Dari setahun kesetahun Shabuur melayarkan bahtera,kadang tenang,kadang bergolek-golek,yang pastinya tidak pernah karam,segal kebocoran dan kebejatan ditampal di sana sini.Azam di hati biar anak-anak puas menerima kasih sayang sepanjang mendewasakan mereka.Anak-anak menjadikannya seperti sahabat tempat mencurah rasa kegembiraan dan kedukaan,agar zuriat yang di turunkan nanti tahu tanggungjawab menjadi hamba Tuhan.
Pada anak-anak selalu di ingatkan,berhati-hati memilih kawan, bersopan dalam pergaulan, cari ilmu dan pengalaman sebagai bekalan, hormati insan lain sebagai taulan , istiqamah dalam amalan,libatkan diri dalam perjuangan menyelematkan Islam, Zuhud dalam kehidupan,
Kini setelah mengharungi hidup selama 52tahun,dan 23tahun mengharungi alam rumahtangga,anak-anak telah membesar,adik-adik telah membena kelurga masing-masing,Setiap kali bertemu dan berpisah dengan adik-adik masih ayat yang sama diulang “Jaga solat,cari ilmu,didik anak-anak jadi manusia” kalau dulu ayat itu akan di jawab dengan “Taulah kitaorang,kita orang pun sekolah jugak,jangan anggap abang rajin sembahyang pasti masuk syurga,banyak lagi salah abang pada kita orang”, tapi kali ini dengan mata bertentangan dan jatuh ke lantai “Inyaallah bang” lalu berlaku pelukan yang ada esakan.
"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Pak Shabuur dan Mak Fitrah,
BalasPadamseronok baca n3 berepisod ni, bukan setakat seronok je, tapi banyak pengajaran di dalamnya.
syabas!!!! walaupun banyak rintangan dan dugaan, keluarga Pak Shabuur kini hidup bahagia....he he he...