DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

KAMI (II)


Kesah mengenai perompak dan mangsa. Suatu hari Mangsa telah diugut oleh seorang perompak. Dipaksa si Mangsa menyerahkan wangnya. Mangsa di ikat dan ditunjukan sebilah pisau yang tajam. Pilihan pertama,Mangsa perlu menyerahkan sejumlah wangnya jika mahu terselamat dari mata pisau berkiklat yang bila-bula masa akan mencalar-jalarkan lapisan kulit Mangsa. Pilihan kedua,kuatkan jiwa,jangan serahkan wang tersebut, Jika diberikan seolah-olah menggalakan lagi perbuatannya.

Jika lah pilih pilihan pertama. Sekarang Perompak gembira tapi Mangsa berduka. Jarang sekali mangsa rompakan yang menghalalkan sahaja wang tersebut kepada perompak. Tapi jika dia mengikhlaskan,tiadalah menjadi kesalahan,itulah tanda insan yang dekat hatinya dengan Tuahannya. Adakah perompak itu akan dapat hidup dengan tenang dengan menggunakan wang yang dirompaknya? walaupun dia hidup senang lenang dan berpoya-poya adakah itu ketenangan baginya, dia tidak akan dapat lari dari di hantui ketakutan sehinggalah dia bertaubat dan berusaha mencari mangsa untuk menebus dosanya. Bagi si mangsa pula,samaada dia dapat meredokan atau tidak perbuatan perompak tersebut adalah haknya. Tapi jika si mangsa itu adalah seorang yang tawadhuk dan mahu Allah sentiasa membalas cintanya ,dapatlah perompak itu kemaafan.

Kalau memilih pilihan kedua.Tidak mengapa jika jiwa terkorban, mangsa tetap pertahankan haknya,tidak berdosa pun.Sekurang-kurangnya tidak memberi peluang perompak tersebut terus menerus makan harta rompakannya. Tambahan lagi wangnya masih dalam bank,dalam perjalanan ke bank,berbagai helah boleh kita fikirkan. Atau sekurang-kurangnya semasa pisau diangkat kita sempat menyebut nama Allah,disaat nyawa kita berpisah dari badan,maka kita mati dalam iman.InsyaAllah

Begitulah tamsilan cerita yang Makbonda berikan pada sahabat dalam KAMI bila sumainya mahu isteri pertamanya membayar layanan dan kasih sayang padanya dengan wang ringgit. Apabila suaminya telah rasa tersepit dalam budget bulananya setelah beristeri dua,maka dideranya mentel isteri pertama dengan mengabaikan nafkah batin pada si isteri pertama.

Dulu semamangnya Si isteri tidak pernah memegang kad ATMnya sendiri,tapi semenjak suaminya memilih untuk berpoligami,dimintanya kad tersebut untuk diurus sendiri. Suaminya itu adalah ketua cawangan kampung,sentiasa mengiringi YB YB kemana mana,merasmikan sukan,merasmikan Mesyuarat PIBG,Mesyarat cawangn dan sebagainya. Cara Jalan pun penuh segak dengan dada yang menegak. Memang berimejkan YB-YB yang poket penuh berisi,hingga ramai yang jatuh hati,rupa-rupanya guna kad isteri.

Lalu sahabt dalam KAMI itu pun keliru,pilihan mana harus dituju. Makbonda yang kekurangan ilmu tapi lebih bernafsu ini pun hanya membuka jalan,Yang paling utamanya adalah dalam doa Istikharah,tunggu Isyarat dari Ilahi.

Tetamu oh tetamu,sila masuk.(III)


Pagi tadi rumah kami didatangi tetamu lagi.Makbonda sedang membelek pokok pegaga yang tumbuh sendiri dipangkal pokok janda kaya.

"Assalamualaikum Mak Cik,saya nak jumpa Cikgu"

Walaupun macam janggal dipanggil begitu oleh lelaki yang begitu dewasa,Makbonda tetap jawab salam dan panggilkan suami dalam rumah.

Mereka bersembang berdua dan makbonda suruh anak teruna yang tengah demam keluarkan air dan biskut.Antara dengar dengan tidak butir perbincangan mereka.

Lebih kurang beginilah diolognya yang dapat tercuri dengar oleh Makbonda;

"Terimakasihlah sebab kamu ingat saya,sudi jumpa saya minta tolong,sememangnya saya nak sangat jumpa kamu. Kamu bekas murid saya dan sekarang anak kamu pulak jadi pelajar saya.Cuba cerita pada saya apa sebenarnya masaalah kamu."

"Entahlah cikgu,nasib saya malang,semua orang memulaukan saya,mana-mana saya pergi semua tak suka saya,tu sebabnya saya hisab dadah,nak lupa masaalah.Hari tu saya pergi sekolah,nak ambik duit bantuan anak saya,Cikgu perempuan tu halau saya. Belagak betul perempuan tu. Pagi tadi orang rumah mengamuk,suruh saya beli beras,kalau tak beli dia nak pergi pejabat ugama,dia nak lari balik Kedah. Saya mana ada duit. Saya nak pinjam dengan adik beradikpun dia orang semua kedekut,sombong,baginya idak,maki hamun yang dapat,tu yang saya jumpa cikguni"

"Sebenarnya saya ada mengikuti kesah kamu dari kecil sampai sekarang. Kamu dikeluarkan maktab pakcik kamu terpaksa tanggung sebab dia penjaminnya. Kamu pernah fikir tak macamana isteri kamu,sanggup kerja jadi jaga,macammana kalau jadi apa-apa pada dia malam-malam."

"Habis dia pun nak kerja,saya nak cakap macamana."

"Dia kerja sebab nak sekolahkan anak-anak kamu.Anak-anak kamu tu bagus otaknya,kamu tak pernah ke terfikir apa jadi pada dia?Pernah tak kamu terfikir apa jadi kalau dia tahu latarbelakang kamu atau dia dengar orang keliling menyebut perihal bapa dia. "

Dia mengangkat muka dan menarik mafas bila di sebut perihal anaknya.Matanya berkaca-kaca.

"Cakap terus terang dengan saya betul ke kamu guna duit biasiswa anak kamu? Macammana kamu tidak di halau cikgu tu"

"Sudah-sudahlah tu,tolonglah berubah,orang keliling tak boleh tolong kamu,diri sendiri lah kena buat. Kamu sekarang dah 40 lebih,saya doakan mudah-mudahan inilah masa untuk kamu berubah.Nanti bila anak-anak dah dewasa takut anak-anak hilang hormat kat bapanya,silap-silap kamu di tinggal kat tepi jalan atau kat setesyen bas."

Dia membatu,tanpa suara.Suami masuk kedapur bertanya stok beras.

"Oklah kamu kata kamu nak duit beli beras,Ni saya ada beras belum buka,bawaklah balik,ni RM20 buat isi minyak kereta,saya bagi banyak pun nati kamu beli dadah. Terimakasih sudi jumpa saya,saya masih bersedia berjumpa kamu lagi."

Dia bersalam lalu memeluk sumi,dengan membawa sekampit beras dia masuk dalam kereta sambil teresak-esak.Suami Makbonda menggeleng-geleng kepala sambil di intai oleh isteriya.

Suamipun berceritalah siapa dia. Dia seorang bapa kepada seorang pelajar di kelas suami.Dia juga adalah bekas pelajar suami. Semasa tingkatan 1 hingga 3 bersekolah si SMS Bukit Mertajam,tentunya pelajar yang cerdik. Dikeluarkan asrama kerana kes salahlaku dan masuk sekolah suamai. Tingkatan 5 pindah ke Teluk Intan hingga 6 atas. habis STP dapat masuk maktab Perguruan dan dikeluarkan kerana positif dadah. Bekerja dari kilang kekilang lain diberhentikan kerana kes salah laku.Berkahwin dengan gadis kedah,lalu dihalau oleh Mertua kerana kes salah laku,dan balik ke Sabak Bernam membawa anak isteri tinggal di rumah ibubapa. Masa terus berlalu anak yang sulung masuk sekolah menengah dan suami menjadi guru kelasnya. Isterinya bekerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah suami. Akhir tahun lepas rumah yang diduduki terbakar hangus,suami dan beberapa rakan guru melawat dan menyampaikan derma. Pusat Zakat membantu membena rumah kembali. Wang derma dari sekolah habis disapunya. Anak sulungnya seorang pelajar yang cerdas dan tekun belajar,dapan bantuan tapi disapu dek bapakanya juga.

Pagini dia datang berkereta mahu meminjam duit RM50,mahu beli beras katanya. Dia datang mencari bala. Sebelum dapat duit dapatlah ceramah dahulu.

Semoga kunjungan dia kali ini adalah pemankin kepadanya untuk berubah.

Sabtu, 26 Februari 2011

Tetamu oh tetamu,sila masuk.(II)

Kami dikunjungi tetamau,sepasang suami isteri, pangkat adik-adik,baik cantik,padan dan sedondon,kedua-duanya berpendidikan,keduanya bekas pelajar sekolah agama,juga menjawat jawatan bertitle agama.

Sudah lama tidak bertemu mereka,seorang demi seorang anak kami ditanyainya.Tapi semua mereka sedang tiada di rumah,hanya kami berdua.

“Wah dah besar-besar ya anak-anak akak,rasa baru beberapa hari saya dukung-dukung mereka.”

“Itulah tanda kita jarang jumpa,kalau selalu jumpa tak rasa tumbesaran mereka”

“Yang besar dah bekerja,kejap lagi dah nak menatu lah ye,dah berpunya ke belum?.”

“Cara tanya macam nak merisik je? Setakat ni belumlah lagi,tapi tak pun diberitahunya, Cuma dah bagi klu nak terima calon suami,orangnya yang bekerja untuk agama. Orang beragama yang membawa meseg agama.”

“Wao berat tu,kalau macam tu kena lah kahwin dengan orang tabligh,tapi sanggunp ke selalu di tinggal-tinggal.”

Terkedu kami,kalaulah itu persepsinya orang agama terhadap istilah bekerja untuk agama dan orang beragama,apalah meseg yang disampaikan dalam tugasnya sebagai orang agama.Bekerja untuk agama hanya digambarkan sebagai orang tabligh, istilah orang tabligh pun tidak di hayatinya.

Seorang bapa iatu ketua keluarga semestinya mewakili agama dan membawa meseg agama untuk membentuk keluarganya yang dipimpinya. Jikalah ianya gagal jadilah seperti apa yang kita lihat sekarang,ibu bapa orang agama tapi anak anak berketerampilan atau berimeg tidak bezanya dengan imeg berpakaian serta tingkah laku orang yang tidak memberatkan agama. Anak-anak disekolahkan sekolahagama,semasa bersekolah bertudung labuh kerana itulah etika pakaian yang ditetapkan,tapi apa jadi bila telah melewati zaman persekolahn,bila telah memasuki IPT atau memasuki dunia pekerjaan,imeg sekoalah agamanya berpusing arah sama sekali,hingga tidak boleh dibezakan dengan bekas pelajar sekolah biasa. Yang agak janggalnya ibubapa berimej agama tapi berjalan beriringan dengan anak-anak yang berimeg sebaliknya...

Hanya ibu bapa yang beragama sahaja yang mampu menegur anak gadisnya agar membetulkan pakaian,melabuhkan baju untuk menutup punggungnya,melabuhkan tudung untuk menutup dadanya.Men egur anak lelakinya agar melabuhkan seluar nya semasa bermain footsal atau sepak takraw.

Rabu, 23 Februari 2011

KAMI

Dia juga seperti Makbonda. Seorang wanita, seorang ibu kepada anak-anak yang remaja atau lebih,isteri dan seorang pendidik yang seusia makbonda.Setiap hari dia menumpang solat Dhuha di bilik Penyelaras Media Sekolah, itu ialah bilik Makbonda,alasannya di surau selalu bertembung dengan guru lelaki atau ustaz/ustazah menjalankan P&P di sana. Tidak mengapa,makbonda suka,bersyukur,semoga bilik ini mendapat kerahmatan dan dimunafaatkan.

Makbonda suka berkawan dengannya sebab kami sering berbincang mengenai akhir kehidupan abadi kami. Saling berbuat percambahan minda untuk membaiki diri sebagai bekalan hari akhir. Mungkin disebabkan kami seusia dan sama-sama mengalami proses penuaan . Perbezaan antara kami ialah Allah SWT lebih menyayanginya,kerana dia telah diuji dengan ujian yang berat bagi seorang wanita dan isteri. Suaminya telah bernikah lain dengan menggunakan sendikit pernikahan di seberang, beberapa bulan yang lalu. Sejak persitiwa pernikahan,rumah tangga yang dulu damai kini telah beriak-riak dan bergolak. Tambah menekan lagi dia terasa menerima deraan emosi dan mental. Suaminya masih pulang bila tiba giliran,tapi mendiamkan diri tanpa suara bila bersama.

Bagi diri Makbonda,ini juga adalah satu ujian. Sikap atau tindakan bagaimana perlu Makbonda lahirkan bagi membantunya memlih persimpangan. Diri masih miskin dengan ilmu,dan tinggi sifat mazmumahnya. Nafsu pula sering bertakhta di hati.Dalam dia bercerita kesahnya,dia sering meminta pandangan bagaimana dia mahu mengubat hatinya. Semoga setiap patah perkataan yang Makbonda zahirkan adalah yang datangnya dari akal bukanya dari nafsu amarah. Makbonda perlu menambah ilmu dari masa kesemasa bagi berhadapan dengannya. Semoga jalan yang dipilih olehnya adalah jalan yang di redhaiNya.Semoga diri ini sentiasa bersyukur dan menghargai apa jua yang yang dikurniakan Ilahi.

Ya Allah, Ya Malikul Mulk,bantulah aku.Jadilah aku seperti dahan hidup,yang kukuh,menjadi tempat bergantungan makhluk lain. Jauhilah aku,dari menjadi dahan mati,yang reput lalu jatuh bila digantungi,dan manjadi bahan api bila dibakar,lalu memusnahkan.Jauhilah Ya Allah. Ya Wahhab,Berilah aku kebijaksanaan,supaya setiap yang aku perkatakan adalah mengundang kesejahteraan. Ya Allah,Ya Ghaffur Ya Salam, jadikanlah apa yang aku hadapi ini menambah kematangan ku untuk aku muhasabah diri.

Jumaat, 18 Februari 2011

Warkah untuk Puteraku

Kehadapan Puteraku semoga kamu sedang gagah bergelut dengan semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai jambatan menuju kehidupan abadi.

Anakanda

Terimakasih menjadikan bonda sebagai sahabat rapatmu,dan terimakasih memberi peluang kepada bonda menyuntik dos semangat dan motivasi pada jiwa anakanda sebagai senjata untuk menghadapi gelombang dan liku perjalananmu.

Sesungguhnya anakku,dimana juga perjalanan kehidupan akan mengundang kepada cabaran dan ujian,ianya bukan untuk menghentikan perjalananmu tapi menambah tenaga untuk perjalanan yang lebih perkasa.InsyaAllah.

Ibu mana yang tidak merasakan kesakitan dan keperitan yang di alami oleh zuriat yang di lahirkan dengan bersusah payah,tapi sebagai seorang ibu yang cinta kepada anaknya kerana Allah,Bonda tetap yakin bahawa pencipta kesakitan itu adalah atas kerja-kerja Allah,tidak lain tidak bukan untuk menambah ketahanan jiwa Anakanda.


Siapa juga tidak akan mahu kesakitan dan keperitan itu menimpa diri,tetapi apabila telah menimpa dan jatuh ke batang hidung kita,kena lah hadapi dengan redho dan penuh kesabaran. Jadikan Allah sebagai tempat merujuk.

Anakanda,jangan salahkan mereka yang yang menyakitimu,pembalasan baik buruk hanyalah Khalik yang berhak. Hak makhluk ialah membena kekuatan dan pertahanan.Pasti ada sebab musabab mereka berperilaku begitu,samada dari dalam diri dia atau berpunca dari anakanda sendiri kerana bonda tidak mendengar dari kedua pihak dia.

Cuba kamu imbau semasa kamu berlatih pingpong semasa sekolah rendah dahulu. Ingat tak bagaimana Cikgu Mohdzir melatih kamu hingga kamu berjaya menjadi pemain wakil daerah? Ingat tak dia telah mengikat batu bata yang berat di tangan kamu,sehingga tangan kamu menjadi kuat untuk membalasah smash pihak lawan,dan akhirnya kamu berjaya mengalahkan pemain seluruh Selangor. Begitulah Allah mahu memberi kekauatan pada kamu,samaada fizikal dan mentel,di turunkan individu itu sebagai asbabnya. Ingatkah kamu cerita Si badang. Dia juga menjadi kuat sebab terpaksa makan muntahnya sendiri. Sesungguhnya kejayaan itu tidaklah datang secara percuma.

Apa yang kamu rasai hanyalah sekelumit dari apa yang Rasulullah dan sahabat-sahabatnya alami untuk mewariskan Islam kepada kita dan Ummah. Subhanallah,segala deraan fizikal dan mental kepada para Sahabat adalah mendapat bayaran dengan perkembangan Islam seluruh antero alam,dan meletakkan kita dalam golongan yang terselamat.Alhamdulillah.

Ikutilah saja kisah Tarek el-Tayyib Mohamed Ben Bouazizi yang mengorbankan dirinya hingga menyuntik semangan rakyat Tunisia untuk bersama-sama bangun bersuara dan bertindak hingga mundurnya Zine El Abidine Ben Ali yang zalim itu. MasyaAllah.

Anakanda,

Alangkah berbahagianya Kabsyah bintu Rafi’ bin Muawiyah (Ummu Saad) yang di doakan oleh RAsulullah SAW

"Ya Allah, singkirkan kesedihan hati mereka, ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan”. Setelah ketiga-tiga puteranya sahid di medan juang.

Semoga bertemu lagi di lain ketika,sekian untuk kali ini. Semoga dangan ketibaan warkah ini dapat menyuntikkan inspirasi dalam kehidupan mu.

Bonda menyangi mu kerana Allah.









*Warkah ini adalah adaptasi dari email-email yang Makbonda kirim pada pelayar yang baru kena pukul oleh siniornya di dalam kapal.

Rabu, 16 Februari 2011

Kerinduan?

Hari tu Makbonda berserapan di rumah Emak. Nasi lemak lauk sambal ikan bilis dan telur dadar bungkus daun pisang. Suami beli di hujung kampung bersama Bapak selepas subuh,sambil beronda-ronda keliling kampung bermesra menantu dan bapa mertua sambil mengesahkan cerita lampau dulu-dulu.

Bersarapan diselangi dengan kesah dari isu kajatuhan Husni Mubarak sehinggalah kesah bumbung mesjid yang sedang di baik pulih walaupun kondusinya masih elok,bukan membaik pulih kemakmurannya. Bila tiba mengemas,Emak tidak membenarkan Makbonda buang daun pisang bungkus nasi lemaknya.Di lipat-lipat dan di letak dalam tudung saji.

"Biarkan,dalamnya masih ada sambal,nanti siang-siang balik dari kebun tambah nasi sejuk boleh sambung makan"

Diam-diam makbonda buka ,memanglah masih ada baki sambal lagi. Bila mengemaskan hidangan,sisa-sia makanan akan dikumpulnya,itu lah rezeki untk ayam dan kucingnya. Di belakang rumah,ada tong yang telah di potong,di tutup dengan daun kelapa kering.Bila Makbonda buka rupanya kulit bawang,kentang,pisang dan segalanya bahan buangan yang mesra alam diperapnya,katanya proses buat baja kompos.

"Mak tengok kat rumah kamu dulu,ada buku cara buat baja kompos,ni nak buatlah"

MasyaAllah, advance nya Mak ni. Kita yang beli buku, Mak yang praktikkan.

Begitulah Emak Makbonda. Kadang malu dengan kreativitinya. Dia buat reban ayam dengan tenaganya sendiri, Bapak sudah tidak berdaya nak membantunya. Mak bukan tidak berduit. Bebarapa keping tanah kelapa sawitnya tidak habis di makan,tambah-tambah dengan memuncaknya harga pasaran terkini. Tidak peduli bagaimana parahnya ekonomi negara masa kini,kehidupan dia masih tenang seperti biasa. Pandangan emak antara keperluan dan kehendak adalah jelas.

Kehidupan Mak penuh dengan keberkatan.Dia sering mengingatkan pada Makbonda dan anak permpuan laina agar mengamalkan surah Waqi'ah dan membiasakan Solat Dhuha.

