayaan kepada Bapak untuk menggantikannya semasa beliau ada urusan lain, beliau diamanahkan menjadi lurah pondok.lebih kurang seperti ketua murid mengikut istilah persekolahan masakini. Bapak pelajar miskin yang merantau,tidak dapat pembiayaan dari keluarga sebab keluarga Bapak pun susah,dan punya anak yang masih bersekolah. Pak Kiyai Abas simpati,lalu di carikan sesaorang untuk menaja dan di jadikan menantu.Melihat keistimewaan dan potensi  yang dipunyai oleh Bapak, adalah pilihan yang tepat untuk menjaga anak gadis kesayangannya terus sahaja Haji Sidik bersetuju menjadikannya menantu dan di biayai sepanjang pengajiannya. Sebenarnya sebelum itu tawaran telah diberikan pada seorang individu yang paling kaya di kampung tersebut,tetapi di tolak atas alasan tidak tahu asal usul dan tidak punya harta benda. Nampaknya Haji Sidek mempunyai pandangan yang jauh,beliau tidak memandang kekayaan duniawi.Pada ketika itu emak berumur 9 tahun,yang tidak tahu apa-apa pun erti perkahwinan. Usia bapak pula ialah 19 tahun,10 tahun beza umur mereka.

Bapak seorang pemuda yang tinggi akhlaknya,walaupun telah di lafaz akad nikah,Bapak tidak langsung menyentuh emak. Emak masih terus bersekolah sehingga darjah 6 dan melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah agama Ehya Sharif, Gunung Semanggol. 
Setelah dua tahun bersekolah ayah emak meninggal,lalu Abang emak menasihatkan emak berhenti sekolah dan mengikut Bapak sebab tiada siapa yang membiayaki  persekolahan emak.Dalam berat hati emak menurut juga perintah.Seusia 15tahun barulah emak berkhidmat sebagai isteri. Sewaktu mula mula Bapak meneroka hutan emak tinggal bersama embah sebab emak mengandung anak pertama yang kemudian kandungannya meninggal sebelum dilahirkan. Setelah emak sihat  barulah Bapak bawa emak ke tanah belukar yang di terokainya.

Pada tahun 1957 Seusia 16 tahun Emak dan Bapak 26 tahun mereka memulakan kehidupan di pinggir hutan. Setahun kemudian melahirkan Abang Hashim seusia 17 tahun dan melahirkan saya seusia 18 tahun. 2 tahun kemudian melahirkan anak ke 3 Ismail. Seterusnya lahirlah anak  ke 4 Ramlan usia emak 22. Anak ke 5 Ramlah diusiah 24, Anak ke 6 Najib diusia 25. Hanif anak ke 7، Khanifah anak ke 8,Kamil anak ke 9 Sidik anak ke 10 usia emak 39. Seusia emak 39 dan Bapak 49,mereka telah di kurniakan 7 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan. Membesarkan 10 orang anak dengan membangunkan sebuah penempatan dengan kekuatan rohani dan jasmani tanpa henti dan alpa mempergantungkan diri pada Khaliknya. Dalm tempoh itu pastinya terlalu banyak liku liku curam yang telah ditempuhi.Tanpa kekuatan dan perhatian dari Allah pastinya kecundang sebelum sampai kepuncaknya.

Akhirnya mereka berpisah apabila bapak telah dipanggil Ilahi pada 2014. 

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Qs. An Nur:26) 

Bersambung....

#kisahbapak #nostalgia #Malaysiakuduludulu.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular