DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 9 Ogos 2018

Episod 24

🔖 Episod 24

📆 Khamis 2.8.2018

‌يوم #الخميس 20 #ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 02 #أغسطس 2018م.

📌 Tajuk : Feel mudhari' - untuk pihak pertama (perempuan)

أَنَا - saya
نَحْنُ - kami/kita

أَذْهَبُ - saya akan pergi
نَذْهَبُ - kami akan pergi

💠 mesti pastikan sebutan huruf ذ adalah betul, iaitu dengan meletakkan lidah di gigi atas. 💠

نَذْهَبُ غَدًا
Kami akan pergi esok.

✏️ Perkataan نذهب غدا sudah membawa maksud esok sbb perkataan غدا bermakna esok.

✏️ Kalau kita nak tegaskan ayat, yg kita memang benar² akan pergi, kita gunakan huruf sin (س) - ُسَنَذْهَب

✏️ Jadi bukanlah apabila ada perkataan 'akan' saja, kita akan gunakan huruf س, utk menandakan maksud akan.

✏️ Majoriti yg belajar bahasa arab, mereka ingat huruf س itu, maksudnya 'akan'.

✏️ Feel mudhari' itu sendiri sudah membawa maksud 'akan dtg'. Sehingga ada aliran ulama' nahu menamakan feel mudhari' sebagai فعل مستقبل

✏️ Huruf س ni kita gunakan UNTUK MENEGASKAN bhw ia BENAR² akan dilakukan pd masa hadapan.

نَذْهَبُ غَدًا - kami akan pergi esok

سَنَذْهَبُ غَدًا - kami akan pergi esok
(membawa maksud yg sama, cuma yg  ni, ada sedikit penegasan)

سَأَذْهَبُ إِلَى بَيْتِهِ غَدًا
Saya akan pergi ke rumahnya esok. (nya refer kpd lelaki)

✏️ Bila buat ayat ini, apa yg perlu kita fikirkan di saat ayat ni diucapkan, adakah perbuatan telah berlaku? Jika belum berlaku atau akan berlaku, jadi kita akan gunakan feel mudhari' dan tidak sekali² kita mengunakan feel madhi'.

إِلَى - ke

سَأَذْهَبُ إِلَى بَيْتِهَا
Saya akan pergi ke rumahnya. (nya refer kpd perempuan)

سَأَذْهَبُ إِلَى بَيْتِهِمْ
Saya akan pergi ke rumah mereka.

سَأَذْهَبُ إِلَى بَيْتِهِمَا
Saya akan pergi ke rumah mereka berdua.

سَأَذْهَبُ إِلَى بَيْتِكَ غَدًا
Saya akan pergi ke rumah kamu (L) esok.

سَنَذْهَبُ إِلَى بَيْتِكِ غَدًا
Kami akan pergi ke rumah kamu (P) esok.

🖇 Ulang tasrif feel mudhari' :

يَذْهَبُ
يَذْهَبَانِ
يَذْهَبُوْنَ
تَذْهَبُ
تَذْهَبَانِ
يَذْهَبْنَ
تَذْهَبُ
تَذْهَبَانِ
تَذْهَبُوْنَ
تَذْهَبِيْنَ
تَذْهَبَانِ
تَذْهَبْنَ
أَذْهَبُ
نَذْهَبُ

Episod ke 29

🔖 Episod 29

📆 Khamis 9.8.2018

‌يوم #الخميس 27#ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 09 #أغسطس 2018م.

📌 Tajuk : Latihan 📝

✏️ Saya akan pulang esok.

سَأَرْجِعُ غَدًا

✏️ Saya akan pulang awal.

سَأَرْجِعُ مُبَكِّرًا

✏️ Baliklah awal!

اِرْجِعْ مُبَكِّرًا

✏️ Saya dah pulang/balik awal kelmarin.

رَجَعْتُ مُبَكِّرًا أَمْسِ

✏️ Mengapa saya nak pulang awal?

لِمَاذَا أَرْجِعُ مُبَكِّرًا؟

✏️ Ayah saya akan datang malam ini.

أَبِي سَيَأْتِي اللَّيْلَةَ/ سَيَأْتِي أَبِي اللَّيْلَةَ

👈 اللَّيْلَةَ - malam ini

👈 أَتَى - يَأْتِيْ = datang

✏️ Menjunjung perintah. 😅🤗

عَلَى العَيْنِ وَالرَّأْسِ

💠 Kalimah 'على العين والرأس' ini digunakan untuk nyatakan persetujuan kita dalam membuat sesuatu yang diperintahkan.

💠 Selain perkataan أَبِي kita boleh guna perkataan وَالِدِي yang membawa maksud, ayah saya.

💠 Perkataan يا أبت dalam Al Quran, membawa maksud, "Wahai bapa kesayanganku!"

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Surah Yusuf : 4)

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

(Surah As-Saaffat : 102)

✏️ Apa yang kita nak makan?

مَاذَا سَنَأْكُلُ؟

            ✿ •┈┈┈┈┈•  •┈┈┈┈┈• ✿

Catatan Popular