Di sana-sini orang mengeluh tentang kenaikan harga barang. Tapi Emak tetap tenang. Kalau dah mahal jangan lah beli,tukar barang yang murah asal khasiatnya sama. Emak sangat mementingkan natrusi makanan.

Sekolah Makbonda bertugas adalah sekolah yang kecil. 160 orang pelajar dan 18 guru.
Pengusaha kantin kena pandai membuat budget makanan,tidak mahu berlebihan tetapi masih menguntungkan.Makanan yang disediakan cukup-cukup untuk warga sekolah. Tapi pada pagi-pagi ada beberapa penjaga yang tumpang sekaki minum di kantin,ada kalanya memborong kuih-kuih yang di jual,akibatnya tidak mencukupi bekalan untuk warga sekolah. Yang hairannya ibu-ibu tersebut tidak punya apa-apa kerja di rumah,antaranya yang memohon bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM),atau pun terdiri dari Asnaf Zakat.

Rasa-rasa mahu sajaa kumpulkan mereka dan panggil Emak di kampung untuk bagi tazkirah irah pada mereka, bagaimana hendak mengubah kehidupan mereka.

Mak,ceritalah pada mereka sejarah hidup Mak . Bagaimana Mak membesarkan kami di desa pendalaman yang jauh dari serba serbi. Bagimana Mak membantu bapak menguruskan ekonomi keluarga. Bagaimana Mak menundukan nafsu Mak yang 9 itu demi mencukupkan biaya pendidikan anak-anak. Mak cerita lagi,orang susah di sayangi Allah,tolonglah dekat dengan Allah. Dia Maha pemberi tapi kita juga perlu banyak memohon dan berusaha. Katakan juga pada mereka,Mak tidak pernah meminta-minta bantuan pada manusia tapi pergantungan Mak pada Khaliknya.

Mak,semoga emak sentiasa di sayangi Allah,sebagaimana Mak menyayangi kami sejak kecil lagi. Semoga amal jariah yang Mak sering lakukan,dan harta yang sering Mak dermakan akan menyenangkan Mak di alam sana nanti.Semoga ilmu yang Mak turunkan pada kami akan terus turun ke anak cucu. Semoga Mak terus beristiqamah hingga ke akhir hayat.

Mak,tiba-tiba rindu pada Mak,walaupun baru mengunjunginya semalam,dan baru berbual di telefon sebantar tadi. Walaupun aku talah menjadi Emak dan baru bertelefon dengan cucu emak juga selepas itu.



Gambar ikhsan dari sini


Jumaat, 11 Februari 2011

JOM BERSELAWAT.

Baginda lahir sebelum kewujudan saya begitu juga dengan kewafatannya.Di Padang mahsyar nanti kita bersesak-sesak dangan berbagai-bagai darjat kumpulan manusia. Kenalkah Baginda pada saya?. Sedangkan saya mahu syafaat baginda.Oleh itu jom kita banyakkan berselawat keatas baginda.

Rabu, 9 Februari 2011

Kain Batik Sarung VS Kain Batik Lepas?

Kain batik sarung sumber



Kain batik lepas sumber


Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apalagi jika sesuatu itu ialah benda idaman. Begitulah berbunganya hati anak gadis Makbonda bila Embah wedoknya(nenek) memberikan dia sehelai kain batik.Tidak lah sampai dia bermonolog "Alaaah buat apalah bagi kain batik,kita bukan biasa pakaipun"

"Mak,embah bagi kita kain batik,bestnya"Sambil membalik-balikan kain ditangannya "Alamak embah bagi kain betik lepaslah,camanani"

Dalam hati berkata lah Makbonda
"Apa pulak mimpinya emak bagi kain batik lepas kat cucunya. Kalau kat maknya bermaknalah sikit. "
"Betullah ni kain batik,mana pulak kain batik lepas."
"Ni ha belum jahit,mak tolong jahitkan boleh?"
Bila makbonda tengok rupanya kain batik yang belum berjahit.
"Manalah kain batik lepas,ni kain batik sarung"
"Owh lain ke.?"
"Hmmm
Di sekolah kehidupan ,dia belum diajar. Rasa-rasa nak saja telephone pensyarahnya suruh bagi assignment kat dia mengenai hal batik.
"Cuba goggle,cari batik lepas,lepas tu cari batik sarung,lepas tu cerita kat emak"

Kerdilnya diri sebagai seorang makbonda mendidik anaknya,sudah masuk alam dewasa pun tak tahu beza batik sarung dengan batik lepas.Terlepas pandang nak ajar menjahit,kain batik sarungpun mak yang jahit. dulu seusia itu makbonda telah pandai membuat baju kurung, sembat pulak tu,sebab masa tunggu SPM tinggal dengan Embah(nenek) di Batu pahat. Embah ajar cara pakai kain batik,tidak terlerai walau tidak memakai tali pinggang. Kemas tapi mudah bergerak. Kain untuk baju kurung pula dia tidak mahu yang berzip, kena pandai susun ropol kain.

Situasai kehidupan menyebabkan lebih banyak kemahiran hidup yang kita kuasai.Anak-anak yang hidup di zamannya,banyak alternatif lain yang menggantikan kebisaan masa lalu.

Tidak mengapalah anakanda, tak segusar manapun hati bonda bila kamu tiadak kenal kain katik,tidaklah segundah gulananya bila kamu tidak pandai mandi junub,atau tiada persediaan menjawab soalan-soalan bila ketikanya kamu telah dipanggil pulang nanti.



Selasa, 8 Februari 2011

Mencari Idola.


Mengapa harus di peduli kawan yang tidak baik,nanti hati akan sakit lalu berparut dengan kebencian.

Kita peduli pada insan yang baik disekeliling kita,letakan tingkahlaku kebaikan mereka di hati agar segala kebaiikan akan tersimpul di jiwa dan menerbitkan rasa kasih sayang.

Mari kita lihat tingkahlaku baik , insan-insan sekeliling makbonda yang makbonda kutip untuk dijadikan sandaran.Dan semua situasi adalah benar-benar berlaku.

1.Dia ibu,menghantar anak teruna ke asarama selepas menghabiskan cuti akhir tahun.Keadaan dom amatlah bertongganglangang kesan dari tingkahlaku pelajar SPM yang pulang lewat. Dia telah mengambil alih tugas pekerja pembersihan asrama,menyapu segala ruangan dari siling yang bersawang hinggalah dalam setiap locker,demi keselesaan putranya dan rakan se dom. Lalu Makbonda syorkan agar meneruskan kebaikannya dan niatkan demi Allah Taala.

2.Dia saudara yang baik.Salah seorang saudara maranya meminjam vannya,tiba di satu tempat yang 3 jam perjalanan,vannya berasap kehabisan air. Dengan meminjam kenderaan Makbonda dia ke tempat tersebut untuk mengambil balik penumpang,dan vannya tinggal di bengkel untuk di tukar enjin.Makbonda menumpang keiklasannya.

3.Dia ahli masyarakat.Dalam sesuatu majlis atau aktiviti,tangannya begitu ringan, menyebabkan Makbonda malu nak duduk bersembang-sembang tanpa kerja ditangan. Bukankan Makbonda menumpang sama kebaikannya.

4.Dia guru. Bila ditugaskan menghantar anak murid keluar sekoalh,dia tidak sibuk menuntut apa-apa dari pihak sekolah,malah sudah pasti akan di belanja anak muridnya makan dan munum di kedai. Menyebabkan guru lain malu-malu nak buat tuntutan.

5.Dia guru,telah bersara. Sampai saat bersara commitment pada tugasnya tidak pernah surut,bila pada hari itu dia termakan masa masuk kelas,walau disebabkan tugas lain,dia akan tolak wang gajinya untuk sebarang tujuan kebajikan. Apakah tergamak guru lain sering mencuri masa dalam tugasnya?.

6.Dia pejuang kemanusiaan,juga seorang isteri dan ibu, kesana kemari berjuang bersama keluarga, kadangkala kehabisan belanja untuk diri sendiri, memperjuangkan martabat ummah. Di laman sosialnya diletakkan nombor akaun untuk memberi peluang rakan maya berkongsi bersama. Takkan peluang begitu mahu dilepaskan dengan sis-sia?.

7.Dia seorang abang,yang tidak begitu tinggi pendapatannya, Dia menyara adik-adik hingga semua dapat berdiri sendiri.Tidak ada dana utuk simpanan diri sendiri.rupa-rupanya, dananya Allah SWT yang menyimpannya.Dia tidak jatuh miskinpun dengan tindakannya.

8.Dia ibu,yang telah menundukan 9 nafsunya,membesarkan anak-anak atas amanah Penciptanya. Di hujung usia tidak pernah ada sebarang ungkitan dijiwanya.Tidakkah ibu-ibu yang dilahirkannya mencontohi apa yang dilakukannya?.

9.Dia kakak,yang patuh pada ibu bapa,sering menjadi rujukan adik-adik dalam segala hal.
Dia cucu,menyumpani datuk dan nenak,bila cuti sering menawarkan diri ada datuk dan nenak untuk berkhidmat menjadi pemandu,menghantar kemana sahaja kemahuan meraka.Ibunya sentiasa berdoa agar dia bertemu jodoh dengan insan yang soleh,yang dapat memelihara dan menyelamatkan dia didunia dan akhirat.

10.Dia isteri,berilmu,surirumah,sering ditinggalkan suami atas kerja da'i,lalu mengongksikan ilmu di dunia maya,tiada batas dan sempadan,dikanali atau tidak, tanpa apa-apa kepentingan hanya semata-mata mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Mereka-mereka yang baik diatas hanyalah sekelumit dari jutaan insan,yang sekarang sedang melintasi di memori.Semoga saat ini dan seterusnya kehidupan kita sentiasa di paparkan dengan perbuatan kebajikan, agar tanpa kita sedari langkah kita tidak tersasar ke simpang yang satu lagi. Semoga disaat kita di panggil kembali kita sedang berada dalam krahmatan,keberkatan dan keredhoaan Ilahi.

Lalu mari kita luangkan masa untuk berjalan ke sini








Sabtu, 5 Februari 2011

Ketidakrelaan?

Semalam semasa kunjunga CkLah sempat berbaring-baring bersama sambil urut -mengurut antara satu sama lain, ialah,kehidupan kami adik beradik telah memasuki alam senja.Dari peristiwa semasa kanak-kanak dulu hinggalah masalah peribadi,bertukar tukar sehingga masa terlalu cepat berlalu.

"Alah kak,kejap lagi pegetua nak bersara,bowring betul"

"Apa yang bowringnya? Sedih sangat nak berpisah ke?

"Eeeleh,tak laaah, aku kena jadi hipokrit."

"Ngapa pulak?"

"Biasalah kena jadi MC,kena ucap-ucap perkara yang aku tak rela di ucap."

"Macamana tu?"

"Ialah kena puji-puji dan lambung,usap-usap dan kipas,aku terpaksa buat macam tu."

"Ha ha ha,ingatkan kena pegang kaki lembu nak sembelih atau kopek bawang buat rendang.Atau ekna sedia hadiah batu permata ke."

Ramai orang kea dunia ni yang membuat sasuatu kerja atas keterpaksaan.

Suami makbonda selalu marah pada pembaca berita yang suka tebar fitnah dan tidak melaporkan cerita sebenar.Bagitu juga wartawan di akhbar-akhabar.

Sekarang makbonda dapat ilham untuk menyejukkannya.

"Dia baca saja berita yang dah ditulis kat skrip,dah itu kerja dia,kalau dia tak baca habislah kerjaya dia,siapa nak bayar kereta rumahtanggung keluarga."

Kita doa saja,kalaulah itu bukan atas kerelaannya,ampunilah dia Ya Allah.Bagi lah mereka jalan untuk mendapat kerjaya lain yang lebih suci dari fitnah dan menganiaya orang lain.

Mudah-mudahan nanti bila di alam sana,semasa kita mendapat pembalasan atas dosa-dosa kita,tiba-tiba kita terselamat,kerana orang yang telah kita doakan dulu meminta pada Allah SWT untuk meringankan azab kita sebab kita pernah mendoakan dia sehingga dia menjadi orang yang lebih baik makamnya daripada kita.

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"
"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"

Imam Ghazali





Catatan Popular